JJCM: KONTENA KAFE WANGSA MAJU     JJCM: KONTENA KAFE WANGSA MAJU

JJCM: KONTENA KAFE WANGSA MAJU


Malam bila ntah dalam minggu ni juga la, ternampak abang ipar dok tag bini dia kat FB , tempat makan yang satu ni. Kita ni pantang nampak tempat-tempat makan ni. Kalau senang dan mudah nak pegi, pasti kita tuju je.

So, belek punya belek lokasi adalah di Wangsa Maju.
Ha cantek! Takde la jauh sangat dari rumah kalau ikut DUKE highway.

Tanya MAMA uyum, nak makan kat luar tak?
Semua orang pun setuju nak makan luar, maka nya moh siap, start enjin kete, vroommmmm teruss!
Tapi ekceli takde la lapar sangat cuma sesaja nak melepak lepak je pun.


Maka nya takde la nak order memacam sangat kan. Mula tu kita order mi goreng mamak.
Tapi I is kureng sket sebab mi dia masih basah-basah gitu. So far ako paling suka mi goreng mamak kat "The Lepaq Gombak Cafe" area Koperasi Polis / Taman Melewar. 


Air pun order yang biasa-biasa je hahaha eh ada ke yang luar biasa? 


Mi kari... tapi ako minta tukar bihun kari.
Kuah kari dia sedap, pekat dan likat gitu!
Cuma kalau ada sambal untuk kari ni, ako rasa lagi power!😆


Chicken chop dia betul betul crispy. OK yang ni memang rekomended sangat...
Sedap! Berbaloi laa... 


Fries cheese ni favorite Uyum..!


Sate ni ermm cane eh nak cakap....
Bagi ako kureng sedap la.
Kuah kacang tu dah ok tapi daging sate nya, alahaii terlalu banyak lemak!!

Pastu daging dan kambing dah tak tau nak beza camne. Dedua pun sama je warna gelap hahaha...

Overall makan kat situ , boleh la. Takde la tak sedap sangat.
Ada banyak lagi pilihan menu. Mungkin korang boleh cuba plak menu menu lain kan.
Signature dia "Nasi Beriani Kambing / Ayam"
Ada juga menu Asam pedas & masak Lemak cili padi.
Western pun ada dan masakan Thai pun ada.

Eh macam banyak plak menu dia kan. So apa lagi, yang berdekatan tu sila la terjah k.



Budak ni dah makin bambam... ntah camne nak panggil 'kenit' agaknya hahaha


Kontena Kafe Wangsa Maju 
(berdekatan KFC / PIZZA HUT / SHELL)
1, Jalan Wangsa Delima 5, 
Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Nota Jemari: korang makan apa tu?

Post a Comment

13 Comments

  1. Banyak pilihan menu tapi kadang tetap ambik menu yang sama kan, hihi.

    ReplyDelete
  2. Fries dia nampak mengancam.. Selau sate ini dia akan bubuh tandakan untuk bezakan jenis daging.. Tapi kalau banyak lemak memang tak bestlah nak makan..

    ReplyDelete
  3. Saya pun selalu order benda yang sama juga, bila keluar makan. Chicken chop dia nampak sedap. Selera tengok Uyum makan. :)

    ReplyDelete
  4. Wow..Mee Kari..Ooo..akak suka siap sambal ek.. Kalau saya jumpa tempat Gini, memang pergi selalu lah Nampaknya..hehee..

    ReplyDelete
  5. tk pernh lg singgah sini...bihun kari tk pernh try..biasa mee kari...

    ReplyDelete
  6. Uyuuuuum, makin gemesin tiap kali auntie liat yaaa 😄.

    Daging satenya kalo tak bisa bedakan daging dan kambing, sebenernya bisa dibilang bagus, Krn artinya mereka masak kambingnya dengan benar ,hingga tak ada aroma khas kambing yg biasanya kuat 😄

    Di sana tak dibedakan dari bentuk tusukan ya kak?

    Kalo Indonesia, daging kambing itu selalu pakai tusukan sate yg lebar. Sementara ayam atau sapi pakai tusukan kayak di atas . Jadi semua bisa bedain mana kambing mana ayam atau sapi. Seluruh Indonesia kayak gitu.

    ReplyDelete
  7. byak rupanya tempat nak makan... kalau pergi KL kdg tak tahu nak singgah mana

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap. Wangsa Maju byk tempat makan best kan.

    ReplyDelete
  9. Menarik....mee/bihun kari tu sangat menggoda selera.

    ReplyDelete
  10. tak apa la Uyum bambam la comel kan...hehe

    ReplyDelete
  11. area wangsa maju tu memang byk port makan menarik kan..kalau pandai cari. best best!

    ReplyDelete
  12. Asam pedas ikan jenahak dia sedap!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com