Rasa macam baru je lepas makan laksa kan eh tup tup kita dah sampai ke kluang railcoffee. Ok kat sini plan makan yang ringan ringan , kira minum petang la gitu.
Kat sini ako redeem juga la birthday treat iaitu secawan kopi haha jadi la kan. Ekceli ako bukan la peminum kopi tegar ye, apatah lagi kopi hitam pekat 🤣🤣 maka nya ako minta la budak yang buat kopi tambah kan susu pekat ke dalam bancuhan kopi ako. Kalau bole ako x nak ada rasa pahit haha tp dah nama pun kopi kan of coz la pahit nya tu tetap terasa cuma takde la pekat n kelat sangat 🙈🙈
Alhamdulilah rezeki minum petang kitorang. The best roti bakar kluang haha.
Tapi kali ni kami sharing je la ye.
Just ambil 2 pinggan nasi lemak tapi kemain lauk pauk yang di ambil ye 😝😝 macam sebulan tak makan kekdahnya hahaha.
Tudia portion memang banyak. Sebab tu kami just amek 2 pinggan je. Recommended ye nasi lemak kat situ. Nasi nya guna beras basmathi. Lauk pauk nya banyak sangat pilihan. Air free flow ye teh, kopi, ais kosong. Kat sini memang kitorang just amek ais kosong je. Tak bole dah nak masuk air manis😂😂
Paling ako suka sambal ada 2 pilihan, nak pedas atau tidak. Of coz la kitorang akan ambil yang pedas kecuali carneyz je kurang makan pedas.
View sangat la molek ye. Patut la nama kedai atas bukit. Kalau tengok view dari tempat kami makan, memang kedudukan kedai ni atas bukit.
Gambar bukti dah sampai situ🤣
Selesai je makan, ako dah mengah oii... perut dah bloated. Memang tak bole nak tahan tahan terus keluar balik apa yang dah dimakan.
Adoii nasib la ako x makan sepinggan nasi. Itupun bole kira berapa kali suap je. Maybe datang jb lagi ako akan bawa uyum dan abang abang makan situ.
Patut lepas nasi lemak sislin ajak mengupi kat sini plak. Betul betul sebelah kedai nasi lemak tadi. Tapi memasing dah macam di awang-awangan macam x jejak dah kaki ni hahahaha... terus kami cakap maybe lain kali. Ikutkan memang syiok dapat mengupi lepas melantak. Insyallah ada rezeki kami datang lagi ye 🤭🤭
Kemudian kitorang gi Toppen. First time ako jejak situ. Tujuan utama nak cari jersi JDT pesanan dari teman nya RAKA, suami si Fanny. Belek punya belek eh tiber teringat kat Aqeem. Peminat bola no 1 kisahnya.
Maka nya ako pun belikan selai untuk aqeem. Ikutkan nak beli lagi 2, 3 helai tapi kita tahan dulu. Nanti datang jb lagi kena bawa tuan punya badan biar dia pilih sendiri.
Jadi la kan.
On da way nak balik tu kan tiba memasing nak makan pisang goreng plak 🤣🤣
Ya allah memang perut gajah ye masing masing. Hahahahaa....
Sislin ajak singgah ke Padi Kopitiam. Katanya pisang goreng kat situ sedap.
Tapi pisang nya tak cukup. Mula dia x nak jual tapi kitorang pujuk la sebab macam mengidam sangat dah ni haha. Terus dia bagi free ye pisang nya tu ...hoyeee...!! Kita pun order la juga kepok lekor permibtaan dari Fanny.
Balik je rumah memang terbongkang memasing. Haha rasa nak meletop dah perot oii. Sempat le layan netflix , mandi pastu terus membuta. Elok sangat la kan lepas makan terus tido dah macam ular sawa 🤪🤪
Sementara sislin tunggu laki nya balik, kami bertiga dah hanyut dalam mimpi. Agak agak semua dah selamat sampai London dalamm mimpi 🤣🤣🤣
Terima kasih sislin , rezeki jangan ditolak. Alhamdulilah perjalanan yang penuh makan makan dan makan hahaha.
Nota Jemari: tak mampu dah nak kata pape😂














0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com