19-21 Julai 2024, department ako buat teambuilding tapi more to teambonding kekdahnya hahaha... Sepatutnya tahun ni kami buat family day memandangkan tahun lepas dah buat teambuilding kat Lumut. Tapi sebabkan staff baru sedia ada sekarang ramai yang masih single, maka nya kita teruskan je la tahun ni dengan teambonding. Kali ni Langkawi menjadi pilihan destinasi kami.
[baca sini : JDM Teambuilding 2023 ---> rupanya tergantung entry tahun lepas 😅😅 ]
[baca sini : JDM Teambuilding 2023 ---> rupanya tergantung entry tahun lepas 😅😅 ]
Bila dah kata Langkawi, harus la kita naik flight kan. Memandangkan kena amek kira risiko, jadinya staff akan naik flight berperingkat-peringkat la ye. Of coz kami akan pilih naik satu flight la kan. Flight kami dari jam 11 pagi ditunda ke jam 12:25 pm. (AA flight)
Flight yang sebelum tu jam 10:20 pagi terus ditunda ke 1:35 pm... tapi yang itu flight Batik Air la.
Korang masih ingat lagi apa jadi pada 19 Julai kelmarin?? Kalau ada yang pasan, satu dunia kecuali Rusia mengalami gangguan microsoft tergendala. Maksudnya, semua sistem yang menggunakan microsfot kena HACK!! Ramai terkandas kat airport di hari tersebut. Alhamdulilah kami selamat sampai langkawi. Yang terkandas semua nya flight di belah petang. Sampaikan staf kitorang terpaksa amek transit ke penang dulu keesokkan pagi nya, then baru ke langkawi. Luggage diorang pun sampai lambat dari tuannya. Dah lewat malam baru la lugagge selamat sampai ke tuannya.
Kitorang tak order makanan dalam flight, setakat satu jam je pun kan hahaha.. So kita breakfast dulu kat airport.
Dah kenyang, moh la kita self check-in dulu. Masa ni awal-awal dah web check-in, cuma tinggal nak drop luggage je.
Memandangkan flight kami delay sebanyak 2x, jadi sebelum masuk ke ruang perlepasan, diorang bagi la air dan biskut sebagai pengganti.
Dua orang anak teruna terpaksa tukar flight... diorang dipaksa campak masuk flight kami. Alasan konon flight diorang dah penuh... ermmm 😏
Ready to depart gals!!!... Yeehaaa Langkawi tunggu kami datang!!
Perjalanan kami lancar, alhamdulilah...
Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Awal-awal ako dah sewa kereta. Tujuan utama harus la nak bawa kakak sorang tu makan laksa ikan sekor ni. Katanya tak pernah lagi sampai..ha moh la kita lunch dulu kat sini.
Rasa portion dia dah macam sket.. even yang goreng-goreng pun dah sikit dan kurang sedap berbanding 2 tahun lepas ako datang situ.
Sedap tak sedap, kita telan la juga ye. hehehe.. Masa kitorang pergi memang takde orang la sebab bukan musim cuti-cuti kan.
.:Chalet Kenangan 1:. |
.:Chalet Kenanga 2:. |
.:bilik atas sebelah master bedroom:. |
.:hall tapi takde sape pun lepak sini.. kemain sebelum sampai nak lepak2 makan kuci kat situ haha:. |
.:ruang makan tapi sebab tak masak kan so kita pun takde la nak lepak kat situ juga:. |
.: bilik twin kat bahagian bawah:. |
.:laman terbuka kat tengah-tengah:. |
.:basic toiletteries:. |
OK dah wangi-wangi jom la kita cari makan malam. Malam pertama ni free and easy. So bebas ar nak cari makan sendiri or buat aktiviti pun sendiri. Sebelum pegi ada member suggest soh cuba kedai GP Halim kat area airport. GP tu stand for Gulai Panas. Since kita memang sewa kereta untuk tujuan macam ni la kan, maka nya jom la kita jalan-jalan cari makan ke GP Halim ni.
Takde signboad ye so sila la waze or google. Betul-betul kat roundabout airport tu.
Mula ingat kan ada bakar-bakar tapi dah nama pun "gulai panas" hahaha so lauk nya hanya gulai asam pedas dan goreng sahaja tau!! Takde ketam blackpepper ke, takde ikan bakar ke, takde sotong sambal ke... semua pun takde hanya lauk gulai ASAM PEDAS sahaja.
Haahhah adoii gigih oii nak pilih menu. Sudahnya terhasil la lauk-lauk kat bawah ni.
Eh asam pedas plak.. gulai kari la hahaha.. ni sebab selera ikan lain-lain terhasil la dua jenis ikan kari kat atas tu.
Ikan goreng ni pun sama, sorang nak ikan bawal sorang nak ikan tenggiri.😅
Udang ni kata nya goreng kunyit kot hahah lupa da.
Sotong dia jenis comel-comel oii.. first time ako makan sotong jenis ni. Sebab dia comel, tu yang main kaut je tak tengok berapa kilo kami order ni.. pengsan masa nak bayar hahaha
Warung dia simple je. OK masa nak bayar ni semua telan air liur hahaha di luar budget masing-masing tapi nasib baik la separuh harga tu kita boleh claim kat opis hahahaha.... lega!!😅
Dah kenyang kita teruskan sesi menyoping cekelat plak. Aisshh tak lengkap sampai langkawi tapi tak soping coklat hahaha.. eh tu prinsip ako😆
Kitorang soping kat area Cenang je. Sebab situ je memalam meriah kan.
Kami tak sempat nak layan abam abam api kat pantai. Dah penat soping, kami lepak-lepak kat area food truck sambil meneguk secawan tembikai dan kelapa. Malam masih muda tapi dah tua-tua auto badan jadi cepat letih ahahhaha... Maka nya dan lepak-lepak menyembang moh la kita masuk bilik.😅😅
Kita sambung hari kedua plak lepas ni....
Nota Jemari: puas hati dapat soping, dapat makan... dapat rileks😆
15 Comments
Oh yer la Microsoft kena hack.. nasib la selamat smpai ke Langkawi walau delay kan.. Dari yg terkandas di KLIA sampai ke sudah tu kesian.. Laksa Ikan sekoq tu tak pernah rasa lagi..
ReplyDeleteSuka dgn chalet Kenanga tu.. lain dari yg lain.. seafood di GP Halim tu nampak harga nya macam boleh tahan mahal Huhuu... Masakan semua gulai dgn asam pedas.. hurmm sekali mencuba boleh la.. sbb mskn lain takde..
ReplyDeleteSyoknya. Dah lama tak ke Langkawi. Bab nyoping coklat tu I loike! Hehe
ReplyDeletebestnya jalan jalan
ReplyDelete16 tahun yg lalu kali terahir jejak kaki di langkawi.. hehehe... best selalu teambonding mcm ni
ReplyDeleteSaya flight balik ke KL dari Langkawi sehari sebelum date kena hack tu..alhamdulillah..sebelum tu ingat nak extend sehari lagi...tak jadi sebab ada urusan di ofis perlu selesaikan..
ReplyDeleteAlhamdulillah tak delay, kalau tak lagi lemau kan...
ReplyDeleteAah la, nampak portion laksa ikan sekoq tu sikit. Ialah, kos bahan mentah tinggi skrg kan
Wow bestnya...
ReplyDeleteNasib naik MAS jadi pada hari kejadiaan delay 30 minit sahaja
ReplyDeleteAlhamdulillah . Semuanya dipermudahkan ., walaupun sistem kena hack mujur tak terkandas d airport . Kakau tak semua iternary perjalanan terganggu
ReplyDeleteCukup! cukup! Jangan tunjuk makanan lagi... uncle nak diet!
ReplyDeleteItulah…seingatnya macam baru je lagi Ako ber-teambuilding di Langkawi. Ni pergi lagi. Seronok sungguh ni 😁
ReplyDeleteSyukurlah flight Ako awal, kalau tak letih jugak terkandas di airport.
Bestnya..
ReplyDeleteKalo dapat free time, memang apalagi kan, pergi lah shopping dan kuliner 🤣🤣❤️❤️❤️. Ya Allah menunyaaaa, kecuali yg laksa, saya masih ragu nak coba. Krn tak suka ikan itu.
ReplyDeleteTapi yg asam pedas dan aneka gorengan, saya naaaak 😍😍😍. Nampak tempting kuah dia ❤️
Dan salah satu alasan saya nak ke Langkawi nanti, memang lah borong coklat 😍😍😍. Haduuh perlu bawa koper kosong rasanya kak 🤣
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com