Salam dari Langkawi 🥰

Hari ni sebelum sebuh memasing dah bangun. Gigih tau bangun awal di hari cuti semata mata nak sarapan kat Warung Sate Pagi. Punya la takut ramai orang especially bila kedai dah jadi viral ni😅

Alhamdulilah kami sampai 7:30 pagi, just nice kedai belum ready, orang pun tak ramai. Tapi tak sampai 10 minit, diorang dah buka untuk order.


Warung ni memang betul betul tepi jalan. Laluan ke arah Galeria Perdana, Wildlife Nature, Extreme Park. Memang senang je nak cari. 

Persiapan in progress. Warung ni nampak simple and biasa biasa je tapi ako rekomen makanan memang super sedap!! 



Masa ni baru 3 family je termasuk kitorang yang tengah dok menunggu.. So far, kitorang rasa servis derang cepat dan pantas. 



Bila dah ready semua nya, diorang akan bagi menu. Borang order tersedia atas meja. Dah pilih menu then bole pass borang tu ke kaunter. Pastu tunggu sampai order korang sampai ke meja. Dah makan baru bayar.

Jom layan menu yang kitorang makan.


Kue teow kerang dia sedap! Ako suka masakan yang macam ini. Susah nak jumpa. Yang ada selalunya nak kering tetap la basah juga jadinya. Pastu jenis kue teow yang besar tu. Memang cepat muak tapi yg ini gerenti sodap oii!! Sangat puas hati.


Nasi goreng cili kering nama diberi. Dia sedap tapi sebab kan ako tak suka sangat rasa ikan bilis, so bagi ako 8/10  la jawabnya. Yang pasti pedas ok! 😅😅



Ini la menu utama nya. Sate ayam & daging je tau! Ya allah lembut gila wei sate daging tu. Rekomended sangat , kena plak dengan kuah kacang yang pekat 👍 

Sila cuba ye kalau dah sampai Langkawi tu 😝 Gerenti berbaloi.


Lontong kering. Ako tak makan tapi menurut tekak MAMA uyum yang penggemar lontong, sedap katanya terutama paru goreng.

Mee kari versi melayu.. eh ada ke versi lain eh 😜 ok la not bad , ako suka kuah karinya. Overall makanan kat situ memang sedap. Pekena plak ngan kopi & teh kampung. Tak terlalu manis, just nice je untuk orang tua macam ako ni muahahaha.... 🤣🤣


Untuk korang yang berhajat nak cuba sarapan di situ, boleh la try usha usha IG diorang di WarungSatePagi

Atau dah sampai Langkawi tu bole la terus google or waze ke 📍 Warung Sate Pagi

Buka setiap hari kecuali Isnin tutup.
Dari jam 7 pagi hingga 1 petang.

Nota Jemari: 👍👍