GIRLS TRIP: DUSUN BAMBU, BEBEK WALUYA, SHOPPING DI HERITAGE, DINNER DI TAEUN CAFE     GIRLS TRIP: DUSUN BAMBU, BEBEK WALUYA, SHOPPING DI HERITAGE, DINNER DI TAEUN CAFE

GIRLS TRIP: DUSUN BAMBU, BEBEK WALUYA, SHOPPING DI HERITAGE, DINNER DI TAEUN CAFE


Ok mood M dah nak datang balik ni hahaha. Kena cecepat setelkan entry Jakarta-Bandung. Kalau tidak nanti jadi macam entry trip hatyai, stuck kat day 1 sampai skrg 🤣🤣🤣

Ok jom kita teruskan ye.

Dah selesai jalan-jalan di Orchid Forest, kita balik semula ke destinasi asal iaitu Dusun Bambu. Daripada pagi nak jejak sini terus jadi petang baru dapat ke situ ye. 😅


Ini harga tiket masuk sahaja.


Untuk tiket aktiviti kami decide ambil package Serenity Walk iaitu termasuk bergambar di tengah tasik, kemudian bergambar di air terjun wall dan juga satu lagi ni lupa haha tapi kami add on juga mainan water coaster yang kemuncak nya ye. Jumlah harga package Rp150,000 seorang. 


Dah beli tiket jom naik shuttle untuk ke area atas ye. 


1st pit stop terus kami ke area tasik ni. Kalau soploh tahun dulu, ako n sislin setakat snap snap gambar di tepi jeti je. Masa itu takde lagi aktiviti naik sampan ye. 


Kita chill chill je naik sampan. Sementara tunggu giliran untuk di ambil gambar oleh fotographer diorang, jom la kita pusing pusing tasik ni dulu.



Kita posing-posing dulu atas sampan.




Pastu baru la photographer diorang tolong ambilkan gambar plak. 


Yang kelakar tu tiba tiba sislin jadi tukang kayuh sampan plak 😅😅 Lepas ni bole ambil job baru la kan 🤭

Next 2nd pit stop kitorang ke wall air terjun.



Area ni macam restricted sket. Kalau takde tiket memang tak bole masuk. Even pak supir yang tukang amekkan gambar pun tak bole nak masuk ye. Jadinya kita snap cepat cepat sesama kita. Sudahnya baru perasan takde gambar group plak kat area ni. 


Air terjun nya sangat cantek. Kitorang tak lama pun area ni sebab diberitau dusun bambu akan ditutup jam 5 petang. Ommmoo kelam kabut la ko nak cari last pit stop iaitu wahana utama yang dinanti nantikan oleh kami.



Last pit stop kitorang nak main water coaster. Cari kaunter dia kat bahagian paling atas.


Kena tunjuk tiket pastu nanti dia akan bagi satu set baju hujan.


Dah macam teletubies ye masing-masing.


Ako ingatkan tak muat tapi nasib baik muat cuma dia macam ngam-ngam la gitu. Ekceli kan kitorang ni macam dah tersalah sarung. Sepatutnya yg baju tu kita masukkan ke dalam seluar dia. Tapi kitorang just sarung dan biar je macam longgar la jadinya kan. So ada ruang la untuk air masuk.



Sis Lin dan Carneyz dah meluncur dulu. Budak yang jaga tu pun takde plak cakap pape. Sudahnya tak pasal-pasal kami semua basah kuyup jadinya 😅




Ini video sislin dan carney, tengok la kedengaran kemain havoc diorang berdua ye.


Ini video ako dan Fanny hahah... kedengaran suara ako sorang je muahahahha....



Pssstt tau tak ada satu video viral yang coaster ada ular tu?? Hahah water coaster ni la citer nya. Mula tu macam seriau gak nak naik tapi eh kang rugi plak tak cuba. Jadinya kita pejam mata je la ye kalau tiba-tiba ular tu muncul hahaha



Bila dah basah kuyup luar dalam kan hahha takkan ko nak biarkan je. Memang tak selesa la jawab nya. Dah tak pasal-pasal kita pun membeli la seluar baru kat souvenir shop nya. Ingat nak beli sorang selai, eh tiba-tiba memasing memborong plak ye 2 3 helai hahah😆 Seluar sangat selesa dan harga dia tak mahal sangat pun. Sebab tu la diorang berani nak soping lebih dari satu haha


Comel je diorang beli seluar yang lebih kurang sama :D


Dah setel membeli , jom la balik. Oh ye, part ni ekceli ako tak tau plak rupanya sebelum pulang kita bole tukar voucher tiket dengan pokok bambu ni. Comel-comel pokok-pokok nya. Kitorang macam was was sebab baru teringat kita di Bandung ya bukan di Kay Ell. Hahah dah macam mana plak nak bawa tumbuhan masuk ke negara kita 😅 Jadi kami macam berbelah bagi nak ambil ke tidak.


Last-last ambil juga la sorang satu. Bila dah sampai hotel haha siap plan nak soh Fanny yang jaga dengan anak-anak dia tapi akhirnya memasing tinggalkan aje kat bilik hotel. Dengan harapan nanti makcik cleanar sudi la amek dan jaga.😅


Balik dari Dusun Bambu dah malam. Lapar! terus cari tempat makan. Kita ke Bebek Waluya. Of coz la kena order bebek kan :D


Kita serah je order mengorder ni kat Fanny. Jangan risau, kalau tak makan itik, ayam pun ada je kat situ.


Warung buka kat depan rumah konsepnya. Parking memang susah sangat sebab situ takde ruang untuk park kereta. Jadi supir kami terpaksa la pusing-pusing sampai kami habis makan.


Dah nama pun blogger ye. Hahaha gambar di mana-mana. Tak cukup lighting, kita guna lampu henpon 😅



Ya allah semua pun sedap weii... ayam ranggup, itik lembut... sambal cukup pedas nya. Sayur goreng tu pun sangat garing. Lupa plak nama nya. Nanti korang baca la semua nama-nama menu kat blog sislin/carney atau Fanny. 😆



Dah kenyang, jom g Heritage. Nak soping tapi kan ako pun tak tau nak soping apa ekceli. Sebab apa yang ako nak tu takde plak kat situ. Nak ke RUMAH MODE, dah lambat plak sebab kedai diorang tu kisah nya tutup awal sangat plak 😅

Macam pelik bin ajaib bila diri sendiri tidak bizi menyoping haha. Memang trip kali ni ako kurang soping untuk diri sendiri. Maybe next time kena datang lagi untuk soping sahaja 😆


Dah soping memasing nak cari kupi. Terjumpa cafe ni tak jauh dari Heritage. Melepak la kami di Cafe Taeun.



Megi goreng by Fanny.


Pisang goreng madu by Carney.


Tauhu pedas untuk tekak ako.


Dah kenyang, jom kita pulang. Kali ni betul-betul terus balik ye. Tapi kita decide nak jalan kaki je. dari Heritage tu rupanya straight je ke Hotel kitorang. Sepanjang ke hotel rupanya banyak betul kedai-kedai makan yang viral. Ada rezeki memang akan stay area tu lagi. 

10000++ langkah telah tercapai. Malam tido dengan kepenatan haahha... Yang pasti nyenyak. Tak tau la ada bunyi-bunyian dengkuran atau tidak hahahaha....

Nota Jemari: Makan banyak, dapat juga buang kalori nya.. berbaloi!!😆

Post a Comment

23 Comments

  1. Full of activities ya dari pagi sampai malam. Yang penting makan semua sedap2 nampaknya tu
    Heritage tu wajib la singgah kan, wpun tak shopping cuci mata pun jadilah Ako :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan PH x soping tp wajib singgah cuci² mata

      Delete
  2. menarik betul semua aktivitinya, wpun terpaksa jadi basah bila naik water coaster tu...cute jer seluar yg dibeli tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha unexpected sampai basah kuyup.. sbb bila tgk vid org lain xde plak diorg mention akan basah haha

      Delete
  3. pokok buluh tu cute sgt cuma pyh nak bwk balik lah kan...teringat tulips kat amsterdam..memang ada byk dijual kat keukenhof tu tapi camner nak bwk balik dan of course mati ler kalau nak tanam kat msia sbb cuaca panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul² nak bawa msk msia tu takut tak lepas kan... so kita sedekah je la kat cleaner hotel

      Delete
  4. Replies
    1. aha mmg cantek... kat situ ada tempat makan juga so berbaloi la org yg makan sambil tgk view tasik

      Delete
  5. Adoiii sampai skrg ketawa mengekek teringat naik water coaster tu 🤣 baik tak payah pakai baju hujan habis basah semuanya! hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!! adoii kalau tau mmg kita bawa baju extra :D

      Delete
  6. Seronoknya tengok girls trip Ret & kawan-kawan! Tapi part naik water coaster sampai basah kuyup tu memang lawak. Paling kelakar siap tersalah sarung baju hujan lagi, patutlah 'lencun' habis 😆. Tapi berbaloi dapat borong seluar baharu dekat kedai cenderamata, comel pula tu rekaan sama je.terliur tengok menu dekat Bebek Waluya tu. Nampak garing betul ayam dengan sayur dia, itik pun nampak lembut. Memang rezeki betul walaupun supir terpaksa pusing-pusing cari parking. Janji perut kenyang, malam pula dapat melayan tauhu pedas dekat Taeun Cafe, best laaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah SA, plan cuti ngan gegirls ni memang seronok.. nanti kita cuti sesama plak ;) Lagi ramai lagi meriah jadi nya hahaha..

      Delete
  7. nampak macam semua tempat dalam senarai dapat pergi.. puas hati dekat situ..
    comel la seluar tu..

    ReplyDelete
  8. cantik la gambar duk dalam sampan tu cuma seram la pulak nengok macam nak tenggelam sampan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha nampak je mcm nak tenggelam tp ekceli selesa je dalam tu :p

      Delete
  9. Wah!! Bagus betul lah.. beli tiket siap boleh dapat cenderahati.. Tapi pokok lah pula.. Jenuh tu nak bawa balik.. Cantik betul tempat dia.. Bab main air tu dan ular.. Adoilah seram bila terbayang dia.. Tapi kalau tak main macam rugilah pula.. kikiki..
    Comel ja seluar ganti tu..

    ReplyDelete
  10. Tempat makan pertama tu mengancam betul sebab ada menu itk.. kikiki..
    Sempat lagi ya sambung mengopi pula..
    Tapi okaylah lepas tu bakar lemak dengan berjalan kaki.. Balance tu..

    ReplyDelete
  11. Hahahaha hari yang oenuh dengan gelak tawa dan ragam tapi happening hahahaha sampai jadi pendayung aku ekkkk lawak betul arrrr

    ReplyDelete
  12. Cantik betul gambar-gambar yang atas sampan terutama yang uols berempat.

    ReplyDelete
  13. baru perasan kan kalau itu tempat yg ada ularnya hahahahahahahha.... nasib baik pas kita dtg dah aman.... memang makin menjerit saya kalau ternampak ular ikut meluncur wkwkwkwkwkwk

    sengaja kayaknya dibuat basah, biar shopping di tempat mereka hahahahah... tapi tak menyesal sebab kainnya memang nyaman sangat ^o^.. nanti nak beli lagi lah...

    jukut goreng nama sayurnya itu kak.. bayam air itu... so far yg di bebek waluya ini sedaaap memang jukut gorengnya... saya ada coba jukut goreng tempat lain di jkt, tak se-cruncy di sana

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com