JJCM : CHAMCA KL     JJCM : CHAMCA KL

JJCM : CHAMCA KL


Ha ni satu lagi entry tak terpublish....
Kedai ni pun salah satu list JJCM ako.
Memang dah lama nak cuba dan akhirnya terjejak juga bulan May aritu.



Terletak di Wangsa Maju... ini pun salah satu kedai yang sentiasa penuh. Kedai dia takde la besar sangat tapi ok je menunggu sebab servis dia pun cepat juga.


Masa kami sampai aritu ada la dalam 3 4 orang giliran menunggu.


Ini area dalam kedai. Dah dapat tempat sila self servis order kat kaunter.




Masa order sila nyata kan no meja. Nanti diorang akan bagi alat 'beep'. 


Alat 'beep' dah bunyi, sila amek sendiri makanan kat kaunter ni.


.:nasi lemak ayam goreng:.

.:nasi lemak rendang daging:.

.:pulut kuning kari ayam:.

.:lontong kering:.

.:mee kari:.

.:teh o ais ... cukup ke ni hahaa :.

Overall makan kat situ not bad gak... Next time bole try menu lain plak..
Kalau korang nak cuba, bole la ke

CHAMCA KL
33g, Jalan Wangsa Delima 5, 
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur,

Waktu operasi boleh tengok kat IG diorang --> https://www.instagram.com/chamca.kl

Nota Jemari: ni semua viral punya pasal hahaha

Post a Comment

23 Comments

  1. Nampak sedap semua tu. Ohh Lontong Kering macam tu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lbh kurag.. ada sesetengah tmpt lauk lontong kering nya lain sket...

      Delete
  2. Signature dish Johor ke, Ret? Siap ada kopi 434.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak.. saya pun baru perasan hahah.. maybe campur johor-utara? hehe

      Delete
  3. Walaupun ramai, persembahan makanan tidak diabaikan.Sedap itu yang penting.

    ReplyDelete
  4. menarik juga tp sure ramai sarapan tu pjg juga...ada kesempatan bole try

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mmg kena bertabah la pagi2 kena menunggu giliran :D

      Delete
  5. Nama kedai mcm utara (chamca = sudu) tapi menu selera selatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaaha kan... lupa nak tanya owner dia.. ni menu selatan ke utara :D

      Delete
  6. Macam pernah nampak kedai ni...
    Lontong kering tu nampak sedap la

    ReplyDelete
  7. tmpat duduk di luar nmpk lg menarik, penuh kehijauan....sedap2 semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tmpt duduk luar nampak cam dok dalam taman :D

      Delete
  8. Isssh ada lontong kering dan lempeng 😍😍😍😍👍. 2 kuliner yg saya penasaran rasanya. Biasa lontong berkuah, ini pula kering kan. Tapi kliatan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak lebih suka lontong kuah ehhehe.. yg kering itu selalunya MAMA uyum yang makan.. next time bole coba tu fann kalo ke KL lagi

      Delete
  9. Menu dia nampak menarik, memang vibes sarapan pun menu.. nanti datang KL boleh try laa sini ..

    ReplyDelete
  10. wow penuh eh! puulut kuning tu sedap!!

    ReplyDelete
  11. Tengok meriah gini, memang terbukti sedap makanannya.

    Apa agaknya maksud kata-kata pada board tu - utamakan makanan bukan harapan 😄

    ReplyDelete
  12. sedapnya nampak nasi lemak ayam berempah dia..

    ReplyDelete
  13. teringat kawan ammi dari penang...dia selalu dok sebut camca instead of sudu. dan kalau tengok buku2 resipi arwah mama pun banyak tulis camca

    ReplyDelete
  14. Waa banyak makanan favourite saya lah. Cafe yang menarik. Tengok ramai orang tu, full house! Tentu makanannya sedap-sedap. Servis laju tu bagus. Tak ada menunggu lama-lama.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com