.:antara menu-menu yang ada untuk sarapan:.

Selamat Siang Jakarta!! Hari keempat. Plan asalnya kan nak gi Safari hari kedua , kemudian kita tukar nak pegi hari ini. Jadi kami amek la sarapan kat hotel je. Tup tup tengah makan, masing-masing berbincang macam nak soping lagi 😆 Hahaha sudahnya bertukar lagi plan kita ye.


Taman Mini Indonesia Indah (TMII) ni memang ada dalam list itinerary kami. So ako memang awal-awal dah beli tiket masuk kenderaan ni dari Klook.com. Harga tiket per person sama je ngan harga tiket untuk kenderaan.

TMII ni macam Taman Mini kat Melaka dan bole juga compare macam Kampung Budaya Sarawak.
Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah dah kaum di Inodnesia. Cuma yang lain sket setiap rumah yang ada di TMII dijaga sendiri oleh orang-orang dari daerah tersebut. Contoh macam tengok rumah BALI, jadi rumah BALI itu dijaga oleh orang-orang Bali itu sendiri. Keseluruhan rumah-rumah , apa jua yang dipamerkan, dicantekkan memang usaha mereka sendiri. So TMII ni macam hanya sediakan tapak sahaja untuk setiap daerah. Itu yang kadang ada rumah-rumah yang tidak dijaga lagi. Maybe kekangan budget atau mereka jauh nak ulang alik... wallahualam😅


Yang ini pula harga tiket naik cable car. Dulu-dulu ako rasa naik cable car ni macam panjang sangat dia punya route hhaha tapi bila aritu naik.. eh eh awat cam kejap je 😅

.:wajib naik kalau dah sampai TMII:.


Bila naik cable car ni, korang bole la lihat-lihat dulu dari atas keseluruhan view TMII ni. Dari atas ni boleh nampak pelbagai jenis rumah-rumah ada kat situ. So kalau malas nak jalan kaki, boleh target nak lihat rumah mana dulu bila dah turun dari cable car ni.


.:Anjungan Sumatera Barat:.

.:sumatera barat ni orang-orang Padang / Minang:.

.:Anjungan Kalimantan Timur:.

Kalimantan Timur, sang penyimpan rahasia alam, menjadi penjaga sejarah yang panjang. Masyarakatnya, seperti suku Dayak dan Kutai, memeluk keragaman dengan 16 melodi bahasa daerah yang merdu.

Maybe part of sarawak punya etnik berasal dari sini?

.:Anjungan ni lupa nama hahaha dari atas lain sket view nya kalau compare view dari hadapan:.

.:Anjungan Papua:.

Wa, wa, wa!

Ini adalah sapaan khas masyarakat Papua dari daerah pegunungan, yang 80 persen wilayahnya adalah hutan tropis lebat. Provinsi ini menjadi tempat tinggal bagi banyak suku yang masih semi terisolir. Masyarakatnya melantunkan melodi bahasa yang beragam, mulai dari Tobati, Kuimen Sewan, Kauwerawet, hingga Serki, yang digolongkan ke dalam bahasa Melanesia.


Ikutkan banyak lagi view dari atas tapi moh la kita jalan-jalan je tengok dari dekat plak kan.


On the way nak ke pintu utama, terjumpa pintu gerbang ni.. so kita snap je la. Masa ni tripod buat hal, ntah kenapa dia x boleh plak nak connect.. stress nak amek gambar ramai-ramai (tu sebab gambar aii banyak sangat kat sini)😅



Ni dah masuk area dalam tau.. kita pusing-pusing dulu naik 'kereta' ni. Sambil dengar info-info dari pakcik ni. Banyak cerita dan ilmu tentang TMII kami dapat. Sepatutnya 'kereta' ni kena share tau ngan orang lain tapi dia just bawa kitorang je hahaha. Sebagai balasan, jom la kita bergambar beramai-ramai. Terima kasih pakcik sebab bagi layanan spesel sket buat kami 😁


Tadikan just pusing-pusing tengok kawasan dulu kan. Now tiba masa nya kita plak 'drive' sendiri buggy tu. Senang bila sewa kereta ni, kalau nak bergambar kat satu-satu tempat boleh terus benti je.


Taadaaaa wajib la kena pose dulu kan. Senang je bawa buggy ni rupanya ye haha.. OK lepas ni boleh main golf la kan.. eh kena buat part time jadi 'caddy'?? 😆

Seterusnya kat bawah ni, korang layan je la pose pose kami depan pelbagai jenis rumah yang ada kat situ. Ako tak ingat dah nama setiap rumah😅




.:of coz yang ini tau, Rumah Minagkabau:.






.:Inilah Gajah Mada:.

Ako ingat kan Gajah Mada tu sempena nama gajah hahah rupanya Gajah Mada tu nama orang.
Gajah Mada (Jawi: ‏ݢاجه ماد‎‎, Hanacaraka: ꦒꦗꦃꦩꦢ, diterjemah sebagai Jeneral Gajah) (meninggal sekitar tahun 1364) menurut manuksrip lama, sajak dan kumpulan mitos Jawa. Beliau seorang panglima tentera dan perdana menteri (mahapatih) Empayar Majapahit yang terkenal. Beliau terkenal sebagai tokoh yang membawa empayar ini sehingga ke puncaknya. Dalam Sumpah Palapa, beliau bersumpah tidak akan memakan apa-apa makanan yang mengandungi rempah sehingga beliau telah menakluki keseluruhan Nusantara[1]. Dalam pandangan Indonesia moden, beliau dikenali sebagai seorang perwira penting negara[2] dan simbol kebangsaan.

Kira nya dia ni pahlawan setaraf Mat Kilau la kot kan...


.:next trip kah?? Lama tak pegi ni hahah:.


Dah pusing-pusing kita singgah sejukkan tekak kejap. 


Lepak-lepak minum cendol. 


Selesai jalan-jalan kat TMII, dah soping dan trngok show, ha moh la kita isi perut. Kali ni kami nak cuba makan di Bebek Kaleyo. Ako ekcrli tak pernah makan itik. Telur itik apatah lagi. Tapi kedai ni Fanny rekomen jadi nya jom la kita cuba.



Macam burung? Ha tak tak itu ayam. Rupanya diorang ni pun x makan sangat itik. Nasib la kat situ ada juga menu ayam.


Ako dah kata ako tak pernah makan itik kan. Jadinya ako order je la nasi goreng itik supaya tak terasa kelainan isi itiknya tu. Haha yang benarnya ako takut tekak ako tak bole nak terima daging itik 😅😅 Tapi siyes arr nasi goreng dia memang sedap. Rencah isi itik dia pun banyak. Ok la next time kalo ada peluang makan itik, akan ako cuba lagi ye


Tak ingat branch mana kitorang pegi tapi tempat nya luas. Indoor yang ber aircon.


Kat bahagian luar pun boleh chill chill juga. 

 

Kena tunjuk proof yg kedai itu ada logo HALAL 🤣



Lepas lunch kami ke Thamrin City lagi. Kali ni memasing dah tau nak target beli apa. So terus aje la ke kedai yang dah di target tu. Kali ni kira dah boleh hafal la sket sket selok belok kat dalam Thamrin City tu. 😆 Barang yang menjadi pilihan adalah kedai tudung dan juga kedai telekung. 

.:antara telekung travel yang jadi pilihan:.


Selesai urusan shopping kita nak ngopi-ngopi plak. Google punya google terjumpa tempat yang satu ni. Maka nya kita pun segera buat booking. Asal nya nak ngopi minum petang aje, sudahnya jadi makan malam la sekali kat situ.




CROCO by Monsieur Spoon luas dan bersih. Ada seat di bahagian dalam dan juga luar. Staff pun friendly.


Mula ingat nak duduk bahagian situ tapi nampak padat plak.


Kedai ni speciality dia of coz la dessert pastry dan Cromboloni.





.:tauhu ni sedap.. dalam dia ada cili padi.. ini yang ako cari-cari:.

.:cromboloni ni first time ako try hahahha walau kat KL ada je kan tapi kat Jakarta juga dapat try:.


.:antara pastry yang kita try... manisss hehehe:.

.:burger daging scramble:.

.:camni la rupa nya bila dah dibuka roti nya tu:.

.:ni chinese food haha tapi lupa nama:.

.:croissant tuna:.

.: chinese food juga:.

So overall dia bukan setakat jual dessert dan pastry.. Ada juga menu-menu 'berat' yang lain. So berbaloi la cuba ye.


Alhamdulilah misi jalan-jalan cari makan dan soping untuk hari ke-empat berjaya !!


Suku hasil belian hari ke empat.... yang selebih nya dah selamat atas troli. Bell boy pun lumayan tengok hasil belian kami semua hahaha... So agak-agak esok kita ke mana lagi??? Esok nya sudah mau pulang tapiii sempat lagi soping!!! hahaha

Nota Jemari: camni la kami bila dah tetapkan 'tema' percutian 😆😆