Hari Pertama - Jumaat 7 Julai 2023. Setelah lebih kurang 3 bulan merancang team building ni, akhirnya tiba la masa nya untuk kami berlepas. Pickup pertama di opis HQ. Tepat jam 9 pagi bas bergerak ke 2nd pickup iaitu di Sasana Kijang (SK).


Kami dah sedia menanti bas sejak 8 pagi lagi. Sempat la ako sarapan di SK terlebih dahulu. Kebanyakkan daripada mereka adalah pertama kali menyertai team building ni. Bermakna, kebanyakkan staf kat department ako majoritinya semua budak-budak baru sesajo. Ramai yang masuk time PKP, so ramai yang belum kenal sangat antara satu sama lain. Ini lah salah satu sebab dan tujuan kami ada kan team building kali ni. Untuk kenal mengenal lebih rapat antara satu sama lain.


9:30 pagi, bas bergerak meninggalkan SK menuju ke Lumut. Perjalanan lebih kurang 3 jam melalui PLUS highway. Smooth cuma kadang-kadang driver ni agak laju juga, 


Bas ni 2 tingkat. So kami yang di bawah memang tak terasa sangat kelajuan nya tu. Tapi mereka yang di atas dok mengadu terasa melayang-layang. Itu sebab nya ako fobia nak dok kat bahagian atas 😅


Plan asalnya nak lunch di Restoran Bamboo Sungkai tu tapi baru perasan, hari Jumaat kedai tu tutup. Maka nya kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan untuk makan tengahari. Tempat hentian adalah di tepi Taman Rekreasi Kasut Roda, Teluk Intan. Memandangkan bas macam susah nak masuk kat tengah-tengah pekan teluk intan, jadi nya kami just berhenti aje la kat sini.


Bersebelahan taman rekreasi terletak nya Restoran Udang Galah Teluk Intan. Dengarnya kedai ni sangat femes. Mengikut salah sorang staf yang berasal situ, katanya nak makan kat kedai ni kena buat tempahan terlebih dahulu. Tapi maybe rezeki kami aritu, tak perlu buat reservation, terus aje dapat makan. Ya allah lauk pauk dia memang heaven. Ada lebih kurang 50 jenis lauk pauk terhidang kat kedai. Memang rambang mata dibuatnya. 

Kami sampai lebih kurang jam 12 tengahari. Memang just nice untuk alas perut. Tapi kami berermpat tak terus makan. Misi mencari Menara Condong yang terkenal kat situ, kami utamakan dulu. Hahhah.. tanya google map, kata nya lebih kurang 6 minit je berjalan kaki dari restoran. Dengan sebulat suara, semua pun setuju untuk cari menara dulu, then baru isi perut.


Dah macam treasure hunt gitu. Kebetulan plak opis ako memang akan buat treasure hunt KL-Ipoh keesokkan hari nya😆 Gigih memasing sebab derang first time jejak Teluk Intan katanya. Ha moh la kita bawa Local Tourist ni pusing pusing menara condong Teluk Intan.


Dari jauh dah nampak menara nya. I is second time jejak situ.





Dah sampai sila la bergambar sepuasnya. Kami tak naik sampai atas sebab masa x mengizinkan. Dah puas snap sana sini, moh kita gerak balik ke restoran tadi.



On da way nak balik memang akan lalu deretan warung jual kuih kuih minum petang ni. Maka nya wajib la singgah dan membeli. Macam-macam ada, putu perak, kacang rebus, rotikukus, apam balik... Iskk ikutkan semua nak dibelinya hhahaha tapi kang beli banyak-banyak, bila masa plak nak makan. Jadinya kita beli sekadar yang mampu nak makan je la ye.






Sebahagian lauk-pauk yang ada kat kedai Udang Galah tu. Peminat peminat udang galah, jangan lupa singgah kat sini bila sampai Teluk Intan. Diyakini sedap dan berbaloi!!



Kedai nya memang corner lot. Rasa nya kalau hari bekerja pasti ramai yang makan kat situ. Kami sampai masa ni memang dah jam 12 tengahari tapi maybe belum lagi waktu makan tengahari kat situ untuk para pekerja opis. Memang nasib baik la juga. 


Sejam  berhenti makan, kami teruskan perjalanan ke Lumut. First time lalu highway baru WCE tu. Perjalanan ke Lumut pun lebih kurang 40 minit je dari Teluk Intan. Alhamdulilah selamat sampai kat area hotel, kena lalu security guard terlebih dahulu.



Bersimpang siur  jalan nak masuk ke lobi hotel. Sepanjang jalan korang akan nampak padang golf, bukit bukau, ada beberapa apartment kepunyaan Swiss Garden. Tapi kalau lalu kat situ waktu malam, seriau juga hehehe.


Alhamdulilah disambut oleh staf kat situ dengan ramah. Welcome drink juga tersedia untuk diminum.


Masa kami sampai memang kebetulan waktu untuk check-in. Jadinya bertembung juga la dengan guest yang lain. So untuk mengelakkan terlalu crowded kat lobi tu, diorang suggest kita ke Ballroom terlebih dahulu. Urusan check-in akan dilakukan kemudian. Beg memang just letak je kat tepi receptionist tu.


Mari lah kita jalan beramai-ramai ke ballroom.



Taadaaaaaa..... sampai sudah!


Kita adakan ice breaking terlebih dahulu. Sepatutnya ikut jadual, sampai hotel kita check in dulu dan jam 4 baru kita masuk kelas pertama. Tapi kali ni terbalik. Kita masuk kelas pertama dulu, then baru kita check-in.

Hahahhaha tetiba hotak 'breakdown' kejap 😅 Ingat kan nak relaks2 dulu, sekali sampai sampai terus kena masuk kelas😅


Kali ni kami memilih Wealth IQ Network (WIN) untuk jadi fasilitator team building. Biasa la bila first class confirm ramai yang lesu je. haha tambah lagi memasig belum kenal sangat antara satu sama lain. Nak amek feel dan nak serasikan keadaan, takes time juga la kan. Tu yang first class n first game dia buat ice breaking. 


Dari awal-awal memang kami dah bahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap group kena la reka cipta bendera, nama, logo dan slogan untuk kumpulan masing-masing. Rata-rata memana team building pun, akan buat mende yang sama kan untuk first class. 😆




Dah selesai first session tu, tea time! Diorang ni baru lepas makan pun still lapar je kan hahha.. nasib baik foods semua pun sedap sedap!! Memang puas la perut memasing :D


Selesai hi-tea, masuk kelas balik tup tup dapat kunci bilik!
Ha senang tak perlu nak ke lobi buat urusan check-in. 
Pung pang pung pang petang tu, jam 5:30 petang kitorang selesai sudah sesi pertama.
Ha lega!! Jom masuk bilik!

Nasib dapat bilik yang berdekatan dengan tempat makan.
Dah rehat, mandi, 6:30 petang terus kitorang ke MAKAN Kitchen untuk dinner.



Antara menu yang menarik kat situ. Memang menghadap mende ni je dari mula masuk sampai habis makan hahaha... Tak tau la berapa kolestrol dah masuk dalam badan 😆



Healing weii tengok senja berlabuh... Cantek!


Sempat lepak-lepak kat luar lepas dinner... Sampai la restoran tu nak tutup :D
Memandangkan takde hiburan kat situ, member-member lain kemain berborak dan buat games sendiri kat area ni. 


Kami penat dah nak join... Pusing-pusing hotel... Cukup masa, masuk bilik, terus membuta! 😆
Camtu la bila dah tua-tua ni hahahha... ater kami je 4 orang yang dah masuk alam kertu!!

Pape pun, esok pagi nak kena bangun awal kan!
So nunite... nanti ada masa kita sambung part 2 ye :)

Nota Jemari: bila korang je yang 'orang lama' join team-building... ermm 😏