GIRLS TRIP : TOUR KOTU, JUMPA MAS KUMIS, DAPAT KAWAN BARU, MIRROR DI UP AT THAMRIN NINE     GIRLS TRIP : TOUR KOTU, JUMPA MAS KUMIS, DAPAT KAWAN BARU, MIRROR DI UP AT THAMRIN NINE

GIRLS TRIP : TOUR KOTU, JUMPA MAS KUMIS, DAPAT KAWAN BARU, MIRROR DI UP AT THAMRIN NINE

Baca sini --> [Hari pertama] [Hari kedua]

Disclaimer: Harap part hari ni laptop tak kena rasuk antu omputih lagi ye 🤣🤣🤣

Hari ketiga ni kita rileks rileks je sebab Fanny akan pickup 830 pagi banding hari sebelumnya jam 7:30 pagi kan. Masih sarapan di hotel je. Menu lebih kurang. Dan kali ni rata rata yang turun sarapan semua nya family ngan anak anak kecil. Jadinya seat bahagian dalam agak penuh. Kami duduk di bahagian luar, berdekatan laluan naik ke kawasan waterpark. Niat hati nak jenguk waterpark tu tapi bila tengok tinggi nya tangga yang kena daki terus kita simpan je niat tu 🤣🤣

Plan hari ini mau jalan jalan ke Kota Tua atau KOTU ringkasan bagi orang orang sana. 

Ekceli tempat ni lagi sesuai lepak sebelah petang. Korang boleh baca ringkasan mengenai KOTU di blog Fajar. Ya betul la tu, ke KOTU terus dapat kawan baru tau!! Sampai je di KOTU, Fanny inform akan jumpa Fajar di situ. Pertama kali jumpa dengan Fajar sekeluarga menjadikan blogger kedua dari Indonesia yang ako sudah jumpa.

Pertemuan pertama kali itu bikin masing-masing agak malu-malu dan segan. Haha tambahan ako plak sejenis yang agak 'lambat' untuk mesra dengan orang baru😅 Jadi nya kitorang pusing-pusing dulu sekitar situ sambil kadang-kadang Fajar memberikan respon penerangan tentang bangunan-bangunan lama yang masih kekal di KOTU.


Sejujurnya ako bukan la pencinta sejarah. Sejarah malaysia pun ako gagal apatah lagi nak explain kat korang sejarah indonesia 😆haros kena rasuk lagi kang laptop ako ni tetiba jadi arif tentang sejarah di sana hahahhaa.

Tapi kadang-kadang ako suka tengok struktur bangunan bangunan lama ni. Dia ada satu tarikan unik yang tak reti nak explain. So, untuk korang yang minat sejarah, bole la search online je k.


Bila upload gambar ni, ako baru perasan kat jari nya tu. Kenapa jari sebegitu? Apa maksud disebalik simbol jari tu? Sila la google sendiri eh hahahaa.

.:Jodohku Lagi OTW:.


.:playing a tourist la kan memasing:.

.:kot la terjumpa rakan sekerja ke kan:.


.:Cafe Batavia ni femes tapi kitorang tak masuk pun:.


Bangunan merah ni ada sejarah nya. Eh tapi ako dah lupa hahaha , ako dah kata ako bukan fanatik sejarah, of coz akan cepat lupa apa yang dah diberitahu oleh Fajar tempoh hari 😂Boleh baca la kot kat blog yang lelain tu k, kot la diorang masih ingat sejarah yang satu ni 🙊


Dari KOTU kitorang ke warung Bakso Mas Kumis Djarum. Katanya bakso disini asli dan paling sedap. Jom la kita cuba! Bagus laki si Fanny ni. Sebut je nak makan Bakso terus dibawanya kitorang ke situ. Tak sure orang luar familiar ke idok dengan Mas Kumis ni. Tapi yang pasti lokal memang meriah la kan. Nampak macam kedai biasa je kan. Mas Kumis ni tiada cabang lain selain yang ini sahaja. Kedai nya pun bersih, no wonder la ramai yang suka ke situ.

.:Perkenalkan Mas Kumis nya hahaha... sudah ada dari tahun 1972, memang confirm la ako pun tak lahir lagi hahah:.


Taaadaaaaaaaa...!!!!! Of coz la ini setelah ako letak cili ye, tu yang nampak merah je supnya 
😂 Ada dua je jenis mi kat situ, mi kuning & bihun. 


Tu dia sambal dan sos cili nya. Cili ni yang buatkan sup bakso jadi sedap weiii!! Cukup rasa, pedas, cukup gula dan garam nya. Aisshhh tak reti nak explain tapi memang lain dari yang lain. Seriously, ako memang rekomen sangat Bakso kat situ. Kat sana takde bakso bakso beranak ye. Semua pun sama je saiz. 


OK ni bakso yang belum diletak cili. Tengok sup pun dah nampak sedap kan. 


Licin semua mangkuk ye 😆 Harga bakso ni kalau tak silap dalam Rp40,000 per portion.


Halo, perkenalkan kawan baru saya. Fajar, Tina dan Putri.


Kelmarin ada cerita pasal restoran ayam gepuk / geprek sedang bermaharajalela di Kuala Lumpur. Pelbagai jenis kedai ayam gepuk dibuka bersepah-sepah kat KL ni. Contoh terdekat, di area rumah ako je kalau tak silap ada 5 jenis. Semua pun dibuka berdekatan antara satu sama lain. Dan ada la ako mention ayam gepuk pertama yang masuk ke Malaysia dan jadi viral adalah "ayam gepuk Pak Gembus". Dah tak pasal-pasal Raka bawa kitorang ke kedai ASLI yang pertama di Jakarta 😆

Padahal kitorang baru je lepas makan Bakso kan. Hahaha dah memasing macam blur kejap, takkan nak makan lagi? 😅 Rupanya Raka nak tunjukkan kat ako kedai Pak Gembus di Jakarta. Ha ini la dia ye untuk orang-orang Malaysia. Camni la ghope kedai asli PakGembus.


Cantek plak kedai nya ye. Ada 2 tingkat tapi ako tak de la nak naik sampai ke atas heheh.


Sama je combo pakej macam kat Msia ni. Set ayam sekali air. Ada pilihan tambahan nak tempe, tauhu atau sayur. 


Raka soh order. Ha??? Time bila plak nak makan hahaha....serba salah plak kita tau! Tapi dia paksa juga order. Kata nya nanti boleh makan di Hotel. Eh ni baru pagi ye hahah kalau balik hotel confirm la malam baru kita makan kan. Kita order juga la, tapau 3 bungkus ayam gepuk original.

Sambal ayam gepuk di sana tak sama ye level macam kat Malaysia.
Kalau kat malaysia sampai level 4 ye.... tapi kalau kat sana ada 3 level je, biasa, sederhana atau pedas. Ako pilih sederhana pedas nya.


Packaging dia lagi bagus yang di sana. Kotak keras compare kat sini. Packaging kat msia kecil je kadang sampai terkluar2 nasi nya haha.


Ayam dia kecil comel je macam ayam kampung saiz nya. Yang dalam gambar ni bumbu kacang khas untuk carney sebab dia tak makan pedas. Ok bagi ako, pedas sambal nya tu tak boleh lawan sambal pedas kat Msia. atau sambal ayam Bunut. Sambal ayam pak gembus di sana masih boleh tahan lagi pedas nya tu. Kesimpulan nya ako lebih suka yang di Malaysia ye haha 😁


Next kitorang ke PIK by The Sea. Ako membayangkan suasana tempat ni macam dalam MALL ye hahaha.. Sekali sampai sana, la rupa nya lebih kurang macam konsep JPO / GPO. Cuma deretan kedai nya tak sebanyak kat JPO la ye dan kebanyakkan kedai di sni menjual produk Local. 

Honestly mulanya ako tak tau nak beli apa kat situ haha... Rata-rata barangan yang dijual adalah handbag & kasut which is bukan la menjadi keutamaan ako barangan ni. Sebabkan dah jejak situ kan, takkan balik dengan tangan kosong, ye dak? Maka nya setelah 2, 3 kali mundar mandir di sana, terbeli juga satu bag. Sebagai hadiah untuk diri sendiri je la kan 😄

Mungkin la kalau ako ke sana bersama geng-geng opis yang kaki soping, kebarangkalian memborong tu akan jadi lebih tinggi la ye haaha.


Ini pun ako cuba je la kan. Rata-rata orang pegi sana nak makan eskrem Cold Moo. Reaksi ako, "eskrem je pun" hhahha tetap la rasa eskrem ye🙈


Sovlo brand local jugak ni. Kalau korang perasan bag yang ako dan Fanny pakai adalah brand SOVLO. Bag tu ako beli di Sarinah dua tahun lepas sewaktu percutian ako bersama geng-geng opis.  


Tengah pusing pusing PIK terjumpa plak dengan ex-opismet. Nasib baik la memasing masih cam antara satu sama lain 😆Nasib juga tergerak nak tegur. Al-maklum kadang tu takut gak pelanduk dua serupa kan. 


Memula tu kitorang memang dah plan nak makan kat nasi padang Tuan Mudo di area PIK tapi sejak case yg orang banned Pagi Sore (merah), dah tak pasal-pasal tuan mudo jadi packed dengan orang malaysia. Aisshh... kempunan sungguh nak merasa Tuan Mudo. So bila dah 'jem' kat kedai Tuan Mudo harus la kita cari tempat lain kan. Jadi nya berpindah la kami ke PayaKumbuah. Kedai ni milik influencer Indonesia dan dia banyak cabang ye. So kedai dia dah level-level Pagi Sore gitu hahah.

Disclaimer : Bagus betul Fanny & Raka ni la, dedua pun sangat impresif cari tempat makan 😆


Ayam pop, kalau ke padang wajib cuba ye kawan-kawan.


Keropok goreng kulit sapi. Dah sedap krup krap krup krap baru tau ni kulit lembu ye hahaha.


Alhamdulilah rezeki lunch kami. Sedap semua nya. Kat situ ada disediakan mushola juga. Jadi tak perlu nak rushing-rushing cari surau or masjid. Mostly tempat makan kat sana memang lengkap tersedia mushola nya. Alhamdulilah.


Selepas dah makan nasi kena la ada pencuci mulut kan!😁 Maka nya moh la kita ke Amy and Cake plak ye. Actually ada sebab kitorang ke sini. Memang dari KL dah plan dengan Fanny nak celebrate besday Carneyz in advance kat Jakarta. Tengkiu Fanny tolong carikan tempat yang cantek dan kek yang sedap 😍


Comel betul zirafah pink depan kedai tu. Confirm budak-budak akan suka dan excited macam si Putri 😄


Pintu masuk pun dah penuh deco bunga-bunga.


Macam biasa, diorang yang order. Masa ni carneyz memang tak tahu tujuan kita ke situ. Punya la memasing nak order macam-macam kek, last-last kita tanya juga la besday gal nak makan kek apa kan.


Dia nak makan kek tiramisu. So takpe, kita bagi dia telan tiramisu dulu then baru kita bagi dia makan besday kek plak 😆


Salah satu signature air diorang, rose apa ntah nama nya hahah ... sedap gak la :)

.:Surprise...!!!!! Besday Gal pun excited:.

Lama borak-borak, pastu Fanny bagi signal nak kluar kan kek besday. Memang dah pakat gak ngan boodak kedai tu haha.. Nah berkumandang suara kami semua menyanyikan lagi hepi besday!!

"Happy Besday Karni! Semoga membesar dengan jaya nya. Dimurahkan rezeki selalu, diberikan kesihatan yang baik-baik dan Semoga panjang umur .. aminn!!"


Alhamdulilah Misi berjaya! 

.:Putri pun excited nak makan kek besday:.

Si kenit ni pun nak juga dinyanyikan lagu hepi besday. Jadi nya berkumandang lagi sekali suara sumbangsih kami menyanyikan lagu Happy Birthday😆


Eh kitorang belum stop jalan jalan cari makan lagi tau. Kali ni kita nak mengopi plak. Kita cuba salah satu cafe kupi lokal ya. Raka suggest kita ke Tuku Cafe. 

Perut memasing ni memang perut gajah ke camne ni? hahaha menggeleng aje si Fajar dan Tina tengok ahkak-ahkak dari Malaysia ni tak habis-habis lagi mentedaghah hahah.

Ok setel lunch, setel dessert, setel kupi, time to say babai kat Fajar sekeluarga. 
Kami pun ada tempat lain lagi nak dituju. Fajar plak harus pulang ke Bekasi. 
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Terima kasih Fajar dan Tina sanggup travel jauh-jauh semata-mata nak jumpa kami.
Semoga persahabatan kita akan berpanjangan.


Terima kasih juga atas ole-ole nya ni. Segan plak kami takde apa nak bagi sebab tak tau kan akan jumpa Fajar sekeluarga. pssttt "appetito & ahh" sedap sangat 🙈 Makan sorok sorok tau tak nak Uyum nampak muahahahhaha... 


UP at Thamrin Nine - Indonesia Tallest Observatory Deck. Tak silap bangunan ni ada 100++ tingkat. Tempat yang kami nak pergi terletak di tingkat 88 (betulkan kalau ako silap ye). Apa yang ada di tingkat tersebut? Ia nya terletak 'mirror mirror of the world'😅. Jujurnya tempat yang satu ni pilihan carney tak silap. Saya follow je hehe.. So meh kita tengok apa yang ada kat situ.


Since lantai dan dinding semua nya di kelilingi dengan kaca, jadi nya kita kena la sarung plastik untuk cover kasut ye dari mencalarkan kaca kaca tersebut. Bila dah sarung plastik tu sebenarnya agak licin juga tau kalau tak hati-hati.


Niat nak tengok sunset di kota Jakarta tapi tak berjaya sebab kami dah terlewat sampai situ. Maka nya kita just layan je la view pencakar langit kota Jakarta. Scary juga tepi tingkap tu,. Ku bayangkan macam filem yang tiba-tiba ada heli terbang sambil suluh lampu hahaha #imaginasitinggi


Dikelilingi cermin cermin dan lampu-lampu. Cantek sebenarnya tapi kalau dah lama-lama boleh buat orang pening.

.:menantikan kalau-kalau abang sabar datang bawa bunga dari heli or drone:.😁

Macam kawan kita sorang ni. Terpaksa la sislin duduk sambil menikmati pemandangan malam kota Jakarta. Eh romantik tau suasana dia. Ni kalau tiba tiba ada yang buat lamaran, memang terus terima je wkkakakaka... 



.:From US with 💕:.


End of the day... capek lho tapi senang. Kita beneran seru-seruan bareng kemarin.😍

Nota Jemari: Last day in Jakarta.. ayoh ke Bandung!!

Post a Comment

37 Comments

  1. Suka juga Bakso ni. Wahhhh sejak 1972....ok tak lahir lagi. Hehe

    ReplyDelete
  2. Haaa entry ni baca dengan tenang & suara kak Ret, bukan suara Sir David Attenborough 🤣 Oo rupa2nya plan kak Ret dgn Fanny ye. Kita pun blur masa ni dalam hati kata eh, bukan baru makan ke tadi? Takpelah, dah namanya trip JJCM ikut je la 😂. Lorr nak surprise birthday girl ghope2nya 😍

    ReplyDelete
  3. Fuh…penuh aktiviti tiap hari ya. Baca je pun terasa capek 😄
    Baru tau Pak Gembus tu asal Jakarta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sian pak gembus dh tenggelam skrg kt msia sbb dh byk sgt kedai ayam geprek mcm cendawan runtuh kan..

      Delete
  4. Haisyh...kalau Linda dah seram ni, terbayang terus cerita final destination yang latest...

    ReplyDelete
  5. kemain kumis pak sukimin tu. lama sangat tu 1972 memang legend sangat tu. seram la pulak nak pijak2 cermin tu takut pecah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakaka mmg legend tu pak sukimin tu. Kalau cie ada peluang cuba la bakso kt situ k

      Delete
  6. Wah ada Fajar & family juga, best ni 👍🏻
    Cantik & menarik belaka restoran/kafe yg diterjah semua tu... Jenuh nak makan ye ahak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaaha kita telan jgk la sbb tema trio jalan jalan cari makan kan hahaha

      Delete
  7. Bakso tu memang nampak sedap... Untung dapat jumpa blogger Fajar yang famous amous dari Jakarta juga.. KOTU kota tua.. di sana mmg suka di short form macam korea selatan korsel dan korut untuk utara huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib tau cuba bakso tu.. Serious sedap!! Mmg puas hati esp sambal dia tu

      Delete
  8. Baru tahu pak gebus tu asli nya dari Indonesia.. kat malaysia tak pernah makan tapi kalau ke Indonesia pastu nak pergi yg ini sebab yg asli gitu kan hahahaa.. Btw seronok makan terus makan dan makan serta makan ni hahahaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha nama pun tema jalan jalan cari makan 🤣🤣

      Delete
  9. Seronok baca kisah girls trip macam ni. Lagi best bila dalam perjalanan tu ada pengalaman dan pertemuan yang tak disangka-sangka. Memang itu yang biasanya buat sesuatu trip jadi lebih memorable dan seronok untuk dikenang semula

    ReplyDelete
  10. Haha, tajuknya saja dah buat saya tertarik nak baca sampai habis. Memang dalam setiap trip selalunya ada saja momen spontan yang tak dirancang, dan itulah yang biasanya paling diingati. Seronok ikut perjalanan dan cerita yang dikongsikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul.. Jadikan sume momen itu kenangan terindah

      Delete
  11. oh ada waterpark di atas hotel ini ya kak.... berarti saya bisa ajak menginap anak2 di sana setelah telinga si anak bungsu sembuh... sebab thn lalu dia operasi telinga, belum boleh berenang dulu 2 tahun..

    samaaaaaaa lah kitaaaa... saya nih kalau sejarah agak susah sikit ingatnya... kecuali dtg ke museum nya... itulah kenapa, sayapun FIRST TIME ke kotu, karena kakak datang hahahahhah... kalau bukan menemani kakak, memang confirm sampai skr tak kesana wkwkwkwkwk

    kan dah lupaaa juga makna tangan si meriam... fajar ada cerita ;p.

    sayangnya sedang banyak renovasi gedung pula yaaa.... tak cantik foto

    cafe batavia tuh overpriced dan rasa makanan biasaaa sangat kak.. macam tak worth it.. krn itu saya agak ragu nak bawa kakak makan sana.. untung saja Raka kasih ide makan bakso... jauuuuh lah rasa si bakso kumis dengan batavia hahahahaha

    Gedung merah itu ada pembantaian kaum Tionghoa di zaman dulu... tapi cerita lengkap sayapun lupa hihihihihi

    datang lagi ke Jkt yaaa... nanti tema kita, kuliner bakso dari jaksel, jakbar, jaktim, jakpus dan jakut huahahahahahahahaha . masing2 ada jagoan bakso nya ;p

    naaah betuuuul, pak gembus yg asli memang sambalnya tak pakai level... jd rasa sambal dia tak pedas sangat even yg terpedas... mungkin sebab tuh saya jarang beli ;p

    isshhh dah dingin sangat lah si gembus kalian makan pas malam yaaa :D

    tp PIK By the sea itu saya jd tahu harganya tak mahal sangat... krn dlm pikiran saya mahal, sebab itu daerah elite orang2 kaya Jakarta.. jadi saya pikir harga tak mungkin murah.. ternyata tak jauh beda dengan Thamrin city .. best juga .. walau tak besar

    saya saat ke PIK by the sea, dah seolah di KL.. sebab semua yg datang majority orang malaysia hahahahahaha...

    masih gelaaaaak lah pas ingat kakak tak tahu kerupuk siram kuah gulai itu dari kulit sapi hihihihihihi...

    nasib baik pas di amyandcake sepiiii kan... kalau tak, tak bisa kencang2 kita nyanyi happy birthday hahahah

    Up Building seruuuu... nanti kita coba yg rooftop cafe nya kak... paling atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fann, hotel itu ada waterpark tp kami xsmpt nk jenguk area waterpark tu.. Tp sesuai nginap situ amma anak2 nya. Bilik yg luas sangat puas hati.

      Ooo batavia cafe itu mahal ya? Tp untung Raka bawa kita makan bakso mas kumis, enak dan berbaloi!!

      PIK by sea itu sbb kan xde keperluan sgt jadinya utk kali ni so so aja ya. Brangkali kalo kakak dtg amma teman yg kaki soping, nah haros lumayan soping nya tu haha

      Delete
  12. Wow full xtvy
    Bestkan dgn bestie jln2 ni
    Mcm2 menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye cik nur pack sungguh xtvt kitrg kt sana

      Delete
  13. Bapakkk penuh aktiviti kome. Seronok dapat jumpa Mas Fajar sekeluarga. Baik sungguh Fanny dan Raka, bawa kome jalan² tempat menarik kat sana. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la pasal.. kali ni mmg pack sangat hari2 ada je tempat makan kitrg pergi :D

      Delete
  14. Raka dengan Fanny tu lincah orangnya... Uncle boleh bayangkan dia bawak jalan-jalan tu... zuup zuup zuup laju!
    Yeay! Jumpa Fajar, Thina & Putri sekali... Mudah mesra mereka tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah senang jalan jalan dengan diorang laki bini. Fajar pun cepat je mesra walau mula2 tu segan2 la jgk kan :D

      Delete
  15. Cafe Batavia tu SA pernah lepak dan minum coffee lama..hehehe.masih ada ye kat sana...sekitar tu pun SA dah ronda- ronda..masih sama dan ada sedikit pembaharuan dari gambar2 yang Retna share ni...Penat berjalan tapi berbaloi dapat makan macam-macam (paling win tang kulit lembu tu haha!). Comel sangat surprise besday untuk Carneyz kat Amy and Cake tu. Bakso Mas Kumis tu pun nampak legend betul. gambar- gamabr korang semua cantik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haahaha next time SA bole try bakso mas kumis ni tau.. sedap leboh² lg bila dah tmbh dgn cili tu

      Delete
  16. Menanti cerita di Bandung pulak!

    ReplyDelete
  17. Sama lerr aku bab sejarah memang fail dan tak berapa suka sangat..
    Makan Bakso tu paling win ar!! kena dengan es jeruk, paduuuu..
    Tapi mirror tu jerr, memang mood down betul aku, sebab pening kepala, buka spek tambah pening, pakai spek okkay sikit adeiii..

    Dapat juga laa soping bag untuk diri sendiri buat pergi ngaji

    ReplyDelete
  18. Whaaaah makasih banyak yaaa Mbak Retna, sudah berkenan berkeliling bersama saya dan keluarga. Mohon izin juga ni beberapa fotonya saya pakai di Blog saya yaa :D

    Putri seneng banget waktu dibelikan es krim di PIK by The Sea. Sumringahnyaaa bukan main, hahaha. Manalah abis itu pun dia ikut makan cake punyanya mbak carneyz ya. benar benarrrrrr ni bocah nggak ada kenyangnya, hahahaha

    Maaf yaa kalau kenang2an kami terlampau sederhana. Sehari sebelumnya pulang terlambat, jadi belum sempat beli banyak-banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila... rasa ada kirim foto kamu ke Fanny tempoh hari.. Bisa aja guna yang itu ;)

      itulah tidak bawa apa2 buat Putri, sebab nya kami pun last minit baru tau akan ketemu sama kamu sekeluarga. Kalau tau dari awal, ya pasti la ada sesuatu buat Putri dan kamu juga. Insyallah lain masa ketemu kita lagi ya.

      Delete
  19. Kelmarin baca di blig Fajar.. Kali ini baca di blog Kak Ret pula..
    Sha baca dari awal sampai habis pun geleng kepala..
    Betul-betul jalan-jalan cari makan ini..
    makan dari awal sampai habis.. kikikiki..

    ReplyDelete
  20. Pak Gembus tu siap bubuh signage ye.. kikiki
    Kat sini dah tenggelam dah kedainya..
    Cafe yang singgah untuk celebrate birthday Carneyz tu cun betul..
    Kek dan air dia pun nampak best..
    Kopi tu pun nampak mengancam..

    ReplyDelete
  21. Yang cafe ada zirafah tu cam akak baru komen tapi tak ingat blog siapa.. mulan ke.. adehhhh.. lupa
    sebab outstanding betul kaler nya.
    Sambal Pak Gembus tu maksudnya kat Malaysia dan disesuaikan dengan citarasa kita.. tapi peliknya kalau sampai level 5 apa tak terbakar lidah hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com