Tengok gambar kat atas tu mesti dah bole agak kami dah sampai mana tu kan.
Kebetulan jenguk abam abin kan hujung minggu baru-baru ni.
Pastu bosan asyik lepak kat area Trolak, Slim River, Tanjung Malim je kan.
Jadi nya tetiba datang idea nak gi jauh sket dari kawasan mention kat atas tu.
Gugel punya gugel kita terpikir nak jejak Teluk Intan je la.
Takde la jauh sangat pun, lebih kurang 45 minit je dari hostel abin. So, lepas check out dari Hotel Summit, terus kami gerak ke Teluk Intan. Alhadmulilah perjalanan smooth aje.
First time juga nak jejak area situ.
Sampai-sampai je terus kami tuju ke arah Menara Condong ni.
Tak sah kan klu sampai situ tak singgah kat menara ni.
Panas wei!! Hahaha..
Dah le menara tu terletak betul-betul kat tengah pekan.
Memang senang je nak cari.
Datang hari Ahad, so senang je la nak dapat parking kan.
Sampai je terus wasap kak een.... Dia suggest makan kat Mi Rebus Mastan Ghany ni.
Ok moh la kita cari. Nasib baik tak jauh je dari menara tadi. Sebab dah parking, so kita jalan kaki je la menuju tempat makan tu.
Rupanya Mi rebus ni ada 2 cawangan berdekatan.
Tak pasti yang ako pegi ni cawangan asal atau cawangan kedua or ketiga heheh..
Menu dia ada 2 jenis je.
Mi rebus dan rojak.
Masa order tu, ako tengok mi rebus nya macam ala-ala mi rebus joho.
Kuah pekat dan ada kerak-kerak.
Tapi bila dah makan, hehehe honestly ako kureng sket rasa kuah nya.
Dan ako kureng gemar kan 'kerak' nya tu.
Kerak nya tu macam kerak cucur udang.
Ako memang kurang gemor sket udang kecil2 tu hahaha.
Dari segi kuah pun, sorry eh bole la makan tapi kalau suruh repeat, ako rasa ako tak repeat kot😅
Yang ni plak rojak. Mula ako ingat dia guna kuah mi rebus tu juga sebab warna seakan-akan hahaha... Tapi bila rasa, ooo dia guna kuah kacang😅
Untuk yang ini pun, kalau tanya tekak ako, memang ako tak repeat juga kot hehe..
Stop la kejap, beli beberapa jenis buah.
Tak ingat ni area mana tapi memang kita akan jumpa gerai buahan ni tepi jalan.
Memang niat nak cari durian.
Alhamduliah terjumpa juga durian tepi jalan lepas UPSI tu.
Memang berderet gerai jual doyan ....
So tanya harga terus kami duduk makan D24 ngan iOi.
Puas hati sebab nampak 'fresh' buah nya.
Balik KL takde la ngidam dah😆
Korang plak, dapat tak makan doyan?
Musim doyan dan start dah....!
Nota Jemari: pasni kita jejak bandar lain plak kat perak 😁
25 Comments
Memang wajib la bergambar depan Menara Condong tu kan. Patut soh Uyum pi tolak menara tu bagi tegak, haha. Alhamdulillah, dapat dah makan doyan.
ReplyDeletepanas kak hahah... dah soh dia tolak tp dia cakap panas arr!!!
ReplyDeleteAgak masa amik gambar tu, ramai ek yang tengok kita? Ke memasing pun duk bergambar gak hahahaha
Deletederang pun x tengok kita.. memaisng pun sibuk bergambar juga hahah mcm2 pose hahaha
DeleteDapat juga makan durian. Minggu lepas dapat durian. Semalam makan lagi durian.
ReplyDeleteSelera memang beza-beza. Macam saya memang tidak suka mi rebus atau rojak.
tu la tgk rupa mi rebus tekak terbyg rasa mcm mi rebus joho... adoii silap tekak sbb terlalu taksub dgn rasa nya end up tak dapat seperti yg tekak nak.. agak frust la sikit hehe
DeleteAduhai durian!
ReplyDeleteBilalah nak datang musimnya di Sabah.
Aini 1st time g menara condong tahun lepas..
ReplyDeleteElok juga Ako share tmpt makan tu atleast tau sedap ke tak kan..hehe
Belum makan durian lagi..tekak tgh duk sakit sejak minggu lepas..
pernah jugak sampai di teluk intan... dan bergambar kat situ... hehehe... 1st tie sampai sbb kerja... dr klia naik bas sorang² ke sana.. seramlah jugak dalam bas ke tempat yg x pernah dikunjungi
ReplyDeleteWah, udah sampei ke Teluk Intan. Lain kali, meh datang Lumut meh. Bole mandi laut. Tak pun pi Pangkor, beli coklat.
ReplyDeleteGerai tepi jalan tu, macam kat area Sungkai.
Cantik nampak duriannya. Saya blum makan durian lagi. Tapi kuah durian dah makan, orang bagi. Hehe..
Wahhh ... bila la dapat g ek. huhuuu
ReplyDeleteAlhamdulillah. PC pernah lalu je kat menara tu.. tapi tak turun atau jalan2 pun.. masa tu ramai sangat-sangat. Dengan cuaca yang nak buka mata pun susah... panas sungguh.
ReplyDeleteDapattt he hee ciknur pun blk Perak. Ahad tu member belanja durian sebakul. Puas mkn. Bk blk kg tgk durian kebun tak menjadi kali ni. So mkn durian Sauk je
ReplyDeletepernah gak sampai sekali dulu....kat menara condong ni
ReplyDeleteGerai buah tu area Ladang Bikam.. Situ memang banyaklah..
ReplyDeleteSha pun kureng sikit Mastan Ghany nie.. rasa kuah dia tak berapa.. hehehe..
Yeah!! Dah sampai menara condong..
mai la Johor makan kat Mee Rebus House pulak..setakat ni saya boleh telan yang kat situ hahahah
ReplyDeleteEee ko sebut, terus kecur aku hahahahaha
Deletewajib bergmbr kt menara condong kalo dh smp..tp kalo siang mmg panas..kita dlu posing time malam hehe....mee rebus tu bg kita pn biasa je tp rmi yg suggest la
ReplyDeletekalau ke sana, mesti kena bergmbr dgn menara condong kan. last syu ke sana masa study dlu.
ReplyDeleteBelummmm...nak doyan....SA x dapat makan lagi walau tengah musim sebab tgh x sihat kan...
ReplyDeletedapat jugaklah makan durian Muar. oklah kebun pakcik menjadi. tak sampai lagi menara condong ni. Comel Uyum posing ala-ala di Pisa gitu
ReplyDeleteNi masuk dalam wishlist juga ni. Tak pernah jejak kaki ke Perak lagi ni..
ReplyDeletekureng ye mee rebus mastan ghany...belum lg mencari durian...
ReplyDeleteAunty Lin gak yang tak sampai-sampai lagi ke sana hahahaha.. lalu je ada..
ReplyDeletePas denger nama Rojak, yg terpikir rujak buah lah, dengan sambal kacang nya. Ternyata terlihat macam mie rebus juga 😄😅. Jadi penasaran kak, walopun kata Kakak tak terlalu sedap 😄
ReplyDeleteHaduuuh duriannyaaaaa. Temen Fanny baru2 ini ke Malaysia, bertepatan Ama panen raya durian kan. Jadi dia puuuaaaas sangat makan durian aneka rupa kemarin tuh. Jadi kepengen. Nanti THN depan rasanya nak ke Malaysia bertepatan panen raya durian juga.
Di Indonesia musim durian tuh anehnya sekitar September. Tak sama dengan malaysia
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com