Ok kita sambung lagi.....
Kali ni dah sampai Bandung kan... bag pun dah letak kat Hotel. So moh la kita sarapan dulu. Sate Abah menjadi tempat pilihan untuk sarapan. Sate abah ni terkenal dengan sate 'jando' tapi bukan jando yang jual ye hahaha... sat gi kita citer apa itu sate jando.

Dari hotel ke sate abah ni kitorang naik grab je. Grab kat sana sama je macam kat msia. Apps grab kita pun bole guna kat sana tapi kali ni segala booking transport, fanny yang setelkan. Kami memang bawa badan je nak makan 🤣🤣🤣


OK udah sampe ni... Ayoh la kita masuk cari tempat dulu. 


Tempat makan dia ada banyak. Korang boleh pilih style meja kecil tu.


Or kat bahagian belakang ada je tempat makan outdoor yang proper sket kan. Tapi kat bahgaian tu penuh sesak dah.


Jadinya kitorang decide duduk je kat belah dalam. Selesa sket beraircon hahaha...


Macam-macam jenis gorengan ada. 



Nampak macam biasa je kan, ala kat malaysia pun ada kan kan....
Tapi kat situ special nya kita boleh pilih sambal apa kita nak. Kicap cili, kuah kacang, sambal pun ada 2 3 jenis sambal. Even sos cili pun ada juga. Haha pilih je la camno korang nak ianya dicicah.


Eh eh ni sup apa eh? Sup bontot? Sup sapi? hahah tetiba hilang ingatan plak.


Of coz la ako akan order sate ayam sebab nya ako tak makan sate kambing. Yang makan kambing mereka bertiga.


Yang paling special, ini dia!! Sate JANDO!! Hahah sangat terkenal dan special ye sate ni. Rugi korang tak cuba. Nak tau sate apakah ini? Inilah dia sate JANDO iaitu nenen lembu!!😆 Kenyal kenyal, lemak berkrim, pasti disukai ramai hahaha....!!

Dia macam lemak lemak daging tetel or macam lemak kenyal kenyal macam jelly. Haha mula tu macam seram oii nak telan. Tapi ku kunyah kunyah juga la ye. Sebagai buat raso raso. Ternyata ako pun susah nak telan sebenarnya. Rasa sekali sudah pasti, untuk ulang lagi, memang pasti tidak hehhe 🙈

Sudahnya si Fanny sorang yang tolong perabihkan hehehe.. 
AKo perabihkan yang ayam..
Sislin perabihkan kambing..
Carney? eh eh raso sikit-sikit heheh....

Untuk korang yang suka mencuba mende baru, ako rekomen korang cuba sekali sate jando ni.
Yang kelakar tu, bila makan boleh plak terbayangkan nenen lembu tu hahahha


Agak - agak ada yang berani nak cuba tak? Kat malaysia macam takde kan sate nenen ni? hhehe.. Kalau ada maybe la ornag minang kot yang akan buat. 


Dah kenyang, jom la kita snap dulu kenangan depan kedai ni sambil tunggu grab datang. 


Next kita cari perfume plak. Ako ajak diorang ke sini atas sebab pesanan dari kawan-kawan. Asalnya ako ingat diorang ni nak beli perfume yang sedia ada jual kat kedai-kedai tu. Kupikirkan maybe murah la sket kan dari beli kat Malaysia. rupa-rupanya diorang ni nak beli perfume yang campur-campur ni hahaha. Kedai ni member ako yang rekomen. Katanya yang ini ori sket campuran nya. Tak pasti ori macam mana maksudnya tu ye. 


Korang sebut je brand dan bau apa, bagitau je kat staf situ. Nanti diorang akan buatkan bancuhan tu untuk kita. Boleh pilih jenis botol. Botol pun ada 4 saiz, 30ml, 50ml, 60ml & 115ml. Harga pun berbeza-beza ikut berat dan ikut kategori minyak wangi. 


Boleh pilih nak EDT or EXTRAIT. Dia dah siap-siap convert kan harga dalam RM tapi mahal sikit la ye dari tukaran kita sekarang ni. Tapi untuk jenis begini masih kira agak murah la juga.


Kusyuk sungguh kitorang layan staf dia buat bancuhan tu. Macam-macam bau ada hahah.. Yang ini memang ako beli pesanan orang ye. Inilah tempat soping pertama kami setelah 4 hari di Jakarta & bandung. Kali ni memang ako tak berapa nak soping sangat. Sebab tema trip kita ni more to Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) 😆


Diam tak diam, sudahnya member 3 orang tu yang TERbeli. Hahah ako tak racun diorang ye. 😜


Taadaaaaa gini la hasilnya. Ada pelbagai jenis botol. Ako pilih yang simple sudah. Marilah pulang berwangi-wangian.


Setel kat Win Perfumery, kitorang ke 23 Paskal Mall. Tak habis lagi misi mencari perfume ye. Kali ni kita cari perfume yang betul betul original bukan bancuh bancuh ok. 



Tak ingat brand apa diorang cari. Maaf ye ahkak ko sorang ni memang fail sket bab bab perfume hahah... ater kita pakai minyak attar je wak 🤣🤣🤣


Sislin plak terus masuk watson. Nak cari produk wardah. Dah jumpa tapi stok plak tak cukup. Sudahnya tak jadi beli. 


Terjumpa kioks chikuro ni. Nampak lenggang sekali rupanya hahah orang dah booking. Kalau kita nak order kena tunggu lagi sejam giliran. Memang tak sempat la sebab masa tu kaki memang dah terlambat untuk ke destinasi seterusnya.


Nampak alchemist, brand lokal jugak ni. Ada member kirim terus je kita sambar.


Patut nya kita kena sampai di Udjo Angklung ni sebelum pukul 330 petang. Sebab nya show diorang akan bermula jam tersebut tapi time kami dah lari sket. Kami sampai situ lebih kurang 4 petang. Kalau sampai awal bole minum minum dulu, kira welcome drink la gitu.


Urusan beli tiket kita serah aje kat Fanny.


Comel pengganti tiket. Selalunya kalau kita masuk ke mana mana show atau buat aktiviti yang perlukan tiket, diorang akan bagi kertas atau QR kan tapi di Saung Udjo Angklung, kami diberi angklung kecil sebagai tiket. Sangat kreatif dan comel je. Bole simpan buat kenangan kan. 


Masuk masuk confirm kami dah terlepas intro nya ye. Sampai sampai show dah start pun. Tapi takpe masih boleh diteruskan juga tengok show ni sebab masih panjang ye persembahan nya.



Persembahan meliputi nyanyian, tarian, persembahan angklung itu sendiri. Dan juga ada muzikal persembahan. 



Yang paling best tu kan, kita diajak sekali bermain angklung bersama-sama. Siap buat lagu ye. Syiok dah macam orkestra gitu. Untuk korang yang first time jejak Bandung kan, ako memang sangat sangat rekomen korang pergi la tengok persembahan Angklung ni. Mungkin kat Malaysia ada je kan orang main angklung tapi takkan sama dengan persembahan oleh anak-anak saung Udjo ni. 

Di akhir show tu kita diajak bernyanyi dan menari bersama-sama di tengah pentas. Mula nya malas plak ako nak turun join sekali. Ingat nak snap gambar n amek video je dari atas tapi kesian wei anak-anak kecil dok menjemput kita menari bersama. Takkan ko nak tolak kan. Sorang ok lagi tapi kalau dah 3 4 orang yang ajak, ha moh la kita join the crowd kat bawah nun. 


Baru sempat rekod tak sampai 10 saat hahaha. 
Takde plak gambar menari ramai-ramai tu. 


Selesai sudah persembahan selama 1 jam 30 minit. Sangat puas hati! Ekceli ni kali ke-2 ako tgk show ni. Pertama dulu dengan sislin iaitu soploh tahun yang lepas. AKo sure, budak-budak dari soploh tahun lepas dah besar panjang sekarang ni hahah..

Ok next destinasi.... Lapar! hahah..
Jom kita cari dinner. Memasing terasa nak makan Iga. Teringat-ingat Iga Panglima di jakarta.
Tapi di Bandung kita ke Iga Galabag. Kata nya viral juga itu kedai.



Otak-otak kat sana macam pulut kan hehhe...


Iga itu rusuk sapi ye. Lain plak Iga yang ako pernah cuba sebelum ni. Ako rasa masakan Iga style western lagi sedap banding makan macam ni je. Sorry ako lupa plak iga ni masak apa eh?? 

Setakat ni Iga Panglima masih sedap ditekak ako ye. Mungkin kita kena cuba IGa yang lain plak kot. (makna nya kena repeat la kan?)😅


Ingatkan nak makan Iga dengan nasi tapi kami tak nak la nasi putih. Maka nya memasing pun order la nasi goreng sorang sepinggan. Tapi nasi nya kurang enak gitu heheh... Boleh telan sebab dah lapar tapi untuk ulang balik order, rasa nya takkan kot.



Sebelum pulang ke Hotel, kami singgah dulu ke kedai PADDY. Kedai ni dia jual barang-barang untuk buat souvenir macam keychain, cover handphone, bag etc. Korang boleh DIY corak dan bentuk dengan memilih huruf-huruf atau pelbagai jenis gambar, sticker untuk dilekatkan kat barangan yang korang dah pilih tu.


Ekceli ako dah pernah masuk kedai macam ni masa ke Korea ngan Uyum tahun lepas tu. Memang macam-macam kitorang beli. Jadinya untuk yang di PADDY ini, ako takde la nak membeli sangat. Kecuali ako buatkan Uyum cover handphone je la.


Berakhir sudah hari pertama di Bandung. 
Capek!! Sampai je hotel terus rasa nak baring😅

Kita akhiri nukilan Bandung di hari pertama dengan muzik dari Angklung. 



Nota Jemari: layaann