OK dah last day.. pejam celik pejam celik dah nak balik KL. Flight kami jam 4:50 petang so pagi memang santai santai aje la kan. Tengah dok mengemas, Fanny wassap. Kata nya ada titip barang kat lobi. Ha sekali turun pi amek, bapak banyak dia bagi barang-barang nya tu. Dapat 3 jenis kek dari Luladeli . Seriously memang sedap tau kek-kek dari Luladeli ni. Homemade kan Fanny? Mula ingat ada kedai, boleh minta kawan ako yang akan je Jakarta tolong belikan lagi. Sekali Fanny bilang, teman dia buat secara online. 😅


Selain tu dibekalnya untuk kitorang kuih Florentine dan 'lidah kucing' serta kuih yang ada cili ni ako lupa nama dia. Semua kuih-kuih dia bagi ni nampak macam pernah tengok kan... ye betul, lebih kurang macam kat Malaysia punya tapi ako x tipu, florentine dia lembut oiii!! Tak sekeras yang ako slalu makan .. tak reti nak explain tapi memang tak jemu la.. Dia buat bentuk jejari.. Kalau kat Malaysia samada bentuk kiub atau yg nipis empat segi tu kan. Tapi yang ako dapat tu dia buat bentuk stick. 

Lidah kucing tu pun sedap... Lembut dan tak rasa macam cuka... hahha camne eh nak explain, kalau yg selalu ako makan kat msia, dia akan rasa macam tajam sket bila kena kat lidah. Tapi yang itu dia rasa lemak2 macam makan kuih raya.😅

Terima kasih Fanny... itu buat kudap-kudap kami sepanjang perjalanan ke Airport dan juga buat kunyah-kunyah semasa tunggu flight kita.

.:siap dia tuliskan ingredient kuih tu tau 😁:.


Sambil dok perati kengkawan balut bag, kita kunyah-kunyah dalam bilik hahaha. Bag kecil-kecil bole la balut sendiri. Bag besar terpaksa la juga guna khidmat wrapping baggage kat airport.




Tu dia, separuh dari luggage yang dah beranak pinak memenuhi ruang belakang van. 


On da way sebelum ke airport, kita plan nak bawa balik kek kukus / brownies. Tapi selalunya kalau di Bandung memang senang la nak cari brownies ni kan. Tapi di Jakarta agak susah. Google punya google, rupanya ada je orang bawa balik kek kukus brand Siliwangi. Cuma brand ni dia femes dengan bolu kukus. Jadi gigih la kita minta pak supir dok pusing-pusing cari branch yang terdekat. Siliwangi ni ekceli brand dari Bogor. Dah kita tak jadi ke Bogor aritu kan, maka nya kita cuba la juga cari bolu ni di Jakarta. 


Alhamdulilah terjumpa juga agen yang jual bolu / kek kukus ni.



Kemain memasing memborong. kek dia ok la not bad cuma tak bole la nak bandingkan dengan kek Luladeli dan juga brand dari Bandung tu. Yang dua tu memang lagi sedap la ye😁


Selesai susah percutian kakak adik kali ni. Tengok la beranak pinak bag semua orang. Hahha jangan kecam, itu memang biasa untuk kami. Selagi ada tempat soping, selagi ada bende nak soping, haha kita soping!!! 😆


Tapi masa ni la baru teringat cukup ke berat luggage nya tu? hhahaha... Timbang jangan tak timbang.. Mana terlebih kita kasi adjust. Adat membeli memang tak ingat semua tu. haha janji hepi. Time-time nak check-in la baru tersedar dari mimpi bersoping😆😆


Alhamdulilah semua pun lancar. Orang yang jaga kaunter pun kenyit je mata, kasi jalan bag masuk dalam😆 Lega semua nya setel, sempat la kita lunch isi perut dulu. Sebab kami tak book makanan atas flight nanti. Kang kebulur plak memasing kan.


Masa untuk pulang ke pangkal jalan.... Semoga semua pun gumbira dengan hasil belian masing-masing. Ada rezeki kami datang lagi. So lepas ni kemana kita lagi???

Nota Jemari: terima kasih semua yang sudi baca.... terima kasih Fanny yang banyak membantu trip kali ni. ada rezeki kita jumpa lagi.