JJCM : WARUNG SATE PAGI     JJCM : WARUNG SATE PAGI

JJCM : WARUNG SATE PAGI


Salam dari Langkawi 🥰

Hari ni sebelum sebuh memasing dah bangun. Gigih tau bangun awal di hari cuti semata mata nak sarapan kat Warung Sate Pagi. Punya la takut ramai orang especially bila kedai dah jadi viral ni😅

Alhamdulilah kami sampai 7:30 pagi, just nice kedai belum ready, orang pun tak ramai. Tapi tak sampai 10 minit, diorang dah buka untuk order.


Warung ni memang betul betul tepi jalan. Laluan ke arah Galeria Perdana, Wildlife Nature, Extreme Park. Memang senang je nak cari. 

Persiapan in progress. Warung ni nampak simple and biasa biasa je tapi ako rekomen makanan memang super sedap!! 



Masa ni baru 3 family je termasuk kitorang yang tengah dok menunggu.. So far, kitorang rasa servis derang cepat dan pantas. 



Bila dah ready semua nya, diorang akan bagi menu. Borang order tersedia atas meja. Dah pilih menu then bole pass borang tu ke kaunter. Pastu tunggu sampai order korang sampai ke meja. Dah makan baru bayar.

Jom layan menu yang kitorang makan.


Kue teow kerang dia sedap! Ako suka masakan yang macam ini. Susah nak jumpa. Yang ada selalunya nak kering tetap la basah juga jadinya. Pastu jenis kue teow yang besar tu. Memang cepat muak tapi yg ini gerenti sodap oii!! Sangat puas hati.


Nasi goreng cili kering nama diberi. Dia sedap tapi sebab kan ako tak suka sangat rasa ikan bilis, so bagi ako 8/10  la jawabnya. Yang pasti pedas ok! 😅😅



Ini la menu utama nya. Sate ayam & daging je tau! Ya allah lembut gila wei sate daging tu. Rekomended sangat , kena plak dengan kuah kacang yang pekat 👍 

Sila cuba ye kalau dah sampai Langkawi tu 😝 Gerenti berbaloi.


Lontong kering. Ako tak makan tapi menurut tekak MAMA uyum yang penggemar lontong, sedap katanya terutama paru goreng.

Mee kari versi melayu.. eh ada ke versi lain eh 😜 ok la not bad , ako suka kuah karinya. Overall makanan kat situ memang sedap. Pekena plak ngan kopi & teh kampung. Tak terlalu manis, just nice je untuk orang tua macam ako ni muahahaha.... 🤣🤣


Untuk korang yang berhajat nak cuba sarapan di situ, boleh la try usha usha IG diorang di WarungSatePagi

Atau dah sampai Langkawi tu bole la terus google or waze ke 📍 Warung Sate Pagi

Buka setiap hari kecuali Isnin tutup.
Dari jam 7 pagi hingga 1 petang.

Nota Jemari: 👍👍

Post a Comment

28 Comments

  1. Kue teow ada cili jeruk memang perfecto!

    ReplyDelete
  2. AR...tengok kuetiau tu sedapnya. Sate tu pun nyumsss....nasib baik baru makan sate ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha xde la kempunan sangat bila tgk sate kan :p

      Delete
  3. Tengok gambar pun tau sedap hihi :)

    ReplyDelete
  4. Nampak pun semua sedap².
    Memang gigihlah semuanya bangun awal... tu biasa kalau jalan².. cuba waktu kerja atau sekolah... lahaiiiii... lemau betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, klu masa cuti2 memang auto semua jadi rajin, bangun awal haha tp klu time sekolah, auto semuapun lambat dan malas :D

      Delete
  5. Semua nampak sedap.. Mi kari tu pun aduhh mengundang rasa lapar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cuba gi cari mi kari kat KL je la kan :p

      Delete
  6. Uissh Ret, semuanya nampak menyelerakan 😋
    Nak kena masuk list ni kalau ke Langkawi.

    ReplyDelete
  7. Warung tu nampak kemas bersih sangat. Nampak pun sedap apalagi sate tu favorite kita hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sedap betul lontong kering tuuuu…..telan liur sat…

      Delete
  8. Ya Allah kapanlah saya ke Langkawi 🤤🤤🤤🤣😍😍😍. Confirm hrs coba makan di sini kalau kesana nanti 😍😍. Lihat foto pun langsung rasa nak terbang kesana kak 🤭❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib coba tau!! Kena selitkan 1 trip Langkawi tahun tahun akan datang ni :P bawa anak2 pasti seronok

      Delete
  9. menarik tgk menunya..pg2 dh breakfast sate

    ReplyDelete
  10. menu Johor di Langkawi...hehe...nampak sedap semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat!! hahah ako pun rasa tetiba mcm kat joho :D

      Delete
  11. boleh masuk wishlist kalau pi Langkawi nanti...rasanya memang nak pergi...bawak PZ naik flight

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib tau! for me memang berbaloi la.. sedap! tapi tekak korang ako x pasti la kan hhee pape pun bole msk list JJCM kalau ke Langkawi :)

      Delete
  12. Hi, Ako. 😊 Bestnya, pagi² ada jual sate. Suka juga kuetiau goreng kering macam tu. Semua nampak sedap la. Udah bertahun-tahun tak ke Langkawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni bole try msk list cuti cuti malaysia ke langkawi la Nur

      Delete
  13. Banyak sangat yg saya nak datangi di Malaysia 🤣. Top bucket list, Sabah Sarawak, Johor, Langkawi 😂😂.

    ReplyDelete
  14. Sate & kuah kacang pekat tu memang susah nak tolak 😍 Thanks share, list masuk travel plan ni!

    ReplyDelete
  15. Best betul kalau sate dagingnya lembut dan kuah kacangnya sedap..
    Tak berjaya lagi nak cuba lontong kering..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com