JJCM : WARONG KOPI PAGI     JJCM : WARONG KOPI PAGI

JJCM : WARONG KOPI PAGI


Pagi tadi tersesat ke Kampung Baru. Asalnya just nak hantar MAMA uyum ke opis je sekali tak sangka plak jalan di area depan PERTAMA-SOGO tutup plak pagi ni. Nak cakap free car day tapi minggu ni baru minggu kedua. Ermm so terpaksa pusing-pusing dulu dan akhirnya tercampak ke Kampung Baru.

So kita pun google la tempat sarapan yang best kat area ni. Terus kluar "Warong Kopi Pagi".
Ha moh la kita cuba kan.



Warong ni kecil je rupanya. Betul-betul terletak bersebelahan dengan HR Steak House di Jalan Raja Alang.


Dan berhadapan dengan Wisma Hijrah ni. Bila datang ke Kampung Baru ni harus la mengamit kenangan zaman belajar dulu. Wisma Hijrah ni sewaktu waktu dahulu pernah jadi salah satu asrama kami. Tak silap ako kami stay sini dalam beberapa bulan je, selebih nya kami stay kat Wisma Aida (sekarang dah jadi hostel UniKL).


Berbalik kepada warong kopi pagi... katanya menu nasi lemak kat situ sedap. Ada dua jenis nasi lemak iaitu nasi lemak bungkus dan nasi lemak pinggan. Tak pasti yang mana satu yang sedap diperkatakan tu. Masa kami sampai takde plak meja kosong. Tapi jangan risau, tokei kedai akan buka kan meja kat belah tepi-tepi kedai yang berdekatan. Sewaktu nak tunggu meja disediakan, nasi lemak bungkus ni pun dah habis hahah yang ada nasi lemak pinggan je. So tak dapat la nak compare kedua-dua nasi lemak.


Menu air. Bila tengok harga tu masih boleh dikatakan murah lagi la kan. 


Ini kami order nasi lemak pinggan dan ayam goreng. Kalau tengok sambal nya tu dah menarik kan. Memang sedap pun sambal yang cenggini. Tak manis, tak masin dan tak terlalu pedas tapi stil ada rasa pedas-pedas nya tu. So ako is OK kalau sambal sebegini rupa dan rasa.


Lontong ni pun sedap walau kuahnya agak cair sedikit tapi bila dah digaul dengan sambal jadi super duper lemak berkrim gitu.


Big Breakie katanya... Boleh la standard-standard warong kan.


Roti goyang special kata nya... Tak pasti apa yang special disitu heehhe😅


Roti peghancis kata nya hahaha... Rupanya roti telur di salut madu. Texture roti ni ako suka, lembut bila makan time panas2 memang sedap sesangat.

So overall, not bad gak makan kat situ.
Untuk yang nak cuba, bole la google "Warong Kopi Pagi"
58, Jln Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu operasi SETIAP HARI (8 pagi - 12:30 tengahari)

Nota Jemari: kadang-kadang perlu bersederhana je kan

Post a Comment

27 Comments

  1. Uishhh banyak juga menu yg dipesan... Nasi lemak tu mengancam dgn ayam goreng tu . Smbal kalau sedap lgi la bonus pd nasi lemak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan klu makan nasi lemsk ni mmg tgk sambal je ekceli...

      Delete
  2. sedapnya roti telur tu... saya suka.. tp selalu cicah sos aje. tak pernah lak cuba makan dgn madu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lps ni bole cuba tau yan... try cicah ngan madu haha manis2

      Delete
  3. nampak menarik nasi lemak tu. tengok menu kopi pun tergoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. dia xde la mewah tp rs tu yg penting

      Delete
  4. Wah, menarik ni. Lain kali nak ajak Jun try la

    ReplyDelete
  5. Ooo sama juga di Jb ada free car tu haritu..
    Aku suka tengok Lontong dia tu laaa nampak sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa lin.. ako sbb nmpk org makan terus order.. menarik gila

      Delete
  6. Saya baru lalu sabtu lepas, tapi dah makan di Wanjo masa tuu....nanti boleh cuba lain kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee xpe next time bole cuba mkn kat situ plk

      Delete
  7. Nanti kalau 'sesat' boleh try, test & cuba

    ReplyDelete
  8. Nasi lemak bungkus mesti sedap ..cepat je dah nak habis tinggal raga makanan

    ReplyDelete
  9. nmpk wisma hijrah trus tringat zaman study stay wisma aida...rupanya sama tmpt kita stay kn cuma tk kenal je time tu hehe...warong2 camni mmg syok la cumanya area kg baru ni part parking je problem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye laa x sangka satu hostel kan dulu 😁😁

      Betul2 parking kg baru ni agk sussh tp pagi ahad slalu x byk kete sgt so ok lagi la cr parking area situ

      Delete
  10. menarik...boleh dicuba..cuma parking kt area kpg baru ni payah sikit..

    ReplyDelete
  11. Aiiiih harus saya cobaaa ini kalo ke KL lagiiii 😍😍😍😍. Nasi lemak yg sambal tak manis beginiii yg saya suka kak. Lihat lontongnya pun yakin sedaaap

    Cuma roti goyang itu saya tak boleh makan 🤣. Memang tak bisa kalo kuning telur masih cair 😂. Tak tertelan.

    ReplyDelete
  12. Comel dan rare betul kedainya. Ada nasi lemak bungkus daun pisang tu mesti sedap. Lontong my favourite, kuah cair tapi rasa sedap tu okay lagi KakRet.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com