Hari ni 21hb Jun 2026

Hari pendaftaran untuk pelajar-pelajar baru Politeknik. Alhamdulilah abam Abin ditempatkan di Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Perak. 

Ibarat 'sirih pulang ke gagang'. Begitu la ibarat life abin hahah... 

Dari form 1 ke MRSM Felda Trolak iaitu sepelaung je dari Poli ni. Kemudian keluar dari daerah sini ke Batu Pahat. Nah sekarang kembali lagi ke Perak.😅 orang kata kalau dah 'jodoh' tak kemana haahaa..

Jadi la orang perak balik ye kome 🤣🤣


Sampai poli jam 830 pagi. Perghh lebih kurang sejam lebih gak la masih beratur nak ke tempat pendaftaran. Punya la ramai yang register pagi tu. Actually diorang ada 2 sesi pendaftaran. Belah pagi dan dibsebelah petang tapi ramai yang patut register petang, diorang datang pagi🤔🤔. Adoii mana la tak sesak. 

Pastu ada plak yang menghantar nya sampai 2 3 kete 😅😅 slalu yang kes macam ni mereka yang dari jauh kisahnya. 

Proses pendaftaran dia senang je.

1. Drop off barang barang dulu kat area yang disediakan.
2. Pelajar sahaja ke dewan untuk proses pendaftaran.
3. Parents sila ke area tempat menunggu. Sementara tu bole la pi parking kete dulu.
4. Lepas daftar, pelajar boleh bawa semua barang ke blok asrama masing masing. Pelajar sahaja yang bole masuk ke bilik. Parents duduk je la kat luar pagar asrama. 
5. Selesai

Hahaha proses kejap je. 😅😅

Untuk yang pertama kali anak masuk asrama ni memang panjang la urusan diorang. 

Macam kami , memandangkan ini bukan pertama kali hantar abin belajar kat luar, jadi segala urusan memang 100% abin urus sendiri je. 

.: kali kedua jumpa sha, pertama masa abin kat mrsm trolak:.

Kitorang dapat parking jauh dari tempat pendaftaran tu. Maka nya menunggu je la kat kereta sampai abin selesai. 

Dah sementara menunggu tu, sempat la ako calling calling blogger Kasihkuamani a.k.a sha ajak jumpa. 🤣🤣

Lama juga borak borak ngan sha sampai le abin selesai.


Hahah masa ni abin call nak minta tolong angkat kan barang dia tapi budak² ni mula cam malas nak g daki ke tempat register tadi haha, jauh wei dari tmpt kitorang parking. Tup tup sha sampai terus minta dia tolong hantar kan kejap ke sana😜

Haha tq aunty sha. Uyum malu² naik motor ngan aunty sha.


Belajar rajin rajin Abin.. Melangkah setapak lagi untuk berjaya. Semoga apa yang Abin impikan akan tercapai.

Nota Jemari: Diploma Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)