[Disclaimer]Lama terperuk entry ni tak publish-publish rupanya...
Throwback punya citer. Tak ingat bila tapi kalau tak silap dalam minggu lepas tak silap.
Cuti wesak kot? Ke weekend 2 minggu lepas.
Dah lama sebenarnya nak sarapan kat kedai ni.
Kedai asalnya di Taman Keramat.
Yang kami pergi ni cawangan baru yang terletak di Liberty Arc Ampang.
Ingatkan dah di kedai baru yang lebih luas dan selesa, dah tak perlu nak beratur.
Sekali masa sampai-sampai dah nampak barisan daaa....
Hahahha still kena beratur juga kisahnya.
Cuma kat sini selesa la sket nak beratur tu banding kat cawangan asal.
Beratur pun nasib baik tak lama. Servis diorang memang cepat.
Yang lambat tu, bila customer dah habis makan tapi tak reti-reti nak bangun hahaha
Sebenarnya kami sampai pun dah nak dekat 1030 pagi.
Hahha ingatkan dah tak ramai orang nak sarapan pagi tu, tapi sekali bila dah sampai situ, kemain meriah plak orang datang.
Menu nasi lemak je dia provide sampai pukul 1030 pagi...
Selebih nya makanan lain ada je sampai habis.
Kedai nya selesa dan berhawa dingin.
Kalau compare dengan cawangan asal, berpeluh ketiak la kalau makan kat situ 🙊
List menu yang ada kat situ.
Berulang-ulang sarapan sini, tetap la penuh sentiasa. Cuma kalau betul-betul tak nak beratur, sila la datang awal-awal 10 minit sebelum diorang buka.
.:wantan mee sup:. |
.:mee kari:. |
.:air teh bunga:. |
.:kopi butter:. |
.:mee wantan kering:. |
.:roti bakar special:. |
.:roti arang:. |
.:dim sum:. ni febret ako |
Boleh bayar cash or QR sahaja.
KOPITIAM 143 @Liberty Arc
B3-8Arc @Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay
68000 Ampang, Selangor
Waktu operasi :-
Monday 7:30 am–2:30 pm
Tuesday Closed
Wednesday 7:30 am–2:30 pm
Thursday 7:30 am–2:30 pm
Friday 7:30 am–2:30 pm
Saturday 7:30 am–2:30 pm
Sunday 7:30 am–2:30 pm
Sesape berminat, boleh la cuba juga.
Nota Jemari: salah satu port sarapan hujung minggu
21 Comments
Wow menarik ni. Psst... Kak Ret dah sampai ke Restoran Kacang Pool Haji Larkin di Ara Damansara? Teringin nak pergi nak tau rasanya sama tak dgn cawangan di Johor hehe
ReplyDeleteAlamak kita x makan kacang pool tp nnt kita try soh mama uyum yg test
DeleteDah pernah makan kat Restoran Kacang Pool Haji Larkin kat Ara Damansara tue sebab dekat dengan rumah sewa ku dulu
DeleteOk tak bg tekak ko?
DeleteCie suka juga makan kat kopitiam. Best je menu2 dia. Memang feeling zaman2 dulu je.
ReplyDeleteHaha kan kan... dia mcm chill2 gitu
DeleteNanti kalau datang KL tataw mana nak makan boleh pi sini, macam banyak menu kegemaran PI ada ni.
ReplyDeleteHaaa sila sila cuba kak.
DeleteHarga berpatutan. Hehe tidak tahu bila boleh cuba.
ReplyDeleteInsyallah ada rezeki boleh cuba
Deleteoh dh ada cafe ye skarang...yg kt keramat tu mmg panas la..tmpt pn kecik...
ReplyDeleteBetul2 byk kali cuba nak makan kt yg keramat tp memanjang Q x sanggup haha... tu bila tau diorg buka branch, terus gi terjah
DeleteTak pernah tahu kewujudan tempat ini. Kalau 'tersesat' boleh cuba kat sini pulak.
ReplyDeleteBaru lg shaii.. tmpt ni pun br.nnt lasni bole try tau..
Deletewahh..ada dimsum, best nih...wantan mee sup...yummy!!
ReplyDeleteaha dim sum dia sedap ..ok la not bad! bole try nanti tau!
DeleteBanyaaak yaaa yg saya nak coba rasanya 🤣🤣🤣🤣. Kek ginilah kalo ke KL atau Penang. Macam selalu ada kuliner baru tiap kesana 😂. Pening nak coba yg mana dulu hahahahaha.
ReplyDeleteEh td baca komen Carneyz kacang pool. Itupun saya penasaran. Lupa pula kemarin coba 🤣
iye lately ni memang banyak tempat tempat makan jadi viral, justeru kakak kasi coba mana yang bisa dicoba dulu hehehe..
Deleteooo kacang pool enak kalau dapat makan di johor... tapi di KL juga ada cuma beza nya sedap atau idak :D
Kopitiam gini Laki aku suka Ret.. lagi ada wantan sup tu..
ReplyDeleteAku kopi lover tapi tak pernah try kopi buter ni, tak muak ke ekk rasa dia hahahaha
semua mknn nampak sedap.
ReplyDeletekopi butter tu mcm menarik..
Nak beratur tu yang malas tu. Mujurlah dalam ada air cond kan. Sejuk sikit rasa. Banyak pilihan menunya. Mi wantan kering tu macam sedap je.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com