The Carnival of Animals.
Masa nampak iklan ni kemain excited ako nak beli tiket sebab nya tempat diorang buat ni kat istana budaya. Bapak lama tak jejak istana budaya oii. Ekceli ako tak baca sangat pun info pasal carnival animal ni. Dalam kepala hotak ako just nak jejak Istana Budaya je pun hahaha... So ako memang sekali lalu je la baca tajuk kat atas tu masa beli tiket. Ako ajak juga kakak ako join sama. Dia ok dan terus berdesup ako beli tiket secara online.
Show ni hanya 2 hari je iaitu pada 4 & 5 June 2022.
AKo pilih Jumaat, 4 Jun jam 8:30 malam.
Nasib la ako memang dah start cuti panjang hari Jumaat tu.
Jadi takde la kelam kabut sangat di hari kejadian.
Sesudah maghrib kami terus gerak ke lokasi.
Jalan ada lah lancar, alhamdulilah cuma seperti yang di duga, mencari parking memang menjadi isu. Tapi nasib baik la memang rezeki kami, dapat la parking di bahagian tepi berdekatan cafe IB. Cun la kan!
Excited betul budak 2 orang tu. Kata nya kena beli kepala binatang tu, baru la dapat bergambar dengan aksi-aksi binatang jadian kat situ hahaha...
Budak-budak tu of coz la first time kan.
Seperti biasa, kalau ada show untuk budak-budak aje la derang dapat merasa jejak masuk kat dalam tu.
Sebab kan tak bole nak amek gambar or video semasa live show, maka nya tak dapat la nak share kat sini apa sebenarnya yang kami tonton hahaha...
Bernice Wong, artis 'sand art'.
Overall, show ni sebenarnya pasal persembahan daripada orkestra kebangsaan.
Diorang menyampaikan beberapa buah lagu kanak-kanak di zaman 80an.
Zaman ako kecil-kecil la tu kan. Budak-budak sekarang ada yang tau, ada yang tak tau pun lagu-lagu macam "Kenek-kenek Udang", "Bangau oo Bangau", "Labah-labah", etc
Yang best tu, bukan budak-budak yang ikut menyanyi tapi mak pak budak yang over excited join orkestra tu menyanyi hahaha.😆
Di akhir persembahan, kanak-kanak di ajak menyanyi bersama-sama di atas pentas.
So berebut-rebut semua nak naik pentas hahhaa...
Mana yang tak dapat naik tu, ko nyanyi aje la kat bawah pentas ye sambil ditemani dengan karaktor binatang-binatang tu.😆
Masa di permulaan persembahan, Bernice menunjukkan skill melukis gambar-gambar haiwan menggunakan pasir sambil diidingi muzik orkestra mendendangkan lagu-lagu kanak-kanak.
Buat korang yang minat sesuatu yang berseni, memang worth it la show ni.
Kalau nak tengok tempat lain konpom mahal ooii !! Show ni RM20 sahaja tau!
Last but not least, kemain suka si uyum.
Permulaan aktiviti di cuti sekolah yang memberangsangkan hahahah...
Banyak lagi aktiviti-aktiviti Uyum seminggu bercuti ni.
Nanti kan ye ! 😍
Nota Jemari: Berbaloi ako amek cuti seminggu oiii hahah
14 Comments
seronok la Uyum tengok teater muzikal...
ReplyDeleteHahaha.. mak pak yg terlbih ek. Budak2 skrg nyanyi lagu apa ek?
ReplyDeleteHappy sungguh Uyum ye..
ReplyDeleteBestkan budak budak penuh dengan aktiviti dari hari pertama cuti sampai hari last cuti sekolah.
Buka sekolah masing masing penuh dengan cerita aktiviti semasa cuti sekolah..
Aku rasa last tengok teater dengan ko laaa tu. Teater MokCun.. lepas tu takde dah, tu laa pestime tgk..
ReplyDeletewah..bestnya Uyum! lama jugak tak tengok teater. dah aktif balik ye IB. OK kena sentiasa folo update lepas ni. comel la Uyum bertopi shark du du du du tu. nanti simpan boleh bawak gi main salji
ReplyDeleteSesuai untuk budak-budak.
ReplyDeleteMurah harga tiketnya.
Wahhhh, seronoknya..Lama jugak tak tengok konsert LIVE..Meriah kalau banyak beboodak...Niceeee!
ReplyDeletewahh..bestnya, ada binatang2 jadian...hehe..
ReplyDeleteexcited bdk2 dpt tgk teater muzikal
ReplyDeleteAlaa lenkali ajak ler kiteorg sekali hehe
ReplyDeletealamakkk lupa plak kita... next time klu ada event camni lagi kita inform k
Deletesyok la uyum ekk dapat bergambar dengan begitu banyak serangga bersayap..hahaha
ReplyDeleteSuka budak-budak dapat datang sini.
ReplyDeletemesti uyum excited je sepanjang show tu kan.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com