Ekceli nak post entry lain dulu tapi alang alang kat dobi ni, kita post dulu la citer dobi ni hahaha...

Kisah nya mesin basuh kat rumah ni tetiba dah tak bole nak ON... dah sampai masa minta yang baru agaknya tapi nanti nanti la dulu ye. 

Memandangkan baju dah 2 hari tak basuh ni, adalah dalam 2 bakul sampaikan seluar sukan uyum nak pakai pagi tadi pun takde dah, haha terpaksa la kita balik awal dan terus mendobi.

 

Ako mendobi di Dobi Queen. Ha sekarang ni dobi queen dah ada apps sendiri. Kisahnya tadi ako takde duit kecil. So bertanya la ako kat budak yang keje situ, kot diorang ada servis tukar duit. Takde katanya terus dia suggest kat ako install apps dobi queen ni. Tak perlu dah bawa cash, bole topup online terus.

Eh menarik! Apa lagi terus ako mendownload apps tersebut. Minimum top RM10. Memandangkan sekarang nindiorang tengah ada promo token rm10 akan dapat 26 ketul token, which is extra 16 ketul oii berbanding kalau ko tukar secara tunai di mesin tukaran dia, rm10 hanya dapat 10 ketul token sahaja. Excited sebab terasa jimat la jugak kan.


Bila dah ada apps ni, setiap kali nak cuci tak perlu lagi nak bawa tunai. Masukkan baju terus dalam mesin, scan bar code, korang boleh adjust berapa minit korang nak then terus auto dia start. Mudah dan cepat!




Selain tu kat Dobi Queen juga ada sediakan servis delivery tau. Masuk je kat apps, semua info pun ada. Kalau sejenis yang pemalas hahaha... guna kan je la servis ni. 😆😆 sebab ako pasti, ramai je sejenis yang malas nak lipat baju kan hhaha..!!


Nak drop baju je pun bole.. segala urusan nanti orang dobi akan buatkan...
Ini kira macam ko pandu lalu la gitu,
Tapi pastikan dalam sejam ko dah datang balik la 'kutip' baju baju ko tu ye.


Jangan sampai terbiar je baju baju korang.. Ni dari ako sampai ... hingga la ako dah selesai mendobi, tuan baju tak muncul2 tiba. Iskk... 


Buat yang tengah mencari kerja, Dobi Queen ada juga menawarkan beberapa pekerjaan seperti dalam gambar di atas. Pada yang berminat, boleh la scan bar code  atau layari Jobstreet.com.

P/s: boleh guna referral code ni ... bole dapat extra token for both firts timer dan jugak orang yang dirujuk --> https://app.dobiqueen.my/ref/retna7qr

Nota Jemari: Semoga berjaya!