Jom sambung citer Uyum ke Korea.
Hari berikutnya, kita sarapan di Sechawan. Nak cari kedai yang buka awal pagi kat Seoul ni agak susah juga. Untungnya cafe sechawan ni antara kedai yang buka seawal 730 pagi.
Kedai ni terletak di area Myeongdong. Tapi bukan kat tengag tengah myeongdong night market tapi dia kat belah hujung nak ke Shinsagae. Jalan ke situ memang mencabar berbukit menjunam juga la. Pape pun sila guna naver map ye untuk cari laluan ke Sechawan.
Dalam 10 minit camtu sampai la kitorang kat depan kedai. Of coz la kami first customer pada hari itu.
Kedai ni Malaysia cuisine so sarapan pagi tu masakan Malaysia la ye. Konsep layan diri ye. Boleh order kat mesin kioks dan terus buat bayaran. Cashless payment so kat sini kena la pakai kad.
![]() |
| .: Nasi Lemak ayam goreng:. |
![]() |
| .: Pekena teh tarik:. |
❗Tips: Datang situ kena awal ye untuk sarapan. Boleh jadi sangat crowded dan beratur panjang!
Dah kenyang, jom naik subway ke Gwanghwamun Square.
Cara nak ke sana menggunakan subway:-
- Dari: Myeongdong Station (Line 4).
- Transfer: Ambil Line 4 ke Dongdaemun History & Culture Park Station dan transfer ke Line 5 (Purple) menuju ke Banghwa/Sangam.
- Ke: Gwanghwamun Station (Exit 2, 7, or 9).
Nampak cam simple je kan. Memandangkan abang ipar tak larat nak naik tangga, jadi nya kita soh la dia n kakak ako pi cari lif sementara ako, Uyum & Imran keluar guna tangga. Tapi dijadikan citer, hahah kluar dari station, memasing dah lost. Sebab nya pintu keluar kakak n abang ipar ako ntah ke arah mana. Sedangkan kami bertiga di jalan keluar yang betul.
![]() |
| .: dalam train:. |
![]() |
| .:tangga yang menyeramkan hahaha:. |
Mimpi ngeri itu kembali! Hahaha Semput oii, bayangkan kat Msia pun kemain payah nak naik anak tangga yang 5 ketul tu. Inikan plak berpuluh anak tangga, 😅
![]() |
| .: Uyum lost... "aku kat mana ni?":.😜 |
Ingat kluar kluar dah sampai Batu Caves tadi hahaha.... 😄
Taadaaaaa..... "Hi Atok, I am back again!! Anyeong"
Sis Lin, Atok tanya tu, lama tak jenguk hahaha 😆
Masa ni Imran dah ghisau sebab omak n apak eh ntah dah kat mana.
Gara-gara tersalah pintu keluar.
Plan asal nak tengok upacara pertukaran pengawal istana tapi sudahnya kami terlepas. Next upacara dalam pukul 2 petang. Jadinya melepas la nak tunjuk kat diorang adat-adat istana tu. So kita mampu snap gambar je la ngan ketua pengawal dia.
Kita posing posing dulu depan istana gyeongbokgung. Mula plan nak sewa baju hanbok tapi dah jadi kes omak n apak eh hilang kejap dari radar, plan pun dah lari la sikit. So sementara tunggu omak n apak jumpa jalan yang benar, kita lepak lepak aje la kat luar istana sambil hirup air coklat panas 3 in 1 🤣🤣
Ok anak dah bertemu ngan omak n apak yang hilang, jom ke destinasi seterusnya.
Kami ke Toys Street yang terletak di Dongdaemun.
Cara ke sana :-
- Berhenti di Station Dongdaemun (Line 1 atau 4)
- Keluar pintu 4,
- Jalan terus sampai jumpa lorong ke-2 berdekatan Dok-il Pharmacy.
Kat sini besar dan banyak pilihan. Harga tetap ye. Takde la terlalu murah tapi untuk diorang bawa balik sebagai kenangan, kita tutup je la mata tu ye 😜 Kalau tak, berzikir je sampai balik Msia haha.
Harus la ada syarat limit harga kan kalau nak beli. Kalau tidak nanti takut diorang main ambil , terkedu plak kita bila nak bayar.😜
Memang berejam juga la. Memasing rambang mata. Akhirnya dapat le beli dalam 3 barang ye (berkira kira dia nak amek yang mana satu 😝). Sampai malaysia, abam abam yang dok terlebih excited main mainan dia beli tu haha..
Jam 1:30 petang (waktu tempatan), kami ada book entrance tiket dan shuttle ke Everland. Tiket ni untuk kemasukan jam 3 petang. Dengan niat nak tengok show bunga api kat sana. Tiket ni ako book dari klook.com
Jam 1:15 pm driver kami dah siap sedia menunggu kat aeea Myeongdong. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam camtu.
Di pendekkan cerita, suhu pada hari kejadian menurun mendadak ke negatif 10. Makanya semua show dibatalkan dan banyak games terpaksa ditutup. Ermmm.... Uyum memang frust la sebab tak dapat naik roller coaster. Maka mya kena repeat lagi ke camne tu? Hahah Bila banyak game tutup disebabkan cuaca yang terlampau sejuk, maka nya jam 8 malam kitorang decide balik je la ke Myeongdong. Jalan jalan cuci mata kat myeongdong sambil soping lagi syiok kan 🤪
Maka pulang la kami dengan harapan mungkin akan kembali lagi di lain musim? Eh eh ada ke? Haha
Shopping di malam terakhir. Sesi menghabiskan won 😜 .
Ok next time ada rezeki kita pegi lagi ye.
Nota Jemari: last trip di tahun 2025










































6 Comments
Misi mencari salji tapi jumpa tak salji tu? hehe. Teringat lagi sejuk giler kat Korea masa winter, taubat taknak dah pergi Korea 😜
ReplyDeletekami pergi vivaldi park so dapat le dia pegang salji nya tu hahaha
DeleteTengok tangga tu, teringat tangga di Tokyo 😅
ReplyDeleteWalaupun katanya sekejap, tapi dapat jugalah Uyum berjalan-jalan kat Korea tu.
Syoknya jadi seketul Uyum, haha. Kadang agaknya bukan rindu sgt nak makan makanan Malaysia tapi rare tu kalau dapat makanan Malaysia di Korea, wajib la pergi makan kat sana, kan.
ReplyDeleteBetul ke tangan Jung Kook tu? Dapat kat Dania....suka la dia. Hehe. Hubby pun pernah la pergi ke Australia kat Brisbane kalau tak silap...order teh tarik juga kat kedai makanan malaysia. Nak jugak teh tariknya.
ReplyDeleteTak pergi pulak Everland masa kami ke Korea. Nampak menarik juga theme park ni.
Acik PH nampak Uyum macam anak Korea dah hah :D
ReplyDeleteBest nya cuti² Korea.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com