Bila UWAN saket, baru lah SUMER ada!

Nenda yang satu masuk spital. Dah 4 hari klu x silap. Memula tu ok lagi, ptg semalam dapat call dari Pak Cu *eheh saya hanya menerima pesanan SMS je dari mereka*, uwan sudah kegeringan. Ok setel segala urusan kat KL, maka bersepakat sama adik serta seorang cousin pulang ke kampung malam tadi juga. Pada mulanya ako dan cousin mcm was2 mau pulang, ater waktu sudah menjangkau jam 7.30 petang. Dikira2 harus sampai ke kampung dalam jam 10 malam *lebih kurang lah*. Setelah berbincang dan mendapat mengesahan dari cousin yang sudah tiba di lokasi kejadian, maka kami bertiga sepakat mau pulang malam itu juga.

Memandangkan uwan sekarang berada di sepital Tampin, maka kami terus saja menuju ke sana. Di tempat kejadian sudah kelihatan Pakcu dan juga seorang cousin. Ko pepaham je la klu sepital kerajaan ni, harus la mau menjenguk sowang demi sowang. Giliran ako masuk seorang diri. Erkkk ok, ako mmg alergi sepital!!! ermm... apa yang bole ako tengok dan katakan, "NO HOPE!".

Walau macam mana pun, uwan masih bole sedar akan kehadiran kami sumer.

Jam hampir 10 malam. Ooo guard wad sangat2 baik. Ghope2 nya pelawat untuk uwan dikecualikan. Makna nya bebila masa saja sesape bole kuar masuk melawat. Ater nama pun pesakit yang sudah tiada harapan. So, doktor dan pihak sepital pun x leh nak larang pelawat2 dari melawat sesuka hati. Memang ada saja yang datang melawat sehingga la lewat jam 12 pagi.


Mereka sibuk berbincang. Ntah ako pun x paham apa yang kowang dok bincangkan. iskkk.... Sempat lagi melepak dan berborak. Maklum, bukan slalu dapat berkumpul. Sedara mara yang langsung x pernah nampak batang idong, time2 gini la baru nak muncul. Ok ok ako baru pasan sedara mara sudah besar panjang. Makna nya ako sudah makin 'matang'. erkk gurlp.....!!!

Uwan hanya bergantung pada mesin oksigen. Bila-bila masa saja dia boleh 'pegi'. So kowang, siap sedia je la!

Nota Jemari: kadang-kadang ada hikmah bila sumer berkumpul semula *erkk ye ke?*
Share:

4 comments:

  1. Bykkan bersabar dan berdoa kpd Allah, semoga uwan anda akan selamat..

    ReplyDelete
  2. errr..pembetulan...bukan makin matang....makin Tuo!..lhahahahahhahaha....cabuttttt!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. eleh ko dengki arr tuh...

    tua tua pun ko lagi tuo daghi den muahahaha :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.