Ok letsegoooo!!
Setahun ye berjanji ngan Uyum nak main salji. Ekceli asal trip ni nak g ngan geng² opis. Konon nya nak buat trip jalan jalan cari makan sebab rasa dah 2 tahun tak balik 'kampung' jenguk omma #tiber la kan ada omma plak kat korea nun haha.
Tapi last² derang sume x dapat nak join. Kebetulan dapat tiket murah ok musim sejuk plak tu from Vietnam airlines, dan kebetulan juga memang pernah janji nak bawa uyum main salji, maka nya cecepat la ako grab aje tiket untuk kami berdua. What kita berdua je ke Uyum??? Ommooo saja riki riki ngan kakak ako, kot² la dia nak join. Macam x syiok plak kalau g berdua je tapi ekceli ako ok je kalau berdua je pun haha.. Setelah di risik, yeehaa kakak ako ON nak join sama. Maka nya berlima la trip kami kali ni.
Memandangkan naik vietnam airlines, jadinya trip ni kena la transit dulu kat Ho Chi Minh.
Untuk korang yang akan terbang lebih dari 4 hari, ako memang suggest korang parking je kat sini. Makin lama korang park situ, rate dia makin rendah. Berbanding korang parking kat KLiA memang jauh beza la ye.
Parking kat situ sangat luas. Ada bahagian untuk ladies parking juga. Cuma nasib baik ke idak je la untuk dapat parking lot nya tu. Semua parking kat sini berbumbung. Yang paling best siap ada shuttle bus tau untuk ke KLIA 1 or 2. So tak perlu nak pening pening nak amek grab dari situ dan shuttle tu adalah FREE ok dan 24 jam tak silap ako. Jangan risau even tengah malam atau jam 2 pagi pun shuttle masih ada.
Jangan lupa snap la gambar no lot parking korang ye sebab rata² tempat tu nampak serupa je tau 😅😅 jenuh nak cari kereta if korang terlupa park kat mana.
Sebab tu awal awal ako siap snap signboard parking ako tu. Al maklum achik ni mudah hilang ingatan 🤣🤣
Dah park moh tunggu shuttle. Tak lama pun tunggu, if terlepas jangan risau. Setiap 15 miniy tapi ako rs tak sampai 10 minit pun dah sampai shuttle yang lain. Korang tunggu je kat mana mana bus stop dalam area parking. Memang shuttle akan berhenti je to pick up if ada orang kat bus stop.
Dan untuk info, kat sini la terletak nya train cafe yang dok viral kat TT tu. Ako tak sempat nak jenguk , maybe next time kita bole terjah cafe tu plak k.
Berbalik pada mereka yang ako turun kan tadi kat airport, sementara ako park keta, kakak ako dah tolong setelkan lugagge² kitorang untuk dibalut.
Lebih kurang pukul 3:15 petang, kitorang dah ready untuk check-in luggage kat kaunter. Tapi kaunter vietnam airlines buka 3 jam sebelum boarding iaitu 4:50 petang ye. Haha takde nya dia nak buka awal². Itu pun bukan tepat pun 450 pm tapi pukul 5:01 pm camtu baru la diorang buka kaunter. 🙄
Setel urusan check-in, moh la kita alas perut dulu.
Terus ke concourse area menggunakan aerotrain. Hoyeeee, Uyum dah excited nak main salji. Auto mode #misimencarisalji🎅
First time nak bawa Uyum g obersee together ngan Nina. Selalu tu mesti akan bawa omak eh haha. Tambahan plak nak masuk Korea sekarang kan agak leceh. Memang ada debaran juga la. Awal awal ako dah prepare pape yang perlu termasuk la surat kebenaran parents. Al maklum achik takut gak nanti di cop melarikan anak orang ke luar negara 🤣🤣 naya cik semah oii haha.
Jangan panik ye. Keluar je dari flight lertama terus cari signboard transit. Memang x jauh pun. Airport HCM kecil je ye. Ramai yang transit sama flight kita tu nanti. Alhamdulilah berjaya masuk ke next flight.
![]() |
| .: Flight from KL to HCM:. |
![]() |
| .:menu HALAL ayam masak merah:. |
![]() |
| .:naik bus to board next flight from HCM to Seoul:. |
![]() |
| .: Flight besar sket from HCM to INCHEON:. |
![]() |
| .: HALAL food ayam masak style nasi kandar tapi kuah takde, tercekik! Hahaha:. |
KL to Ho Chi Minh dalam 2 jam je.
Dari Ho Chi Minh plak amek masa lebih kurang 5 jam. Landing memang smooth je sampai tak terasa gegaran bila touch down tu.
Alhamdulilah setelah 5 jam atas awan, berjaya sampai Incheon Airport lebih kurang 6:30 pagi waktu Korea (malaysia sejam lewat).
![]() |
| .: tunggu train ke Main terminal:. |
Sampai je main terminal, sila la isi borang kesihatan bewarna kuning. Ekceli dalam flight, cabin crew ada edarkan borang tu tapi kami ingatkan borang arrival sebab kalau arrival memang awal² lagi kita bole isi online je. Maka nya memasing takde la nak heran sangat masa dalam flight. Eh bila sampai je sebelum nak cop passport keluar tu, salah sorang pekerja kat situ minta kita isi borang kaler kuning dulu iaitu borang pengesahan kesihatan. Kelam kabut la semua orang berebut rebut nak isi borang. Bila dah kelam kabut tu, macam macam la kesalahan mengisi. Haha time tu la tersalah tulis nama, tersalah format tarikh lahir la. Iskk...
Dah siap isi, sila submit kepada pegawai yang bertugas di situ.
Ok bermula la debaran yang dinantikan. Nak lepas kan pegawai imigresen kat kaunter ni. Sampai awal pagi ni tak banyak kaunter yang buka. Tak semua orang dapat ke laluan khas untuk family dan budak. Kira nasib nasib la ye.
Ako dapat pegawai pompuan.
Ok seriously, debaran dia sangat kuat. Ako menghadap berdua sekali dengan Uyum.
First ayat dia tanya ako, "did you apply K-ETA for him?"
Sambil tunjuk kat Uyum. Ommoooo ako nak terduduk terkedu oii sebab setau ako budak budak hingga 17 tahun serta warga emas tak perlu apply K- ETA ni.
Goshh ayat dia macam nak menjatuhkan semangat ako. Pantas ako bertindak dengan menjawab, "i thought kids no need have k-eta, right?"
Denggg !!! Dia nak kata ako x alert ke camne tu 😅🤣
Ok dia diam.
Dia tengok uyum, dia tengok passport uyum.
Pastu dia tengok passport ako, dia soh letak 2 jari telunjuk kat mesin sambil ako pun senyum, nasib x buat peace 🤣🤣
Ako ingat kan Uyum pun kena letak jari lepas dia tengok balik passport Uyum tu.
"No need! Kids no need to put here!!"
Ok i is dunno. If i know, i pun x nak soh dia letak jari kat situ. U jangan la marah marah i k , sambil ako senyum kambing sampai ke sudah dia x balas pun senyuman manis ako 🤣🤣
Untuk kakak dan abang ipar ako kat kaunter sebelah je. Dapat pegawai lelaki.
Ikutkan satu family boleh je g sekali kat kaunter tapi pegawai tu tak bagi. Dia soh 2 orang je dalam satu masa.
Pung pang pung pang, alhamdulilah berjaya melepasi pegawai imigresen dengan lancar dan selamat.
Bukti dah sampai! Uyu wajib minum menandakan kita dah berjaya jejak Korea😂
Dari airport ke guesthouse kami di area Myeongdong, kitorang naik airport bus no 6015 je. Harga tiket dalam 17,000 krw dewasa, 12,500 krw untuk kanak-kanak.
Perjalanan lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Bergantung pada kesesakan jalan raya. Diorang pun dah kepenatan terus terlelap sampai ke Myeongdong.
Inilah guesthouse kami, Myeongdong Mom House kepunyaan keluarga penyanyi Kyuhyun Super Junior.
Kami booking 2 bilik dan salah satu bilik dah ready untuk check-in. So kita park la terus luggage ke dalam bilik yang tersedia tu.
Setel urusan check-in guesthouse, kami terus cari makan. Memasing dah kelaparan. Plan nya nak makan di restoran Kampungku tapi terpandang plak kedai baru ni. Memandangkan kampungku confirm ramai orang, kena beratur tunggu giliran dalam cuaca sejuk tu, jadi kami decide jom la kita cuba kedai baru ni.
Sorry ako lupa nam kedai ni tapi senang je nak cari. Terletak betul betul atas kedai Bali Holiday. Dan sebelum kampungku dan kedai maehwa lamb.
Kedainya takde la luas sangat tapi ok la sebab dalaman nya tak crowded sangat susun atur meja nya tu.
Kedai ni syaratnya wajib order min 2 daging. So kita order set lamb skewer & lamb chop. So main bakar bakar la kita ye.
Lupa nama lauk ni tapi lebih kurang spicy tofu or vege sebab memang sayur sayur je dalam tu hahhaa. Sedap makan panas panas di musim sejuk. Nikmat tak terkata.
Nak naik Namsan Tower tapi macam tak sempat sebab kami kejarkan masa nak ke Namdaemun market dulu. Bila musim sejuk market ni akan tutup awal. Kita bergambar je la dari jauh k 😁😁
Untuk info, Namsan or N tower ni lebih kurang macam KL tower. Yang best nya nak ke N tower tu kita kena naik cable car. Dan kawasan nya sangat luas dan disitu juga terletak nya kau kunci cintaku di dalam hatimu 🤣🤣.
Walaweiii Namdaemun dah baru!!! Dah takde kedai kedai buruk. Semua dah di baharui, nampak lagi kemas dan dah berbumbung. Hampir tak cam dibuatnya. Nasib baik la ako cepat perasan bangunan hijau untuk ke brooch area dan bangunan oren untuk cari kedai souvenir kak salmah.
Beli souvenir kat kedai kak salmah sebab situ je boleh dapat harga murah. Memang tumpuan rakyat malaysia or singapura ye kat situ.
Tak sempat snap gambar kedainya tapi korang boleh je search kat tik tok k.
Kami borong hadiah untuk kawan kawan kelas Uyum kat situ.
Dari Namdaemun, kami balik ke guesthouse. Mandi dan rehat dulu sebab seharian dah berlengas sangat walau cuaca sejuk.
Malam nya kami ke Myeongdong Night Market. Dok usha usha apa yang boleh dimakan. Apa yang boleh dibeli. Shoping skin care memang sini la tempat nya. Memandangkan hari itu adalah malan krismas, kepadatan orang sangat la mencabar ye nak jalan area tu. Sampai polis pun terpaksa ditempatkan disitu untuk menjaga lalu lintas pejalan kaki. Risau gak sebenarnya. Bukan apa, takut terjadi macam insiden kes dulu yang kat Itaewon di malam tahun baru. Tapi alhamdulilah myeingdong masih terkawal lagi.
Ayam goreng wajib cuba kalau ke korea. Dinner kami decide makan kat BusanJib.
Kami amek 2 perisa, satu pedas satu lagi honey soya sos.
![]() |
| .: pajeon seafood:. |
![]() |
| .: Nasi goreng Daging:. |
![]() |
| .: Sotong spicy:. |
![]() |
| .: Samyetang:. |
Menu dinner kami. Semua pun sedap especially makan samyetang @ sup herba ginseng auto terus jadi bertenaga 🤣🤣
Alhamdulilah kenyang betul malam pertama tu.
Ada peminat BTS ke kat sini? Hahahaa... sempat singgah kedai LINE. Nampak signature dan tapak tangan ahli ahli BTS ... #ARMY jangan marah ye 😝
Sebagai penutup entry harini, layan la video tapak tangan BTS ni ye from UYum 🤩🤩
Nota Jemari: bersambung.. harap tak tergendala la ye 🤣🤣








































0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com