Actually macam macam nak share kat sini tapi tiap kali tu la bila nak start ayat, jadi blank hahaha... tu yg lately ni tak banyak sangat entry kat sini. Tapi ako slalu je baca komen komen korang dan cerita memasing kat blog korang. Cuma sejak henpon ako ni tak bole nak komen guna id google (gara gara opis ako dah block certain function google), maka nya kita mampu baca je k haha... Kalau kebetulan korang nampak ako ako meninggalkan komen, makna nya ako tengah view guna laptop la tu.

Ha betul ako jarang on laptop hehee memang suka update guna henpon je. Cepat sket nak upload gambar gambar nya😅

Ok abaikan ! 

Ni ako nak share cerita ahad lepas...
Dah lama sangat tak lepak ngan minah 2 orang ni (ex-schoolmate). Kebizian memasing, yang sorang tu kan keje kat Brunei (kalau korang masih ingat), yang lagi sorang tu memanjang ke hulu hilir jadi pompom gurl anak dia hahaa..

Maka nya dah lama sangat tak jumpa memasibg ni. Dipendekkan citer, member yg kat brunei tu balik sini, so dia pun hantar mesej ajak jumpa. Ako on je kalau takde aral. Member seuggest jumpa kat Hening! Eh hahaa memang tau tempat Hening ni tapi belum berkesempatan nak jejak. Rezeki akhirnya dapat gak merasa makan kat Hening ni.


Mesti korang tertanya tanya Hening tu kat mana? Restoran Hening ni terletak kat Keramat yang belakang Intermark tu ye. Bukan keramat yang belah belah UTM tu ye... boleh google ye cari lokasi tu. 

Plan memang nak brunch maka nya kami decide nak jumpa kat lokasi makan jam 11 pagi gitu. 

Area ni kawasan perumahan banglo lelama. Memang Hening ni pun adalah sebuah banglo yang dijadikan tempat makan. Tanah dia memang luas sangat. Banglo 2 tingkat ni terletak di : Lorong Damai 1, Jalan Damai, KL (boleh google or waze)


Hening ni selalu la lalu lalang kat IG wall ako. Bila member nan sorang ni suggest lepak sini, terus je semua pun setuju! Makanan dia memang makanan melayu sahaja ye!

Dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Kata nya nak brunch kan, jam 11 sampai tu kami ingat nak terus order nasi dan lauk lauk la tapi rupanya masa tu order mekanan tengahari belum ada lagi. Menu lunch bole start order bermula jam 11:30 pagi.

OK la kan takde la kena tunggu lama sangat, kami order air je la dulu.
Servis memang cepat so far! Dan pekerja memang sentiasa akan bertanya sama ada kita dah order, kita dah dapat makanan, makanan sampai cukup ke tak?! Impresif!




Tempat makan kat bahagian luar ni memang nampak luas tapi bila time panas-panas memang takde sape la nak duduk kat luar kan hahah.

Konsep dia simple dan cozy. Sebab tema warna yang dipilih tu warna putih, jadikan tempat tu nampak luas dan bersih je. 

Kalau lepak petang-petang , mungkin la ako akan memilih bahagian luar ni untuk melepak.


Tapi kan masa tu panas berdenting... (eh betul ke ejaan nya?!), jadi harus la kita duduk kat dalam aje yang beraircon tu kan. Masuk dalam bahagian bawah ni dah full pulak, jadi moh kita naik atas je la.




Kat bahagian atas ada 2 bilik. Kiri dan kanan. Bilik di belah kiri tak banyak meja. Adalah dalam 4 meja gitu. Bilik sebelah kiri luas sikit. Kami pilih bilik kanan. 


Tepat jam 11:30 pagi kami buat pesanan. Oh ye, pesanan secara online je. 
Nasi dalam daun pisang .. dah macam ala ala makan kat Bamboo Klah tu cuma yang ini takde la buluhnya ye.


Kami pilih siakap bakar sambal hijau. Bagi ako sambal hijau tu penaik selera, cukup pedas, cukup rasa!


Udang masak lemak ni katanya udang harimau... ke ako yang silap baca?! Agak frust sebab ku bayang kan udang galah yang besar tu hahahhaa rupanya udang biasa je pun. Agak kurang fresh tapi bole la dimakan 😅 Yang ini pun cukup rasa juga cuma macam kurang pedas kat tekak ako! Kat tekak ako ye.. tekak korang ako x pasti la kan. Sebab member sorang tu kata dah cukup pedas😁


Terung sambal bukan favorite ako , jadi nya ako x pasti keenakkan terung ni... 😅 Tapi kalau ikut tekak member ako, diorang cakap sedap.. So ako assume sedap la tu kan haha


Extra sambal hijau dan sambal asam..buat cicah cicah ikan bakar tadi.


Telur dadar ni memang agak mahal bagi ako tapi mungkin la dia guna telur OMEGA ye hahaha.. 


Kesimpulan nya, makan situ OK buat first timer...
Tapi kalau soh repeat, rasa nya tak datang dah kot.. 
Boleh la makan tapi harga pricey sket la ye..
Hep! Jangan komplen ye! Orang belanja, kita syukur..alhamdulilah 🙊

Tengkiu Ta.. ntah bila nak lepak lagi kan?!
Tunggu yang lelain FREE, memang tahun depan pun belum pasti lagi hahaha...
Pape pun semoga kita sihat-sihat je untuk perjumpaan akan datang 😁


Restoran Hening
Lokasi: Lorong Damai 1, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan : 8pagi - 6petang

Nota Jemari: Selamat mencuba!