Baca sini --> [Hari pertama] [Hari kedua]

Disclaimer: Harap part hari ni laptop tak kena rasuk antu omputih lagi ye 🤣🤣🤣

Hari ketiga ni kita rileks rileks je sebab Fanny akan pickup 830 pagi banding hari sebelumnya jam 7:30 pagi kan. Masih sarapan di hotel je. Menu lebih kurang. Dan kali ni rata rata yang turun sarapan semua nya family ngan anak anak kecil. Jadinya seat bahagian dalam agak penuh. Kami duduk di bahagian luar, berdekatan laluan naik ke kawasan waterpark. Niat hati nak jenguk waterpark tu tapi bila tengok tinggi nya tangga yang kena daki terus kita simpan je niat tu 🤣🤣

Plan hari ini mau jalan jalan ke Kota Tua atau KOTU ringkasan bagi orang orang sana. 

Ekceli tempat ni lagi sesuai lepak sebelah petang. Korang boleh baca ringkasan mengenai KOTU di blog Fajar. Ya betul la tu, ke KOTU terus dapat kawan baru tau!! Sampai je di KOTU, Fanny inform akan jumpa Fajar di situ. Pertama kali jumpa dengan Fajar sekeluarga menjadikan blogger kedua dari Indonesia yang ako sudah jumpa.

Pertemuan pertama kali itu bikin masing-masing agak malu-malu dan segan. Haha tambahan ako plak sejenis yang agak 'lambat' untuk mesra dengan orang baru😅 Jadi nya kitorang pusing-pusing dulu sekitar situ sambil kadang-kadang Fajar memberikan respon penerangan tentang bangunan-bangunan lama yang masih kekal di KOTU.


Sejujurnya ako bukan la pencinta sejarah. Sejarah malaysia pun ako gagal apatah lagi nak explain kat korang sejarah indonesia 😆haros kena rasuk lagi kang laptop ako ni tetiba jadi arif tentang sejarah di sana hahahhaa.

Tapi kadang-kadang ako suka tengok struktur bangunan bangunan lama ni. Dia ada satu tarikan unik yang tak reti nak explain. So, untuk korang yang minat sejarah, bole la search online je k.


Bila upload gambar ni, ako baru perasan kat jari nya tu. Kenapa jari sebegitu? Apa maksud disebalik simbol jari tu? Sila la google sendiri eh hahahaa.

.:Jodohku Lagi OTW:.


.:playing a tourist la kan memasing:.

.:kot la terjumpa rakan sekerja ke kan:.


.:Cafe Batavia ni femes tapi kitorang tak masuk pun:.


Bangunan merah ni ada sejarah nya. Eh tapi ako dah lupa hahaha , ako dah kata ako bukan fanatik sejarah, of coz akan cepat lupa apa yang dah diberitahu oleh Fajar tempoh hari 😂Boleh baca la kot kat blog yang lelain tu k, kot la diorang masih ingat sejarah yang satu ni 🙊


Dari KOTU kitorang ke warung Bakso Mas Kumis Djarum. Katanya bakso disini asli dan paling sedap. Jom la kita cuba! Bagus laki si Fanny ni. Sebut je nak makan Bakso terus dibawanya kitorang ke situ. Tak sure orang luar familiar ke idok dengan Mas Kumis ni. Tapi yang pasti lokal memang meriah la kan. Nampak macam kedai biasa je kan. Mas Kumis ni tiada cabang lain selain yang ini sahaja. Kedai nya pun bersih, no wonder la ramai yang suka ke situ.

.:Perkenalkan Mas Kumis nya hahaha... sudah ada dari tahun 1972, memang confirm la ako pun tak lahir lagi hahah:.


Taaadaaaaaaaa...!!!!! Of coz la ini setelah ako letak cili ye, tu yang nampak merah je supnya 
😂 Ada dua je jenis mi kat situ, mi kuning & bihun. 


Tu dia sambal dan sos cili nya. Cili ni yang buatkan sup bakso jadi sedap weiii!! Cukup rasa, pedas, cukup gula dan garam nya. Aisshhh tak reti nak explain tapi memang lain dari yang lain. Seriously, ako memang rekomen sangat Bakso kat situ. Kat sana takde bakso bakso beranak ye. Semua pun sama je saiz. 


OK ni bakso yang belum diletak cili. Tengok sup pun dah nampak sedap kan. 


Licin semua mangkuk ye 😆 Harga bakso ni kalau tak silap dalam Rp40,000 per portion.


Halo, perkenalkan kawan baru saya. Fajar, Tina dan Putri.


Kelmarin ada cerita pasal restoran ayam gepuk / geprek sedang bermaharajalela di Kuala Lumpur. Pelbagai jenis kedai ayam gepuk dibuka bersepah-sepah kat KL ni. Contoh terdekat, di area rumah ako je kalau tak silap ada 5 jenis. Semua pun dibuka berdekatan antara satu sama lain. Dan ada la ako mention ayam gepuk pertama yang masuk ke Malaysia dan jadi viral adalah "ayam gepuk Pak Gembus". Dah tak pasal-pasal Raka bawa kitorang ke kedai ASLI yang pertama di Jakarta 😆

Padahal kitorang baru je lepas makan Bakso kan. Hahaha dah memasing macam blur kejap, takkan nak makan lagi? 😅 Rupanya Raka nak tunjukkan kat ako kedai Pak Gembus di Jakarta. Ha ini la dia ye untuk orang-orang Malaysia. Camni la ghope kedai asli PakGembus.


Cantek plak kedai nya ye. Ada 2 tingkat tapi ako tak de la nak naik sampai ke atas heheh.


Sama je combo pakej macam kat Msia ni. Set ayam sekali air. Ada pilihan tambahan nak tempe, tauhu atau sayur. 


Raka soh order. Ha??? Time bila plak nak makan hahaha....serba salah plak kita tau! Tapi dia paksa juga order. Kata nya nanti boleh makan di Hotel. Eh ni baru pagi ye hahah kalau balik hotel confirm la malam baru kita makan kan. Kita order juga la, tapau 3 bungkus ayam gepuk original.

Sambal ayam gepuk di sana tak sama ye level macam kat Malaysia.
Kalau kat malaysia sampai level 4 ye.... tapi kalau kat sana ada 3 level je, biasa, sederhana atau pedas. Ako pilih sederhana pedas nya.


Packaging dia lagi bagus yang di sana. Kotak keras compare kat sini. Packaging kat msia kecil je kadang sampai terkluar2 nasi nya haha.


Ayam dia kecil comel je macam ayam kampung saiz nya. Yang dalam gambar ni bumbu kacang khas untuk carney sebab dia tak makan pedas. Ok bagi ako, pedas sambal nya tu tak boleh lawan sambal pedas kat Msia. atau sambal ayam Bunut. Sambal ayam pak gembus di sana masih boleh tahan lagi pedas nya tu. Kesimpulan nya ako lebih suka yang di Malaysia ye haha 😁


Next kitorang ke PIK by The Sea. Ako membayangkan suasana tempat ni macam dalam MALL ye hahaha.. Sekali sampai sana, la rupa nya lebih kurang macam konsep JPO / GPO. Cuma deretan kedai nya tak sebanyak kat JPO la ye dan kebanyakkan kedai di sni menjual produk Local. 

Honestly mulanya ako tak tau nak beli apa kat situ haha... Rata-rata barangan yang dijual adalah handbag & kasut which is bukan la menjadi keutamaan ako barangan ni. Sebabkan dah jejak situ kan, takkan balik dengan tangan kosong, ye dak? Maka nya setelah 2, 3 kali mundar mandir di sana, terbeli juga satu bag. Sebagai hadiah untuk diri sendiri je la kan 😄

Mungkin la kalau ako ke sana bersama geng-geng opis yang kaki soping, kebarangkalian memborong tu akan jadi lebih tinggi la ye haaha.


Ini pun ako cuba je la kan. Rata-rata orang pegi sana nak makan eskrem Cold Moo. Reaksi ako, "eskrem je pun" hhahha tetap la rasa eskrem ye🙈


Sovlo brand local jugak ni. Kalau korang perasan bag yang ako dan Fanny pakai adalah brand SOVLO. Bag tu ako beli di Sarinah dua tahun lepas sewaktu percutian ako bersama geng-geng opis.  


Tengah pusing pusing PIK terjumpa plak dengan ex-opismet. Nasib baik la memasing masih cam antara satu sama lain 😆Nasib juga tergerak nak tegur. Al-maklum kadang tu takut gak pelanduk dua serupa kan. 


Memula tu kitorang memang dah plan nak makan kat nasi padang Tuan Mudo di area PIK tapi sejak case yg orang banned Pagi Sore (merah), dah tak pasal-pasal tuan mudo jadi packed dengan orang malaysia. Aisshh... kempunan sungguh nak merasa Tuan Mudo. So bila dah 'jem' kat kedai Tuan Mudo harus la kita cari tempat lain kan. Jadi nya berpindah la kami ke PayaKumbuah. Kedai ni milik influencer Indonesia dan dia banyak cabang ye. So kedai dia dah level-level Pagi Sore gitu hahah.

Disclaimer : Bagus betul Fanny & Raka ni la, dedua pun sangat impresif cari tempat makan 😆


Ayam pop, kalau ke padang wajib cuba ye kawan-kawan.


Keropok goreng kulit sapi. Dah sedap krup krap krup krap baru tau ni kulit lembu ye hahaha.


Alhamdulilah rezeki lunch kami. Sedap semua nya. Kat situ ada disediakan mushola juga. Jadi tak perlu nak rushing-rushing cari surau or masjid. Mostly tempat makan kat sana memang lengkap tersedia mushola nya. Alhamdulilah.


Selepas dah makan nasi kena la ada pencuci mulut kan!😁 Maka nya moh la kita ke Amy and Cake plak ye. Actually ada sebab kitorang ke sini. Memang dari KL dah plan dengan Fanny nak celebrate besday Carneyz in advance kat Jakarta. Tengkiu Fanny tolong carikan tempat yang cantek dan kek yang sedap 😍


Comel betul zirafah pink depan kedai tu. Confirm budak-budak akan suka dan excited macam si Putri 😄


Pintu masuk pun dah penuh deco bunga-bunga.


Macam biasa, diorang yang order. Masa ni carneyz memang tak tahu tujuan kita ke situ. Punya la memasing nak order macam-macam kek, last-last kita tanya juga la besday gal nak makan kek apa kan.


Dia nak makan kek tiramisu. So takpe, kita bagi dia telan tiramisu dulu then baru kita bagi dia makan besday kek plak 😆


Salah satu signature air diorang, rose apa ntah nama nya hahah ... sedap gak la :)

.:Surprise...!!!!! Besday Gal pun excited:.

Lama borak-borak, pastu Fanny bagi signal nak kluar kan kek besday. Memang dah pakat gak ngan boodak kedai tu haha.. Nah berkumandang suara kami semua menyanyikan lagi hepi besday!!

"Happy Besday Karni! Semoga membesar dengan jaya nya. Dimurahkan rezeki selalu, diberikan kesihatan yang baik-baik dan Semoga panjang umur .. aminn!!"


Alhamdulilah Misi berjaya! 

.:Putri pun excited nak makan kek besday:.

Si kenit ni pun nak juga dinyanyikan lagu hepi besday. Jadi nya berkumandang lagi sekali suara sumbangsih kami menyanyikan lagu Happy Birthday😆


Eh kitorang belum stop jalan jalan cari makan lagi tau. Kali ni kita nak mengopi plak. Kita cuba salah satu cafe kupi lokal ya. Raka suggest kita ke Tuku Cafe. 

Perut memasing ni memang perut gajah ke camne ni? hahaha menggeleng aje si Fajar dan Tina tengok ahkak-ahkak dari Malaysia ni tak habis-habis lagi mentedaghah hahah.

Ok setel lunch, setel dessert, setel kupi, time to say babai kat Fajar sekeluarga. 
Kami pun ada tempat lain lagi nak dituju. Fajar plak harus pulang ke Bekasi. 
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Terima kasih Fajar dan Tina sanggup travel jauh-jauh semata-mata nak jumpa kami.
Semoga persahabatan kita akan berpanjangan.


Terima kasih juga atas ole-ole nya ni. Segan plak kami takde apa nak bagi sebab tak tau kan akan jumpa Fajar sekeluarga. pssttt "appetito & ahh" sedap sangat 🙈 Makan sorok sorok tau tak nak Uyum nampak muahahahhaha... 


UP at Thamrin Nine - Indonesia Tallest Observatory Deck. Tak silap bangunan ni ada 100++ tingkat. Tempat yang kami nak pergi terletak di tingkat 88 (betulkan kalau ako silap ye). Apa yang ada di tingkat tersebut? Ia nya terletak 'mirror mirror of the world'😅. Jujurnya tempat yang satu ni pilihan carney tak silap. Saya follow je hehe.. So meh kita tengok apa yang ada kat situ.


Since lantai dan dinding semua nya di kelilingi dengan kaca, jadi nya kita kena la sarung plastik untuk cover kasut ye dari mencalarkan kaca kaca tersebut. Bila dah sarung plastik tu sebenarnya agak licin juga tau kalau tak hati-hati.


Niat nak tengok sunset di kota Jakarta tapi tak berjaya sebab kami dah terlewat sampai situ. Maka nya kita just layan je la view pencakar langit kota Jakarta. Scary juga tepi tingkap tu,. Ku bayangkan macam filem yang tiba-tiba ada heli terbang sambil suluh lampu hahaha #imaginasitinggi


Dikelilingi cermin cermin dan lampu-lampu. Cantek sebenarnya tapi kalau dah lama-lama boleh buat orang pening.

.:menantikan kalau-kalau abang sabar datang bawa bunga dari heli or drone:.😁

Macam kawan kita sorang ni. Terpaksa la sislin duduk sambil menikmati pemandangan malam kota Jakarta. Eh romantik tau suasana dia. Ni kalau tiba tiba ada yang buat lamaran, memang terus terima je wkkakakaka... 



.:From US with 💕:.


End of the day... capek lho tapi senang. Kita beneran seru-seruan bareng kemarin.😍

Nota Jemari: Last day in Jakarta.. ayoh ke Bandung!!