,

Selamat Hari Raya

Salam petang raya...
Musti memasing dah kepenatan di petang hari kan. Sibuk melayan tetamu yang datang. Sibuk memasak hidangan dari pagi membawa ke petang. Pape pun moga raya kowang tetap meriah mcm tahun2 lepas.

Hari ni 1 Syawal. Jam 7.30 pagi ako rasa kan masih terlalu awal. Mata masih mengantuk jadi ako amek keputusan meneruskan saja tido. Mata masih mengantuk, malam tadi x pasal2 ako tido lambat. Bertalu2 sms masuk, alamakkkk dah 8.35 pagi. erkk gurlpp... sohih mmg ako dah lewat!! LEWAT nak gi solat raya. alaaahaaaiii................... Alang2 sudah lambat, konpom la cam malas je nak bangun pagi. Klu x mengenangkan hari ni hari raya, mmg konpom ako tido balik tuh. Tapi, kang melampau pula kan, pagi2 raya dah buat dajal. So nak tak nak kena la bangun, mandi sunat raya juga.

Jam 9.30 pagi, sms dari cousin bertanyakan bila mau datang ke umah. erkk..... segera la ako bersiap terus ke Selayang. Ye ye tahun ini ako beraya berdua dengan adik lelaki ako. Harus la umah ako tiada istilah 'rumah terbuka'. Memang tertutup je dari pagi sampai la ini jam. ermmm ater takkan kitrg nak beraya berdua je kan. Mampos mati kutu dibuatnya maka segera la kami bertolak menuju ke Selayang. Untung pakcik ako tahun ni beraya kat KL juga. Klu derang plan mau beraya kat kg, adehh mmg sah2 la ako kena beraya berdua je kat kotaraya yang sepi nih.. erkk sepi ker....?? *cam ramai je owang kat kl nih lagi*....

Seb baek ada mereka.. Kurang la sket sunyi beraya tahun nih. Alhamdulilah.

Ako dan dia sama2 merasakan.... Moga tahun depan kami dapat beraya berdua dengan seseorang. Yeehaaaaa.... psstt bole kah??? muahaha...

Menumpang kasih mereka sekeluarga. Harap tahun2 depan bertambah lagi keluarga kita kan. Selamat Hari Raya, Pak teh, Mak teh, dan sumer cousin-cousin ako. Maaf Zahir dan Batin.


Dengar citer ceklat dan kek tu cousin ako ni yang buat malam tadi. Amboiii sempat lagi ye kowang mengodek2 kat dapur. Takpe tahun2 depan ako tempah je ceklat tu kat ko ye, TEH!! Sedap!!! Nasi ayam opkos la resepi Pak Teh ako. Superbb... sedapp hingga menjilat ibu jari... Pulut dan rendang semestinya Mak Teh ako yang buat. Huwaaaaa tetiba ako windu rendang MAK!!! sob sob.......

Tengkiu sumer, walau raya takkan sama macam dulu tapi ako masih berpeluang merayakan nya lagi bersama kalian.

Nota Jemari: Awak, jangan riso k, ako tetap beraya mcm yang lain walau perasaan tu x sama.
Share:

6 comments:

  1. yuuuhuuu..ku doakan agar taun depan..kite raya berempat..amin-
    hihihi..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah,tumpang kegembiraan awak beraya,tp tetap sama dgn kesedihan kita tanpa si 'mereka' kan..

    ReplyDelete
  3. Yup....
    sama2 la kita merasakan kesedihan itu... huhu... tapi raya kan, so harus la kena hepi k ;)

    ReplyDelete
  4. Aku doakan korang sume kawin sebelum raya tahun depan.....heheheheh...AMIN....(kawen la cecepat oiii....sementara badan aku larat lagi nak buat keje kawin korang....kang kalau aku dah tak larat....aku datang melantak je! hahahahahahaha)

    ReplyDelete
  5. TB,
    ako x kira, ko larat ke ko x larat ker, yg ptg time kenduri kawen ako, ko tatap kena wat kijer muahaahah :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.