Errmmmm apa ek nak citer??? Oooo ye ye 21 haribulan sebelas nanti, kitorang ada satu jamuan makan malam (annual dinner) kat KL Convention Centre. Sempena 50 tahun BNM, start dari awal tahun lagi mmg pelbagai acara diadakan kat opis nih. So dipendekkan citer pada annual dinner tu nanti akan dipersembahkan teater muzikal, "My History, The Musical".

Dah pung pang pung pang ngan ujibakat sumer, dah berjaya join teater tu maka bermula la sesi latihan setiap ari dari jam 4.30 petang sampai la ke 9.00 malam.



Meh kita tengok beberapa keping gambar masa sesi latihan last week.
Mereka mmg tgh sakan berlatih.


Ni group ako.. Ooo ni br separuh je.. Sedang derang sumer asek dok berlatih, kowang tengok bebdk group ako!! Derang sakan pulak melantak. Wakkakaka ater mereka sumer dah ada koreographer sendiri sedangkan group kitorang masih x muncul tiba *pada hari kejadian la dia x muncul2 lagi*. Memasing x tau nak berlatih apa, jadi melantak je la latihan yang pasti dan konpiden dari mereka sumer. mauahahaha... hampeh sungguh! Sangat jeles bila tengok mereka sangat sibuk berlatih...

Tapi semalam kami dah boleh berbangga sebab akhirnya siap juga koreografi kitorang tuk satu lagu. Yeeehaaa!!! So tunggu!!

Nota Jemari: ha jangan gelak!! Jangan gelak!!