Hari ni 21hb Jun 2026
Hari pendaftaran untuk pelajar-pelajar baru Politeknik. Alhamdulilah abam Abin ditempatkan di Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Perak.
Ibarat 'sirih pulang ke gagang'. Begitu la ibarat life abin hahah...
Dari form 1 ke MRSM Felda Trolak iaitu sepelaung je dari Poli ni. Kemudian keluar dari daerah sini ke Batu Pahat. Nah sekarang kembali lagi ke Perak.😅 orang kata kalau dah 'jodoh' tak kemana haahaa..
Jadi la orang perak balik ye kome 🤣🤣
Sampai poli jam 830 pagi. Perghh lebih kurang sejam lebih gak la masih beratur nak ke tempat pendaftaran. Punya la ramai yang register pagi tu. Actually diorang ada 2 sesi pendaftaran. Belah pagi dan dibsebelah petang tapi ramai yang patut register petang, diorang datang pagi🤔🤔. Adoii mana la tak sesak.
Pastu ada plak yang menghantar nya sampai 2 3 kete 😅😅 slalu yang kes macam ni mereka yang dari jauh kisahnya.
Proses pendaftaran dia senang je.
1. Drop off barang barang dulu kat area yang disediakan.
2. Pelajar sahaja ke dewan untuk proses pendaftaran.
3. Parents sila ke area tempat menunggu. Sementara tu bole la pi parking kete dulu.
4. Lepas daftar, pelajar boleh bawa semua barang ke blok asrama masing masing. Pelajar sahaja yang bole masuk ke bilik. Parents duduk je la kat luar pagar asrama.
5. Selesai
Hahaha proses kejap je. 😅😅
Untuk yang pertama kali anak masuk asrama ni memang panjang la urusan diorang.
Macam kami , memandangkan ini bukan pertama kali hantar abin belajar kat luar, jadi segala urusan memang 100% abin urus sendiri je.
![]() |
| .: kali kedua jumpa sha, pertama masa abin kat mrsm trolak:. |
Kitorang dapat parking jauh dari tempat pendaftaran tu. Maka nya menunggu je la kat kereta sampai abin selesai.
Dah sementara menunggu tu, sempat la ako calling calling blogger Kasihkuamani a.k.a sha ajak jumpa. 🤣🤣
Lama juga borak borak ngan sha sampai le abin selesai.
Hahah masa ni abin call nak minta tolong angkat kan barang dia tapi budak² ni mula cam malas nak g daki ke tempat register tadi haha, jauh wei dari tmpt kitorang parking. Tup tup sha sampai terus minta dia tolong hantar kan kejap ke sana😜
Haha tq aunty sha. Uyum malu² naik motor ngan aunty sha.
Belajar rajin rajin Abin.. Melangkah setapak lagi untuk berjaya. Semoga apa yang Abin impikan akan tercapai.
Nota Jemari: Diploma Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)






19 Comments
Entah2 jodoh pun orang Perak nanti 🤭 Apapun, semoga Abin belajar dengan tekun dan cemerlang di politeknik 💪🏻
ReplyDeleteHahaahh adoii.. peghok ye yob 🤪🤪
DeleteAlhamdulillah tahniah sekali lagi Abin.
ReplyDeleteSelamat maju jaya!
Comel je Uyum & Aunty Sha hehe.. .
Tq PH hehee... uyum malu² tu hah
DeleteSama-sama Kak Ret.. Hahaha.. Comel ja Uyum masa ini..
ReplyDeleteHahah segan malu katanya
DeleteKejap dah besar ea Abin..
ReplyDeleteMOga Abin okayy dan serasi di sana.. ye juga, nanti dapat awek Peghokkk hahahaha
Hahaha amin aunty lin... awek peghok ye adehh haaha
DeleteSaya lama dah x balik Perak ni...Moga dipermudahkan urusan abin...
ReplyDeleteTq sueann...
Deleteall the best utk Abin...sempat jmpa Sha tu..kemain uyum naik moto ye
ReplyDeleteHaha tu la plan nak jumpa sha..
DeleteAll the best Abam Abin....bestnya jumpa Sha kat situ...dekat ngan rumah Sha ye?
ReplyDeletecongrats and all the best utk abam abin..cute sungguh nama tuuuuu
ReplyDeleteOh baru tau tujuan jumpa Sha. Nampak kat blog Sha. Rupanya daftar poli.
ReplyDeletetahniah dan semoga maju jaya abin.
ReplyDeleteoh kat poli parents tak boleh naik asrama ye...kalau boleh confirm dah macam2 jadi kat bilik asrama anak2 tu hahahah..siap deco bagai
ReplyDeleteOooo... Abin dapat politeknik Behrang. All the best to Abin.. ramai bebenor ler manusia waktu pendaftaran tu ye. Wah... dapat jumpa blogger Sha. 😊
ReplyDeleteselamat belajar Abiiiiin... aunty doakan abin dimudahkan untuk urusan pembelajaran selama di sana, ketemu teman2 yg baik, lecturer yang bagus, juga sehat2 yaaaa :)
ReplyDeleteaiiih kakak ketemu kak Sha yaaa... tahu gitu saya bawakan juga oleh2 untuk kak Sha :D
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com