Ahad pepagi dah terpacak kat depan kedai ni. Terletak di Eco Majestic Semenyih. Sejak viral kedai ni, sentiasa la FULL HOUSE! So untuk elakkan tak dapat nak makan kat situ, kitorang pun plan awal-awal pagi dah terpacak depan kedai. Just nice masa sampai dia baru nak buka walau dah ada pun orang start beratur depan kedai lagi.


Tempat makan ada di luar, kat dalam bahagian bawah dan juga atas,



View kat bahagian atas.


Seat bahagian bawah, view dari atas.
Kedai dia takde la besar sangat tapi ako rasa boleh la muat dalam 50 orang sekali masuk.


Actually kedai ni speaciality dia adalah pastry dan dessert tapi untuk sarapan, ada je dia jual english breakfast, nasi lemak! Tapi kalau tekak korang nak cari lontong, roti canai ke memang takde la kan😅




Ko datang awal pagi, jangan la expect banyak pilihan pastry kan. Ini pun ako rasa jenuh gak diorang nak prepare pagi-pagi. Dapur dia style open kitchen. So korang bole tengok masa ni pulun chef-chef tengah gigih prepare pastry pastry yang lain. Satu lagi speciality kat sini tak silap ako dia punya croissant. Lembut dan rasa fresh!


Diorang ada MERDEKA PROMO. Datang pepagi tak dapat nak makan pasta.. Maka nya kita amek Light Taste Combo je la ye.


Order punya order. sorry la ye ako dah lupa nama satu satu foods yang kitorang makan aritu hahahha... Ako share je la gambar kat sini. Mana tau. ada rezeki korang nak pegi, bole la rujuk menu gambar kat sini😅



 




Air standard la kan ada cappuchino... machiato... latte... chocolate... dan yang sewaktu dengannnya😁


Masa snap gambar ni memang dah niat nak try la biskut croissant ni tapi sampai dah kluar kedai, tengok balik gambar ni baru teringat hahaha


Selain tu korang bole gak try pelbagai jenis cookies ada kat situ. Harga semua RM15 sebekas.


Paling ako suka macaroon dia... Tebal gila isi krim tu dan tak rapuh pun dia punya 'cookies'... Rasa pun just nice. tak manis sangat! Recommended!

So untuk sesape nak cuba bole la ke,

Chef Kecik Cafe
30, Jalan Eco Majestic 10/1D, 43500 Semenyih, Selangor
google or waze je, senang nak cari kedai ni
Tuesday - Sunday (Monday Closed)
Operation Hours | 8.30AM - 7.30PM


Nota Jemari: Selamat Mencuba!