Bag tak beranak sangat pun tapi memang dari awal kitorang bawa banyak lugagge 🤣🤣
![]() |
| .:Jarang kan orang bercuti-cuti pi pasar basah:.😁 |
Macam-macam sislin beli dari pasar tu. Selain cabe rawit, dibeli nya juga belacan ke hape ntah tu haha. Ke pes pecel eh haha lupa plak ako.
Ada sesi tawar menawar tak eh?
Pastu cari tempe plak. Yang ini tempe nya besar tau. Kat sana tempe cover ngan daun pisang. Takde plak ako nampak yang dalam plastik.
Kalau bole bawang pun nak dibelinya 😝😝
Ako nak cari baju batik untuk budak- budak tiga orang tu. So kita masuk la plak di bahagian baju-baju. Silap nya tak jalan sampai ke dalam. Nampak 1 kedai terus je g beli kat situ. Rasa macam mahal plak bila dah beli 😅😅
Patut kita pusing pusing lagi kat bahagian atas kan. Kami ni sebenar nya macam rushing plak masa tu. Jadi nya memang tak explore sangat pasar baru lebih lanjut.
Diorang borong tshirt 'Bandung'.
Pastu diorang cari Jubah. Eh cantek² tau jubahnya. Dah kata kali ni ako pun x menyoping sangat. Ada rezeki datang lagi, confirm la beranak pinak luggage.
Setel pasar baru jom kita menyinggah ke Kartika Sari. Tak sah kan kalau ke Bandung tapi tak jejak Kartika Sari ni. Kami ke Kartika Sari Bandung Pusat iaitu cabang utama nya. Kat cabang ni ada terletak kilang nya sekali.
Rambang mata betul bila dah masuk situ hahaha ikutkan semua nya nak dibeli 😅 tapi memandangkan trip kali ni memang ako tak budgetkan untuk soping sangat, jadi nya kita beli setakat yang terasa nak dimakan je 😜. Insyallah kalau ada rezeki jejak Bandung lagi, memang target nak soping sakan la ye. Tunggu kalau ada rezeki bercuti ngan adik badik yang lain, konpom tempat ni akan jadi tujuan utama haha.
Tapi dalam tak plan nak menyoping tu kan, hahah sekotak la kita bawa balik. EH cop!! Itu hasil belian sislin dan karni juga sedikit belian dari ako ye 😝 Senang kan sekarang ni, kalau beli banyak-banyak, korang minta je pekerja KS tolong packing kan. Nanti kotak ni korang check-in sekali ngan luggage. Tak yah gedik gedik nak hand carry plak.
Kemudian pergi ke kaunter untuk membuat pesanan. Di sini nanti mereka akan penggil nama yang korang dah daftar QR tadi. Lepas nama dipanggil baru korang buat pesanan terus. Tak perlu la ramai-ramai dok beratur kat kaunter ni k. Bagus sistem pesanan diorang, so takde la orang potong Q kan.
Kitorang order set menu. Tapi jangan tanya ako nama set nya ye hahaha... yang ada ikan, sayur, tauhu, tempe, sambal, ulam-ulaman dan daging bakar. Ini set untuk 4 orang. memang sangat puas hati, sedap ! Ada tambahan sup juga.
Ini cara nak panggil pelayan. Sila ketuk beduk nanti pelayan akan datang.
Alhamdulilah semua kenyang. Bila dah kenyang rasa nak tido hahaha....
Pose dulu sebelum balik... Sempat la kita solat dulu kat sini. Dah setel apa lagi jom balik! 😆
Kita tukar baju dulu ye sebelum diurut. Sejam kemudian selesai. Sangat-sangat lega kaki badan memasing. Kalau ikutkan memang urut badan sekali tapi kami ekceli ada masa sejam je. Itu yang kita amek pakej mana yang sempat je dulu. Masa ni fanny sorang je tak join urut, harap dia tak kebosanan la ye sementara tunggu kitorang tu 😂
Hoyeeeee akhirnya dapat juga merasa naik Whoosh iaitu keretapi laju Bandung-Jakarta. Perjalanan lebih kurang 35 minit je so kami just beli tiket ekonomi berharga Rp302.750 (harga mungkin berlainan bergantung pada waktu korang beli masa tu).
Koc ekonomi, sangat selesa. Memang tak terasa sangat dengan kelajuan 300++ /km. Whoosh ni setaraf dengan shinkasen di Jepun.
Mall of Indonesia (MOI). Area ni memang konpom tak ramai pelancong. So nak cari chikuro yang tertangguh tempoh hari, sini la tempatnya. Dijamin tak perlu nak beratur atau perlu menunggu lama.
Penantian dan kesabaran sislin akhirnya terbalas juga hahaha. Sebelum balik malaysia, kena la juga merasa chikuro yang tengah viral di kalangan pelancong malaysia. Nak la juga tau apa spesel nya chikuro ditekak rakyat malaysia ni. 🤣🤣
Hoyeeeeee excited tau, penantian satu penyeksaan hahaha...
Kami beli perisa kurimi mentai dengan hot and spicy ke eh? Lupa plak ako hahaha
So bila dah rasa kan, ni jujur eh dari pendapat tekak ako, hahah biasa² je ekceli chikuro ni. Tapi tu la kenapa bole jadi viral ye?
Wajib pose dulu sebelum makan.
Tahu kriapy bumbu bawang garing. Kat sana memang tiap kali pun akan order tahu dan pisnag goreng hahaha. Apa istimewa nya ye? Padagal kat msia pun ada je kan. So kalau nak tau, kena la cuba sendiri. Tapi part makanan ni subjektif ye. Maybe tekak kitorang rs special tapi kat tekak korang biashe biashe je🤣🤣
Sejenis sup hahaha maaf ye ako lupa sup apa yang kitorang order aritu. Ok dah ingat bakso rupanya.. hahah tq sislin tolong ingatkan 😅😅
Nasi bakar ada isi daging tak silap. Semua yang kita order ni share la sama-sama. Dan ada tambahan dessert pisang goreng request by karni tak silap.
Selepas dinner baru la kami ke airport. Flight awal pagi esok nya... tunggu kepulangan kami ye!!
Nota Jemari: ok dah last day di Jakarta... KL tunggu kami pulang😁












































17 Ulasan
Tempe tu dorg buat secara tradisional la masih guna daun pisang. Kita kat Malaysia ni payah dah nak jumpa yang tradisional guna daun. Selalunya dalam plastik je.
BalasPadamBtul kt msia myb ada tp ssh nk cr
PadamKalau ke Remboelan lagi, nak repeat la nasi bakar tu. Sedap sangat! Nasib la kak Ret beli tiket TransNusa dgn kilo yang banyak sebab beg saya beranak satu! 🤣
BalasPadamHahahahhaa.... mmg budget blk konpom bertambah kg nya
PadamBagi PH tauhu dekat sana sedap & fresh. Takde bau ke apa tapi mmg sedap even goreng gitu je.
BalasPadamKannn.... tahu dia garing² tu yg sedap
PadamChikuro tu apa ker isi dlmnya kak..maleh nak google...
BalasPadamDia mcm nugget isi ayam tp dia bentuk mcm hot dog pastu luar tu garing salut dengan mcm² perisa bole pilih
Padamkartika sari wajib singgah...chikuro aritu tk sempat merasa tp kt msia skarang rmi yg dh start jual....ada singgah juga remboelan aritu
BalasPadamHahahah kan KS wajib singgah.. nnt bole try chikuro kt msia
PadamMantap betul. Bahkan di momen liburan pun masih tetap belanja sayuran ya mbak, hahaha.
BalasPadamSeperti biasa, perjalanannya penuh dengan kuliner ya mbak. Aku sedari tadi membaca, ngiler lho ini. hehehe
Sampai jumpa ya Mbak Retnaaa. Moga di lain waktu, bisa bersua kembali :)
wahh bestnyer gi bandung jakarta ghitewww,,, hehe
BalasPadamWah! tahniah kepada yang berjaya melahirkan bagasi - bagasi tambahan. ha ha ha.
BalasPadamJJCM macam ni best la Ako.
BalasPadamSeronok berjalan ke pasar tempatan.. Kadang ada ja makanan yang unik untuk dibeli.. kikiki..
BalasPadamKartika Sari tu menggoda betul.. Mau juling mata nak membeli semua yang ada dalam tu.. kikikiki..
Tempat makan dua-dua nampak menarik.. Biasanya kalau order menu yang sama tu, mestilah ada keistimewaannya.. Memang buat Sha tertanya-tanya ini..
BalasPadamSempat ya mengurut dulu.. kikiki..
BalasPadamThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com