Taaadaaa Day 3.. Ok hari ni dah plan ngan Fanny untuk jumpa. Kebetulan dia free the whole day, maka nya kita ajak dia join kita satu hari ni. Kitorang tak amek sarapan di hotel sebab nya Fanny nak ajak kita sarapan di luar. 

Memandangkan dah setahun tak jumpa Fanny, ako ni ekceli ingat-ingat lupa muka si Fanny 😅😅  Kebetulan Fanny dah menunggu kat lobi awal² lagi, so masa ako turun macam was was juga nak tegur mulanya tu. Haha takut salah orang. Tapi nasib la Fanny bagi respon dari jauh so dengan confiden nya kita terus laju ke arah beliau ye haha.

Ok setel salam² peluk ciom bagai, sementara tunggu yang lain-lain, kita pun borak borak la dulu. Surprise tengok dia dah bertudung tu yang jadi tak konpiden asalnya tu 😅


Tempat pertama kita pagi tu cari tempat sarapan. Hari ini memang totally kita serahkan pada Fanny untuk cari tempat makan. Haha kitorang follow je, tak kisah makan apa pun 😁

Fanny ajak kita ke Second Floor Coffee. Seriously mula nya ako ingatkan kedai ni 2 tingkat. Rupanya kedai coffee ala ala hipster. Tapi yang fanny bawa ni jenis artisan coffee iaitu sejenis kopi terpilih yang di reka campuran or hiasan oleh owner kedai tu sendiri. Lebih kurang camtu la gambarannya.


Selalunya kedai kedai kopi camni jarang buka awal awal pagi kan. Bila dah sampai tu kami pun order la beberapa menu yang ada. Memandangkan ini adalah restoran kopi kan jadi mari lah kita cuba kopi-kopi yang lain dari yang lain ni. 

Sorry guys, ako dah lupa nama-nama kopi artisan ni tapi yang paling ako ingat ada kopi CILI hahaha tapi sayang nya kitorang tak terasa nak cuba masa tu. Bila dah balik baru terngiang-ngiang acane la rasa kopi CILI tu kan.


Gigih ako gugel sebab nak tau apa signature kopi kat situ. Yang ini ako cuba 'Fresamentado'

.: pic from google:.

Flavor stroberi campur susu coklat. Tapi kalau dah nama pun kopi confirm akan ada rasa pahit-pahit manis camtu la. Kalau bukan peminat kopi, rasa nya memang tak cocok la untuk korang lepak kat restoran ni ye.😅 Ako pun bukan la peminat tegar kopi tapi kalau sejenis kopi yang campur-campur yang dah dimodenkan kadang-kadang seronok juga kita cuba.


Ada cara nak minum rupanya ye. Untuk kosongkan rasa dalam mulut korang, wajib kena minum air mineral dulu. Untuk menikmati rasa kopi tu, tuang dan hirup kopi sikit demi sikit. Bukan sekali hirup terus ye. Yang ini ako suka juga la sebab dia tak terlalu pahit dan tak terlalu manis. So masih boleh dinikmati la gitu.😁

 
Alamak yang ini ako lupa dah perisa apa. Member cakap sedap, so sedap la tu kan😅


Ada lagi kopi lain-lain yang kami cuba tapi tak sempat dah nak snap gambar-gambar hahaha semua excited nak dengar arahan waitress kat situ😅


Yang ini flavor 'Yuziutto'
Yuzu fruit, is a hybrid of lime, lemon and grapefruit taste nice once you got your head around it, combine with a bitter taste of orange peel, strong aroma yet leaves a sparkling after taste. Pour the coffee to a glass, stir the glass while allowing the ice to melt, sip it nice and slowly.

ok yang ini ekceli pahit kulit limau haha. Untuk ako yang tak suka pahit kulit limau, memang tak boleh nak telan kopi yang satu ni.

.:toast:.

.:nasi goreng ala Jepang:.

.:Balinese Fried Rice with satay ayam:.

.:yang ini lupa.. bakmi rasa nya:.

.:pizza kot.. hahaa lupa la nama tapi memang sedap!!:.



Dah memasing tersandar kekenyangan pagi tu. Semua pun sedap dan dapat la merasa kopi perisa yang lain dari yang lain.


OK dah isi tenaga kan tadi.. ha moh la kita start soping. Tempat pertama yang kami singgah adalah ke Pasar Mayestik. Macam biasa sebelum ke Jakarta, awal-awal lagi dah pi tengok Tik Tok kan. Rata-rata orang membeli kain ela di Pasar Mayestik ni. Dan kedai yang paling viral sekarang ada lah kedai FANCY.




Memang satu kawasan ni penuh dengan deretan kedai kedai kain. Kira macam kat area jalan TAR.

.:yang ini nak cari baju raya tuk tahun depan:.

Kami tak ke FANCY, kami membeli di sebelah kedai FANCY dulu. Memang tujuan utama kami nak cari kain bercorak batik. Memasing nak buat baju raya, nak buat baju krung batik untuk pakai hari khamis (walau takde la wajib pun tapi kalau berurusan dengan gomen, terpaksa juga la sarung baju batik ye).


Kami ni sejenis bila membeli satu barang, yang lain pun pakat ikut sama juga. Kalau sorang nak cari kain batik, yang lain pun akan join cari kain batik. Kalau sorang dah masuk satu kedai ni, yang lain pun akan masuk satu kedai tu je. Hahaha bak kata senang la kalau ajak kitorang soping. Memang takde nak pening-pening memilih cuma kadang tu biasa la bila dah berkenan satu kain, eh ternampak plak kain yang lagi cantek, tup tup mata beralih arah. Ha masa ni la pendapat ramai akan diperlukan 😆 sampai Fanny pun terpaksa join bagi pendapat mana yang lebih menarik untuk dibeli.


Once dah berkenan, sila jangan tunjuk yang lain, eh kita potong terus aje ye dulu. 😁


Macam macam pilihan songket pun ada. 


Pastu kami ke kedai sebelah iaitu kedai FANCY. Mula nya memang tak nak masuk kedai ni sebab terlalu ramai sangat orang. Tapi gigih juga la masuk sebab nak tengok apa betul ke manarik sangat kain kain kat situ dan harha murah-murah ke?

Ermm honestly ako x suka sangat kain kain kedai tu sebab corak batik nya terlalu abstrak dan warna terlalu pastel sangat.

Kedai tu terkenal ngan kain kain sulam, kain untuk kawen ok la. Tapi untuk kain buat baju kurung kita macam x menarik plak di mata ako.



Tak menarik di mata ako tapi ada je yang menarik di mata diorang kan. Kitorang is OK menunggu tetap membantu dalam membuat pilihan hahhaa.



Tak puas shoping kain , kitorang kembali ke kedai yang tadi. Adoii kali ni memang dipaksa paksa membeli. Nak tahan nafsu tapi tak tertahan juga akhirnya. Kita sambar lagi kain corak batik yang lain plak. Sampaikan orang kedai tu offer minuman dan belanja cendol. 😍

.:masa ni plastik plastik kain yang awal dah sesiap masuk dalam van:.

Muka muka puas membeli... hahah kesian si Fanny dok melayan kakak-kakak ni bersoping. Semoga diri nya bertabah bila bersama kaki kaki soping ni 😆


Next kita ke ITC Mangga Dua. Misi mencari telekung travel dan kain batik sarung masih diteruskan.


Sama je konsep kitorang. Dah benti satu kedai, sorang membeli, yang lain pun akan turut membeli juga 😆 Tawar menawar tu ada juga cuma takde la drastik sangat minta kurangkan harga.. Dapat diskaun sikit pun jadi la tetap kami grab aje. Bukan apa, takut nanti tak jumpa dah mende yang nak dibeli. Nak patah balik kedai yang awal, kebarangkalian takkan jumpa jalan ke kedai tu lagi hahaha.. So konsep kita, kalau dah jumpa , berkenan terus grab semua sekali kat situ😆 Senang kan?!😋


Ekceli kedai ni agak mahal tapi sebab ni je satu satu nya kedai yang jual telekung masa kami pusing pusing, maka nya kita beli je la mana yang berkenaan dulu.


tengok tu, member dah menjeling jeling nak bayar wkakakaka...
Jangan risau, maybe kita sambung lagi cari telekung kat tempat lain plak la.


Eh dah terlepas waktu lunch kan?!! Lepas ITC terus Fanny bawa kita lunch ke Sate Waru.


Apa istimewanya sate waru iaitu sate yang menjual daging kambing biri-biri. Ok ini first time nak kena cuba la kan.


Macam-macam menu ada... Bukan setakat sate je tau, ada juga menu lauk pauk yang lain juga.

.:muka kelaparan dah ni:.

.:mula ako ingat kan untuk apa la cili m bawang ni ye:.

.:kena letak kicap dan perah limau:.






Macam-macam sate kitorang order. Sate kulit, sate biri-biri, sate ayam... etc Dan rupanya sate tersebut di makan dengan kicap cili tadi. Kuah kacang pun ada so kalau nak rasa pedas, cicah la cili kicap tu.

.:tak silap ini macam asam pedas .. lupa da :.

.;ayam cili ijo:.

.:ini apa ya Fann?? hahha daging ke perut ye?? lupa :.

.:taugeh gorang:.

.:tauhu goreng... ini ganti tauhu yang aritu makan kat sampierun... yang ni better sket la:.

.:bandung soda ni.. tapi soda kena tuang sendiri:.

.:jus timun kalau tak silap ako:.




OK dah tambah energy kan... ha jom kita soping lagi!!!😆😆 Kali ni konon nya nak cari barang kraftangan. Jadi kami ke SARINAH mall. Dulu nya SARINAH mall ni antara mall yang tertua kat Jakarta. Dan dulunya kalau ke sini pasti beli barang-barang mustika ratu. (itu zaman mak ako la ye)

Sekarang ni SARINAH ada bangunan baru atau direnovate, lupa plak ako part ni. Tapi dalam ni dah lain la kan. Dan rata-rata orang ke sini just cari barang kraftangan atau ke supermarket.










Macam-macam barang kraftangan ada jual kat sini. Agak mahal sket la ye. Tempat ni macam KRAFTANGAN kita kat KL tu. Cuma kat sini dia buat jualan dalam mall. Memasing dah rambang mata tak tau nak pilih apa. Kitorang ni selain soping kain, makanan, kraftangan termasuk juga dalam senarai tau! Memang kadang suka tengok bende-bende yang lain dari yang lain kat sesuatu negara tu. Mana yang sesuai dan berkenan, kami akan bawa balik Malaysia.


Puas dah shopping kat atas, kami turun ke Supermarket plak. Kali ni ako nak cari keropok udang dan cekelat dan yang sewaktu dengannya.😅

Kalau di Bandung, senang nak cari kopok-kopok ni kat Pasar Baru tapi di Jakarta ni maybe ada cuma masa untuk ke pasar tu macam dah terlebih waktu. Itu yang kita cari je la apa yang jual kat supermarket Sarinah ni.


Beli keropok dan juga kopi 3 in 1 serta cokelat untuk dibawa balik. Eh eh sedap ke kopi dari sana ye? Kalau nak tau, korang kena la cuba sendiri 😜

.:gambar dari google:.

Antara coklat indonesia yang ako borong.. Seriously yang ini sedap sangat... Ini pun kebetulan si Aqeem mesej ako soh beli coklat ni. Kalau tidak, memanng ako pun tak tau akan kewujudan coklat ni.


.:muka dah berminyak-minyak dah ni.. tanda cukup cukup la soping tu:.😆

Sebelum balik ke hotel, sempat kami bergambar berlatar belakang kan MONAS. Asalnya memang nak bergambar dekat sket MONAS nya tu dan waktu siang tapi bila siang nya dah syiok bersoping sakan, maka nya kita snap je la di waktu malam.

Jadi la sebagai bukti, kami dah sampai di JAKARTA haha... 

Terima kasih Fanny sebab sudi ikut kami jalan-jalan cari makan, soping dan juga soping sampai ke malam 😆 Jangan serik tau kalau ada peluang join lagi lepas ni. Semoga dimurahkan rezeki Fanny sekeluarga. Insyallah ada rezeki ketemu lagi maybe ke Medan atau Solo?? 😜

Nota Jemari: penuh satu troli budak bell boy tu pun geleng geleng je tengok hasil soping nya tu😁