Semalam nampak sorang member ni dok craving 'crispy taro' kat kedai dimsum katanya. Ako pun tanya la kedai tu kat mana? Katanya area jalan raja laut dekat ngan chow kit tu. So arini member tu mesej ajak brunch kat situ. Eh eh kita pun takde aral, ha moh la try kan. Lagipun lama tak melepak ngan dia ni. Walau rumah sebelah taman je pun tapi nak jumpa lepak lepak, memang payah sungguh!


Ok back to kedai makan ni, kata nya buka jam 10 pagi. Jadi nya memang kita brunch terus la kan. 

De Warung Dimsum nama tempatnya. Terletak di Jalan Tiong 2, chow kit. Betul betul di belakang bangunan tharkudas. Atau lebih senang kat belakang deretan kedai kedai jual basikal dan barang mainan kat area Jalan Raja Laut tu. Sila la google yek.

Parking memang agak susah juga area ni tapi nasib kitorang perasan ada satu parking atas bangunan Hotel kat situ. RM3 untuk dua jam. So ok la kan. 


Waktu berniaga yang baru katanya.. Buka dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Tempat ni kan macam kopitiam pun ada, macam dolly's pun ada. Tapi harga tak semahal dolly la ye dan takde la semurah koptiam juga. So dia macam average la gitu.


Kedai kat tingkat atas ye. Kami sampai lebih kurang jam 10:30 pagi , memang takde orang la kan. So just nice la nak lepak lelama.


Macam ala-ala kopitiam, macam kedai Ah Hock, Ali & Muthu konsep nya. 😅 Tapi tengok deco macam ala-ala rumah kampung pun ada gak. So betul la kan dia macam konsep gabungan Cina-Melayu-India. Satu Malaysia gitu!

Dining area ni tempat beraircon la. Cuma ako x suka bila dia tutup tingkap dan pintu, rasa macam gelap dan lemas je.
 


Sebab tu ako ajak member duduk kat bahagian luar yang terbuka. Luas sikit pemandangan nya walau view luar takde la menarik mana pun😅



Ada buaian tau! Kot la bawa budak-budak, takde la bosan sangar diorang kan. Eh tapi mak budak pun bole je duduk kan! 😁


View tangga atau pintu masuk dari atas ke bawah.

.:Ini view dari buaian:.

.:view dari buaian juga:.

.: tepi buai ada laluan ke toilet:.

.: tingkap ni ala-ala rumah dulu-dulu:.

.: menu dia banyak pilihan:.


Ako actually nak minum air teh o panas tapi end up dia bagi teh o ais...
member plak order air charm. Memang dia nak sejuk pun.
Yang lemon soda color biru tu, ako order ais sebab memang dah budget akan dapat teh o panas kan.. 

.:mix noodle:.

Menu dia memang chinese style foods la ye. Mix noodle ni banyak betul dia punya fish ball/fish cake/ dan ada wantan juga tak silap. Kuah sup dia macam dia pakai paste megi kiub ayam tu je 😅 tapi sedap la makan panas-panas especially kalau time selsema ni, memang kaw punya la!!

.: Korean Soy Garlic Chicken:.

Masin nyaaa kicap soya dia !! Hahahah tapi ayam style korea tu memang sedap cuma adoi slack kicap dia masin sangat. Nasib ako tak campur kan sangat kicap tu. Makan ngan ayam tu pun dah OK ekceli. Tak perlu lebih lebih sangat kacau soya kicap tu..

.: Pola Bun:.

Macam geli je tengok texture bun tu kan hahahha.... tapi ok rasa nya! Dia macam roti yang butter atas tu salut susu tu. Adoiii tak reti nak explain. Dalam tu ada kaya dan butter dia potong dadu panjang panjang. Lemak berkrim la rasa nya lebih kurang. Ini kalau makan panas-panas pastu cicah teh o, memang kaw oiii!!!

.: Chicken Dumpling:.

Yang ini isi nya ayam tapi banyak gila sayur oii..! Kalau korang tak suka sayur, tak yah la amek yang ini. Hahahah kitorang bukan tak suka sayur cuma terlalu banyak sangat, sampaikan hilang rasa ayam tu.

.:Crispy Taro Ball:.

Ini kuih diperbuat daripada tepung beras rasa nya. Liat liat manis gitu. Kalau kat tempat lain ako lupa diorang panggil apa. Ako pernah makan kat kedai chinese food yang lain juga. Tapi ako kureng suka kuih ni. Sebab dah le liat liat pastu manis plak tu. Tapi yang ini pebret member ako. Sebab kan kuih ni la dia ajak ako teman dia makan kat kedai ni 😆

.:Chicken Gyoza:.

Gyoza ni teringat masa makan kat Hatyai dulu. terbayang bayang, nasib la yg ini pun sedap gak!
Tapi orang korea panggil 'ladu' la kan.. Ladu goreng hahaha.. eh ke korea plak kita tetiba😅 Sedap oiii!! Makan panas-panas memang tak toleh kiri kanan gamak nya!

.:prawn dumpling:.

Paling suka yang ini! Tak muak makan banyak... rasa isi udang tu dia hancur - hancurkan pastu dia salut ngan kulit dumpling ... pastu dia goreng ke stim tu eh? haahhaha!

.: siew mai:.

Rasa nya sama je macam kat dolly's or mana-mana kedai chinese food. So kalau korang suka, boleh la order.

.:mushroom bun:.


Ako tak suka!! Hahahhaah mushroom shitake dia banyak sangat oii! Kuat gila bau shitake tu.
Menang tak bole nak telan... hahaha sudah nya ako buang je mushroom, makan roti je 😅


Ha kenalkan member ako, penulis novel "Liz Haliza".... Kalau korang pernah baca novel tulisan beliau, ha ni la orang nya... Tapi dah lama dia tak menulis. Kekangan masa katanya. 

Iza ni geng masa ako study kat IPM dulu. 
Laki dia plak senior kitorang. Haha ni la contoh antara student yang becinta waktu belajar..! 😁
Orang soh belajar, dia sibuk nak becinta kan.. ! Nasib baik la jodoh berpanjangan walau banyak rintangan 😆

To Iza, tengkiu ajak lepak. Walau rumah kami sebelah taman je pun tapi nak jumpa memang payah betul! Semoga ko dan anak-anak makin sihat dan kita jumpa next trip ke Perlis nanti ye, insyallah!

Buat korang yang nak cuba kedai ni, boleh la google / waze :-
DeWarung Dim Sum (Muslim friendly restaurant offers a wide variety of delicious DimSum dishes)
1, Lorong Tiong Nam 2 , Chow Kit, Kuala Lumpur, Malaysia
03-2202 7998
Waktu berniaga : Isnin - Ahad (10 pagi - 9 malam)

Nota Jemari: lately ni asyik JJCM je kan hahaha