Hari ni seawal jam 7 pagi kami dah ready nak jalan jalan Bandung. Memandangkan arah tuju kami daerah Lembang, maka nya kami booking kereta beserta supir sekali dengan company Satu Holiday Bandung yang ako search melalui tik tok. Rata-rata yang ako compare, so far ini yang paling murah. Kan asalnya nak g ngan family ako kan, so awal awal ako tanya la harga transport untuk 12 orang. Dan so far dia sangat responsive dan banyak membantu. Bukan jenis yang suka nak push push. Ako ni pantang betul ngan mereka yang kita baru nak tanya survey² tapi mereka dok push push jadi ke tak jadi ke tak. Kalau jumpa orang camni, memang ako kem salam je la tak layan dah lepas tu 🤣🤣🤣
Ok berbalik trip kitorang ni, ako suggest kat Fanny soh dia deal balik ngan company tu. Nah ternyata lumayan kan harga nya Fann😉😉 servis pun tiptop la. Driver nya pak Anton juga sopan dan soft spoken je.
Dijemput Pak Anton jam 7 pagi terus kita menuju ke Dusun Bambu. Sampai Dusun Bambu jam 8 pagi haha tapi entry nya masih belum di buka. Waktu beroperasi rupanya jam 9 pagi.😅😅 terover excited plak kitorang gerak awal sangat pagi tu.
So ada lagi sejam kan, moh la kita mengupi dulu. Limasegi D'Pinus tempat pilihan. Asalnya cafe ni pilihan petang kalau ikut itinerary kitorang tapi terpaksa la tukar datang di awal pagi.
Alhamdulilah memang tepat pilihan kami untuk ke situ pagi pagi. Tak ramai pelanggan lagi masa ni. Ada lah sepasang couple dan juga 1 family dari Putrajaya. Ingat nak approach tapi mak apak eh nampak kurang friendly (ako ni memang excited sket jumpa orang msia kat luar negara 🤣🤣🤣). Tapi ako tegur la juga anak-anak dia yang tengah sibuk main gelongsor tu. Ye betul, cafe ni kids friendly sangat. Sesuai la bawa budak-budak melepak, sambil mak ayah mengupi, si anak bole la main gelongsor di dalam cafe.
Nasib la anak- anak tu jenis yang membalas bila di tanya 😂😂
Cafe ni sangat bersih. Budak budak tu siap buka kasut untuk bermain 🤣🤣
Speciality diorang adalah Bolu Bakar ni tau. Sedap yang amat. Menyesal tak bungkus bawa balik hotel 🤣🤣
Tempat duduk dia luas. Ada di bahagian terbuka seperti gambar tapi kat situ banyak sangat nyamuk😅😅 plan memang nak duduk situ tapi dah nyamuk, lebah, haha terus kitorang pindah kat bahagian dalam.
Ini bahagian paling atas. Cantek gak view dari atas ni.
At last kitorang decide duduk di bahagian tengah sahaja. Iaitu sama level dengan pintu masuk tadi.
Seat menghadap hutan pun ada. Yang ni sesuai la kalau datang sorang nak fefeling healing mengupi sambil layan baca buku dan dengar muzik kan kan hahaha.
Kita order antara signature kupi nya. Sedap! Ako suka manis manis kupi bukan yang pahit pahit eh 🤣🤣
Kopi susu banana.kot yang ako order ni haha lupa plak nama nya 😁
Tengok tu bolu bakar cream butter cheese... ya allah ini kalau makan ngan Uyum, haros berebut ni hahahah
Kueh ni pun sedap gak. Nama kueh g tengok kat blog sislin eh hahaa.. ako tau ngap aje!! 🤪 Dia macam takde rasa sangat sebab tu kena cicah ngan sos yang diberi.
Sejam lepak, moh la gerak ke destinasi seterusnya. Tapi diorang ni sempat lagi membeli belah buah stroberi. Oh ye kawasan ni kan macam seolah olah ko pegi cameron la gitu. Sejuk tak sejuk tapi nyaman la 😝
Patut nya tadi kan kita ke Dusun Bambu dulu tapi dah alang alang tempat ni dekat je ngan cafe Limasegi, jadi kita singgah la Taman Orchid cikole ni dulu ye.
Beda ya harga turis sama harga lokal. Haha kalau kat Msia pun camtu gak kan.
Jom la tengok apa aktiviti kita boleh buat kat taman orkid. Haha pagi pagi dah jalan jalan kat Taman. Kalau kat KL ni, belum tentu lagi ako nak pegi tasik titiwangsa atau perdana🤣🤣
Mungkin petang petang ada yang buat live show ye macam kat tasik perdana.
Ada mini golf. Boleh sewa pemukul dia ngan bola. Tapi kitorang tak main la kan. Takut nanti balik KL bertukar plak jadi pemain profesional hahah🤣🤣🤣 so kita tinjau jeling jeling je la ye.
Tengah jalan-jalan terjumpa mesin foto ni. Weii kemain excited memasing. Ini sepatutnya ada dalam iti kami ye, ambil.gambar kat photobooth tapi sudahnya kita tak pergi pun area Braga, Asia Africa kan untuk cari mesin gambar tu 🤣🤣
Macam kena scam plak, pose nya sampai 4 ke 5 pose tapi bila print kluar 1 pose je ko hahahaa🤣🤣 Terus tak puas hati kita bergambar lagi sekali. Kali ni frame pilih yang 4 dengan harapan nanti gambar akan dapat 4 keping.. sekali 2 keping aje weii hahaha hahah jadi la. Supaya tak nak kena scam lagi, sudah sudah la bergambar nya tu. Kita soh pak anton aje la snap untuk kita.
Hahahaha jadi la ni ... View menghadap jambatan flying fox sambil berbisik, "tak yah la kan kita naik tu"🤣🤣 Bukan hape mana tau tetiba derang ni nak main flying fox plak ke lepas gian tergantung kerusi keranjang langit tempoh hari kan. Yang itu apa la sangat, mungkin la pikir ako dalam hati haha
Di taman orchid kita jalan-jalan sambil berfoto-foto aje la. Ini baru macam terapi percutian haha. Jalan, makan, posing, kita repeat selagi termampu ye😆
Kitorang teruskan misi mencari rainbow slide di Floating Market. Soploh tahun lepas, masa ako jejak bersama sislin, tempat ni just ada sampan-sampan yang jualan tu aje. Tasik kat tengah-tengah tu pun dulu mcam takde function setakat ada airpancut je tengah tasik. Tapi sekarang ni macam-macam aktiviti ada.
Floating market iaitu jualan di atas sampan. Dulu ke Hatyai dan Bangkok memang excited juga la bila pengalaman pertama kali kan tengok floating market ni. Yang di lembang ini tidak besar tau. Yang ini redup sket la sebab berada di bawah bumbung bandingkan dengan yang di Hatyai, sampai berpeluh peluh berebut nak membeli. Di sini memang santai santai aje ye.
Yang ini macam tersusun sket la sampan sampan nya.
Tapi diorang bukan nya nak makan sangat pun hahah... Bila dah nampak kedai jual macam barangan kat PADDY, terus la membeli belah mereka ye.
Sementara nak tunggu hasil belian siap, kita rehat-rehat la kat depan kedai. Redup je, mengantuk pun ada gak masa ni hahaha. (itu ako la ye :p)
Dah siap, jom la kita naik Rainbow slide ni. Antara tarikan yang wajib korang cuba! Ekceli kena beli tiket dulu. Kaunter tiket dia terletak kat gerai yang jual eskrem. Masa ni kitorang tak tau pun kena beli tiket. Main terjah je sampai ke atas. Tau tau kat atas diorang tanya tiket. Nasib baik la boleh beli kat atas tapi diorang cashless ye.
Ya allah tengok tangga tu!! hahah kena memanjat lagi ke ni??? Gigil lutut yang di Sukabimu pun belum reda lagi, haha bertambah la gigil lutut ako lagi ni😆
Eh tau tau kita dah sampai dulu... sedar sedar dah kat atas rupanya ako ye hahha.
Hahaha bila muatan berlebihan nak turun ke bawah ... sian plak tengok budak tu kemain payah nak tolak muatan berdua ni 😆
Seronok juga kan sislin... Boleh request gambar tapi tu la sorang sekeping je dia bagi softcopynya. Aisshh.....
Rainbow slide, nanti jom kita naik kat tempat lain plak hahaha
Sebelum ke tempat seterusnya kami sempat la singgah ke Tahu Lembang untuk alas perut sket.
Di sini terkenal dengan tahu susu goreng. Sedap, lemak berkrim pasti disukai ramai hahaha.
Pastu makan plak dengan kek tiramisu yang manis. Perghhh memang mencanak canak gula dalam badan haha.
Tapi kita cover je la ngan susu lembu ni, kira ok la kan hahaha.
So dah kenyang jom gerak ke destinasi selanjutnya,,, tapi itu di entry akan datang ye!! Sabar ye insyallah tak lama dah nak habis di hari kelima. Eh kejap dah hari ke lima ye 😅
Nota Jemari: nak menunggu cuti kemain lama rasa nyaaa














































0 Ulasan
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com