Sambungan dari entry lepas --> https://anakomak6.blogspot.com/2026/01/uyum-ke-korea-from-kl-to-hcm-to-seoul.html?m=1
Pagi krismas 25 Disember. Perjalanan kami bermula awal pagi iaitu jam 5:30 dah siap semua orang. Kali atas kesihatan, abang ipar tak dapat join so kami tinggalkan dia kat guesthouse je.
Hari ini kami nak ke Vivaldi Ski Park & juga Nami island. Pakej ni ako cari kat agoda.com Ye betul dari agoda! Haha agoda bukan saja offer hotel malah ada juga aktiviti aktiviti yang bersesuaian. Cari punya cari, terjumpa pakej yang ako rasa berbaloi la. Boleh tengok sini -->
Pakej vivaldi + nami from seoul ni, awal pagi dah kena berkumpul di Namsan Yejang Public Parking Lot. Tak jauh pun dari Guesthouse kami, 10 minit berjalan kaki.
Ada 3 tempat pelepasan.
Departure point(s)116 Euljiro 7(chil)-ga, Jung District, Seoul, South KoreaPlease be at Dongdaemun History & Culture Park Station Exit 10 by 7:05 am. Ktourstory staff will be there for you.Yejang-dong, Jung District, Seoul, South KoreaPlease be at Namsan Yejang Public Parking Lot (~5 mins walk from Myeongdong Station Exit 1) by 6:50 am. Ktourstory staff will be there for you.167-36 Donggyo-dong, Mapo-gu, Seoul, South KoreaPlease be at Hongik University Station Exit 4 by 6:25 am. Ktourstory staff will be there for you
Memandangkan kami di area Myeongdong, jadi tempat pelepasan adalah di Yejang Public parking. Untuk korang yang sama starting point macam kami, ako suggest korang follow je arahan macam dalam gambar atas ni. Memang direct dan sangat senang nak cari.
Tepat jam 7 pagi bas pun bergerak ke Vivaldi. Perjalanan amek masa dalam 45 minit camtu.
SEWA BAJU DAN PERALATAN SKI
Pit stop seterusnya kami ke kedai sewa baju baju dan peralatan untuk main ski. Ok untuk pakej ni ako amek pakej sledding @ Snowy Land. Tak perlu la korang beriye nak tukar baju ski bagai ye. Kalau korang amek pakej main ski, yes perlu la pilih baju, helmet dan perlatan yang bersesuaian untuk main ski.
Ada pelbagai pilihan baju dan seluar mengikut saiz. So tak perlu risau kalau korang jenis yang badan besar atau badan terlalu kecil.
Ada fitting room juga. Helmet ni salah satu items kalau korang amek pakej ski.
Boodak ni nak beli scoop salji yang ada banyak jenis bentuk. Kita layan kan aje.
VIVALDI SKI PARK
Lepas selesai yang lain lain cari baju dan peralatan ski, terus kita ke vivaldi park. Kat sini ada 2 tempat yang berbeza. Satu tempat untuk main ski dan satu lagi snowy land, which is more to family to lepak.
Kami pilih ke Snowy Land je. Nak main ski macam perlukan seharian termasuk kelas belajar ski . Memandangkan masa agak terhad, so kita pilih snowy land je la ye buat masa ni.
Memasing dah tak sabar nak pegang snow katanya.
Yezzaa akhirnya sampai sudah kat tempat paling sejuk vivaldi ski park. Masa ni kalau tak silap dah negative 10. Yang buat tak tahan tu bila angin sejuk bertiup. Rasa dah kebas kebas muka kaki dan tangan 😅😅
Kat snowy land ni more to macam theme park sledding. Pelbagai jenis slide korang leh main. Yang pasti budak berdua tu dok berulang ulang main gelongsor. Apa derang idok sejuk ke eh😅🤪
Jom layan gambar gambar uyum kat sana.
Yang gelongsor ni nampak biasa biasa je kan tapi tinggi tau , tambah plak lagi berat beban lagi laju dia menurun. Kalau tak pegang kuat kuat, bole tercampak dibuatnya. Tapi itu yang diorang suka. Kemain berulang ulang naik gelongsor ni 🤣
Hepi dapat buat ice love untuk mama katanya...
Time ni Uyum eksiden ngan sorang ahjussi n anak kecil dia. Ntah macam mana memasing tak dapat nak control papan luncur tu. Nasib baik la takde kejadian buruk. Cuma sian kat anak dia la macam terkejut gitu.
Ni last round sebelum kami meneruskan perjalanan ke Nami island pulak.
NAMI ISLAND
Tepat jam 1:30 petang kami gerak ke pulau Nami. Masa ni memasing dah lapar sangat. Bila lapar for sure mood pun dah kelaut dalam la kan.
Dari vivaldi ke nami lebih kurang 30 minit camtu.
Member tengah stress tu sebab lapar..pastu penat jalan katanya. Aishh.... "jalan jalan bila nak sampai ni Nina?" 😅😅
Hahah adoiyaii boodakk bambam sorang ni. Jalan sikit dah penat. Mood dah tinggal 1% je ni sebab perut dah lapar rupanya 🤣🤣 jejak je nami terus kita cari makan dulu.
Sabar yum...sket je lagi nak sampai dah tu 😝
Lapar tak lapar kita tetap kena pose dulu haha.
Pose from Nami Island with ❤️
Ingat nak naik beskal pusing pusing nami tapi dengan cuaca yang terlampau sejuk pastu dengan kekangan masa lagi maka nya kita just posing posing sambil cuci cuci mata je la ye. Maybe next time bole datang lagi kan 😅
Babai Nami...!! Ada rezeki uyum datang lagi.
Babai 2025.
Welcome 2026.
Selamat Tahun Baru semua 🥰🥰🥰
Semoga tahun ini Nina akan jadi rajin untuk menghapdet blog ye hahaa...
Nota Jemari: esok kita sambung lagi yek 😜






















































0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com