Sabtu sampai Selasa (4-6 June 2022), Uyum sempat bercuti ke Melaka.
Plan ni memang last minit MAMA dan NINA .
Cari bilik pun last minit, so pepeaham je la kan, memang agak susah juga la.
Tapi alhamdulilah berjaya juga dapat book bilik di Marvelux Hotel area Taman Kota Laksamana.
Misi Uyum dan abang-abang kali ni mencari Hang Tuah dan kawan-kawan tapi berjaya kah sampai ke akhir? Jom kita baca😆
Bertolak dari KL sesudah subuh oii...
Jalan smooth ekceli kat highway.
Sempat la kami sarapan di RnR Serdang.
Tapi sampai area Pedas / Linggi ada eksiden plak.
Eksiden ni jadi viral aritu. Yang tayar melayang sampai 5 buah kereta eksiden tapi nasib baik takde nyawa melayang.
Terus kami ke Jonker Walk.
Ako ni dah bertahun-tahun tak jejak Melaka.
Hahaha memang masuk je Melaka, terus ON google map. (tak suka waze sebab waze selalu bawa jalan yang menyesatkan hahaha).
Berpusing-pusing cari parking, tau je la Melaka banyak jalan pun SATU HALA!
Terlepas simpang pun, hazab kena buat satu lagi pusingan nak masuk situ haha.
Dah dapat parking, moh la kita berjalan kaki sahaja.
Ako pernah masuk sekali dulu-dulu.
Syiok nya ada tempat nak buat Megi sendiri.
Kalau korang minat brand MAMEE, bole la datang sini soping produk-produk MAMEE.
Boodak ni masuk-masuk je dah ajak soping.
Kemain dia main amek macam-macam.
Yang kena bayar nya Nina atau MAMA la tu 😆
Itu kalau tak ditegah suruh STOP, mau nya satu kedai dia nak borong 😝
Kan situ bole DIY megi. Beli cup kat kaunter RM15, bole pilih nak perisa apa.
Tak silap ada perisa ayam, kari laksa & tomyam.
Dah bayar, bole la ke area "Noodle Doodle".
Hanya sape yang nak buat megi je dibenarkan masuk.
Kalau ko beli 2 cup maka nya 2 orang aje la bole masuk.
Kalau ko beli 3 cup, maka 3 orang la dan seterusnya.
Mula nak beli 2 cup aje untuk Uyum dan Aqeem tapi ako nak masuk juga sebab nak snap gambar dan nak tengok proses DIY tu hahah maka nya terpaksa la kita beli 3 cup.
Dah beli, sila la beratur.
Masuk situ ikut giliran la kan.
Sebab kat dalam tu pun bukan besar mana sangat pun.
Buat korang yang tak masuk, bole menunggu di bahagian cafe.
Ada tealive tau, so bole la order tealive dulu , mengopi dulu sementara tunggu budak-budak ni menyiapkan megi DIY mereka.
Step pertama, ko bole la warnakan cup ikut kreativiti memasing.
Nak lukis pape ke terpulang.
Dah siap lukis dan kaler, bawa cup tadi ke mesin megi.
Telangkupkan cup, pastikan bawah tu dah ada megi yang korang nak.
Nanti ada orang dia akan proseskan cup megi korang.
Pilih condiments apa yang korang nak.
Nak letak semua pun bole.
Pastu nanti diorang akan letakkan kat mesin untuk letak penutup cup.
Kemudian proses membalut cup dengan plastik pulak untuk kedap kan dia.
Last step, bahagian pembungkusan plak.
Dia akan masukkan cup megi tadi ke dalam beg MAMEE yang comel.
Taadaaaa... siap dah megi cup DIY versi Uyum!!
Dah siap, kita pun lepak la kejap minum-minum kat cafe dia.
Tapi takde la makan megi tu.
Megi tu dia simpan nak makan kat hotel kata nya hahaha😅
Next kami ke area Jam besar.
Nak minum cendol plak.
Satu lagi kawasan bandar hilir.
Walau berkali-kali jejak situ, hahaha sampai kadang tak tau nak pegi mana lagi😅
Kata nya viral kan, wajib lepak duduk pekena cendol jam besar ni.
Hahaha bagi ako biasa je cuma dia jadi viral sebab melaka is PANAS dan memang HEAVEN la dapat makan cendol sejuk, ABC dan yang sewaktu dengan nya sambil terbuai2 angin sungai melaka 😆
Kalau tak dek orang ramai dok menuggu giliran, konpom memang lama la ako duduk melepak kat situ oiii.....!
ABC Special sebab ada eskrem. bole laaa mana2 ABC pun sama je rasanya :D
Cendol ni sedap sebab ais nya jenis kisar.
Lately ni kebanyakkan orang jual cendol semua pakai ais ketul je.
Tak feeling langsung makan cendol kan.
So kelebihan cendol kat situ sebab ais nya dia pakai yang dikisar.😍
Memang puas la minum!!
Tembikai ni ako budget punya la manis kan.
Sekali minum, tawar gila oiii hahaha..
Hilang feel nak minum air tembikai😅
Dia siap tebuk senang korang nak korek isi tembikai tu.
Seperti biasa , boodak ni memang tolak batu je.
Semua pun dia nak sumbat.
Dah puas sejukkan tekak dan badan, moh la kita gerak ke hotel.
Tapi before kita check in, kita lunch la dulu. Masa ni pun dah nak dekat pukul 3 petang.
Perut memasing dah kebulur sangat.
Cari punya cari tempat makan, akhirnya kami berhenti makan di Kedai Asam Pedas Hajjah Mona di Kota Laksamana, betul-betul kat depan pintu masuk Hotel Casa Del Rio.
Masa kami sampai memang masih lengang lagi.
Dah nak abis makan, berpusu-pusu orang datang.
Hahha nasib baik la tak jadi macam kes viral 35 tu.
Seriau plak tetiba makan kat melaka ni 😆
Pedas dia tu yang penting bagi ako.
Kalau makan asam tapi tak pedas memang ako tak makan sangat la :D
Simple gila set asam pedas dia. Tapi ako tambah la ayam goreng.
Tak silap ako takde la mahal sangat set dia ni. So, kalau korang berpeluang ke melaka, tak tau nak makan kat mana, bole la cuba Restoran Hajjah Mona Asam Pedas ni.
Kalau korang x makan asam pedas, jangan risau.
Ada je masakan goreng-goreng. Dan lauk pauk yang lain.
Semua pun sedap bagi ako 😍
Dah jom check in Marvelux Hotel.
Asalnya ako book 1 bilik family (2 katil double) tapi last minit dia cakap bilik penuh.
Diorang gantikan kami dengan 2 bilik premiun room (2 katil single).
Ingatkan dapat bilik sebelah menyebelah tapi rupanya satu bilik tingkat 5, satu bilik tingkat 6.
Ermm.... yang geram tu, dah la book thru agoda. Next time kalau takde bilik, sila la update status bilik kat agoda tu.
Kalau dia cakap tetiba bilik kena cancel, mau ako menjerit juga kat situ hahaha!
Sekali makkk aiii jem tak bergerak-gerak oiii sepanjang ke Klebang tu.
Nak masuk ke jualan area Klebang tu pun sampai jalan kena tutup.
Last-last kami singgah sini kejap. Tapi rupanya muzium ni tutup awal plak.😅
Nak ke Klebang tak bole.....
Nak lepak coconut shake pun dah tutup.
Nak cari parking pun payah.
Sudahnya kami decide ke area Sg Duyong aje la untuk dinner.
Alang-alang kami akan menyinggah ke rumah kawan arwah abah di Sg Duyong, tu yang terus cari tempat makan area situ je.
Gugel punya gugel, ini yang terpampang di screen henpon.
Terus aje kami menuju ke situ.
Ekceli banyak je kedai makan lain yang berdekatan.
Sebab kami kejar masa nak pegi rumah orang plak lepas tu kan, jadi kita makan aje la kat mana2 pun.
Konon nak makan yang simple-simple aje, sekali dah order hahaha kemain banyak plak menu kami.
Tak sempat nak snap. Makan-makan terus gegas ke Taman Sri Duyong.
Berakhir sudah cerita hari pertama kami di Melaka.
Esok kita sambung hari kedua plak ye!
Nota Jemari: panas melekit melaka ....
32 Comments
Aku kan beberapa kali nak gi Melaka nk gi kilang Mamee tu tau, tapi tu lerr, takde geng yang sebulu hhahahaha.. tp takpe, tak lama lagi dapat orang baru orang Melaka, so bolehlah aku ke Melaka selalu hahahaha
ReplyDeletekonpius jap, orang baru????
Deletemenarik aktiviti 'kilang mamee cup'....takde photo final product?..asam pedas..sedapnya..
ReplyDeletealamak lupa nak snap gmbr hahah
DeleteKlebang memang selalu sibuk jalan.
ReplyDeleteOh tahu mana Taman Laksamana ini. Hehe strategik juga hotel penginapan yang dapat walaupun saat-saat akhir.
itu laaaa tp cuti sek tu yang bertambah2 sesak kat klebang hehehe... serious terlupa pegi situ time scuti sek, so mmg hazab la kan
DeleteKedai mamee tu nampaknya attraction yg menarik...ramai peminat mamee kat umah ni
ReplyDeletehahaha klu dah daa peminat, wajib singgah tau!
DeleteTeringin jugak nak pergi Jonker House.
ReplyDeletenext time sila singgah k
DeleteMasa pergi Melaka hari tu masih dalam fasa PPN berapa entah so tak dapat nak buat Mamee sendiri. Seronok Uyum bercuti dan borong Mamee ye. Gitulah Melaka di musim cuti sekolah.
ReplyDeleteOkay, boleh masuk list ziarah Mamee tu. Haha Yang lain, terbayang duduk dalam jammed. omoh~~
ReplyDeleteSeronok tengok uyum bawa bakul berisi jajan tu..
ReplyDeleteWwow, sepanjang ke Melaka beberapa kali sebelumni, tak pernah gak masuk tempat DIY Maggi tu..hehe.. Memang sedap ABC dikisar halussss gitu. ..Alhamdulillah, dapat jugak hotel last minute punnn
ReplyDeleteSaya pun tak suka guna waze, ntah celah mana dia bawak kita. Prefer Google Maps aje.
ReplyDeleteMenarik la DIY megi tu.
Borong sakan ye Uyum :)
ReplyDeleteAnak PH dulu gi kedai/kilang Mamee ni juga, rombongan sekolah...
Glamor abam bangla yg balut mamee tu..dalam blog muka dia ada, dalam tik tok muka dia ada..dalam insta pun muka dia ada..hehehehehe
ReplyDeleteBestnya, boleh DIY mamee cup sendiri.
ReplyDeleteAsam pedas dia nampak sedap, ABC pun.
Saya dah berkurun tak ke Melaka.
seronok tu jln2 melaka ...kemain uyum masuk mamee tu borong ye hehe
ReplyDeletemacam seronok dan best je semua tu. dah lama tak pergi melaka ni
ReplyDeleteOh! ni masa cuti yang sana, sini, situ trafiknya macet hehehee... Oh! menarik aktiviti di kilang Mamee ni ya selalu lalu je tak pernah nak singgah
ReplyDeleteMuseum mamee langsung masuk list Fanny kalo nanti ke Melaka. Anak2 pasti sukaaaa, Krn mereka doyan mie juga, dan pasti unik ya kaan kalo cup nya bisa dilukis sendiri. 😍.
ReplyDeleteTerasa segar nya liat es cendol tuh kak 😍😍😍
Rasa macam dah lama pulak tak ke Melaka, padahal, ulang2 ke sana, haha. Ada alasan nak pergi sebab antara semua yg diceritakan tu, cuma Asam Pedas aje yg dah pergi, hihi.
ReplyDeletebest jugak buat megi cup sendiri tu..saya perasan Melaka ni banyak gila iklan MAMEE..mungkin sebab HQ dia kat sana ek..
ReplyDeletecendol jam besar tak pernah try, nanti gi melaka boleh la cuba...selalu gi CKH je..
alah lupa...happy birthday kak ret! semoga sihat selalu, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..ameen ameen
ReplyDeleteSeronok uyum jln2
ReplyDeletemelaka bandar bersejarah ni
Terubat rindu nak ke Melaka.. hehehe.. Mamee tu nampak menarik.. Tembikai tu tawar eh, hilang feel.. hehehe
ReplyDeletebestnye dpt jln2 dkt melaka. dah lama tak jln2 sana..
ReplyDeleteImpian SA kan...nak lepak Melaka2-3 hari..jenjalan memalam...tapi tu la..anak dara tu dah kerja kan....
ReplyDeletewelcome to melaka :)
ReplyDeletenanti jemput dtg lagi ek.
Melaka pun tak pernah sampai lagi. Ntah bila nak pergi ni.. Nak try asam pedas Melaka. Apa bezanya dengan asam pedas yang bukan orang Melaka masak ni..
ReplyDeleteMacam best pulak mamee jonker house tu. Nanti ke Melaka bolehlah singgah sini. syok pulak tengok Uyum mewarna tu.
ReplyDeleteCuaca panas panas pekena cendol memang nikmat lah.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com