KOREAN DRAMA : SOMETHING IN THE RAIN

KOREAN DRAMA : SOMETHING IN THE RAIN

Lama nya tak citer pasal korean drama kat sini kan.
Padahal hari-hari WAJIB ngadap VIU or NETFLIX!
Wajib tengok drama-drama korea sebelum tido.
Baru-baru ni terlayan satu drama lama tahun 2018 tajuk "Something in The Rain".

Sumber: Netflix

Mula nya macam malas nak amek port drama yang satu ni.
Tapi sebab dah takde drama lain, maka nya kita pun layan la episod pertama.
Eh sekali tengok macam menarik!! Terus layan episod seterusnya dan seterusnya hahaha...!
Hero ni memang ako suka sangat sebab muka dia comel n sweet especially part dia senyum tu 😍😍
Heroin dia plak bini si Hyun Bin. So ok la heroin ni tak jemu mata memandang kan.

Cerita pasal persahabatan.

Yoon Jin A (Son Ye Jin) adalah seorang perempuan berusia 30-an. Dia merupakan Supervisor di sebuah syarikat kopi.

Sementara itu, Seo Joon Hee (Jung Hae In) ialah seorang lelaki dalam lingkungan 20-an. Seo Joon Hee ialah adik kepada kawan baik Yoon Jin A. Dia seorang animator permainan video. Seo Joon Hee kembali ke Korea selepas menamatkan pendidikannya di luar negara. Kedua-duanya kemudian jatuh cinta. Sehingga akhirnya mereka mendedahkan hubungan cinta mereka.

Tak tahu kenapa ako rasa citer ni sangat la sweet hahaha!!
Ke sebab ako terbayangkan someone yang umur macam ako tetiba bercinta ngan orang yang umur 20 tahun...Llife diorang walau ada halangan, tapi nampak macam indah aje ...

Jalan citer dia ekceli simple je. Dah bole agak tapi sebab ako nak tengok citer yang ringan n sweet2 kan, tu yang ako layan. Nasib la citer best plus hero n heroin pun CUN!!

Kalau korang rasa nak layan drama yang ringan-ringan , bole la masukkan drama ni dalam list korang!
Selamat menonton!

Nota Jemari: Belum tengok ending lagi... debor plak nak layan sampai habis😆

Post a Comment

25 Comments

  1. sejak minggu lepas dah stop tonton K drama ni sebab banyak pending artikel kena buat, bz monitor bonda dan short break..baikk kita letak dlm bucketlist. Ehh..drama Our Blues tak habis tonton lagi tau..nak sambung tu nanti

    ReplyDelete
  2. Suka juga cerita manis-manis tapi jangan manis sangat.
    Selamat menonton Cik Ako. Buat masa ini malas tengok. Tidur awal.

    ReplyDelete
  3. dah lama dok lalu lalang je ....mcm comel gak, add to list dulu la.. he he he.. doctor lawyer tu serius best, x sabar tunggu new ep....

    ReplyDelete
  4. ooo...dorang bercinta ya akhirnya..tengok edpisod awal awal je.... pastu belum sempat sambung lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tgk part diorang mula2 nk express feeling memasing hahaha

      Delete
  5. Ok2, dah masukkan dalam list. Skrg tengok tengok cete tamil psl penyiasatan. Lps ni tengok cete sweet2 pulak la.

    ReplyDelete
  6. Ada jg tengok sikit..suka lagu 'stand by your man'..drama 'one spring night' hero yg sama jatuh cinta dgn noona jg..

    ReplyDelete
  7. Aku lama tak layan Korea drama romance, last layan, ikan duyung tu laa... kalau sekarang layan Korea, semua cite hantu zombie hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ako dah tua2 ni mls nk tgk citer2 hantu hahaha tkut x dpt tido mlm, dah le sejenis yg ssh nk tido skrg ni hhaa

      Delete
  8. hahaha. tak boleh la tengok cerita ni, nanti teringat seseorang dari masa silam yang 6 tahun lagi muda.jiwa kacau nanti

    ReplyDelete
  9. lupa tanya. akak ke bagi saya facemask dan teh Cameron?

    ReplyDelete
    Replies
    1. facemask? teh cameron dah btul tp rs dalam tu xde face mask heheh .. rs sekali ngan bekas air dia

      Delete
  10. alaaa ni adik kita berlakon ni..hai Jun Hae In...hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan comel gila tgk dia senyum.... termimpi2 kita hahaha

      Delete
    2. hahahha dahsattt...senyuman dia boleh berjangkit, buat kita senyum balik..hahahha

      Delete
  11. Saya takut terjebak. Comei heronya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.... tetiba terigt ex-boipren 'antu' kita dl hahaha

      Delete
  12. Cerita Korea yang saya tengah layan sekarang Why Her? Tapi tu tak leh tengok sambil-sambil sebab jalan cerita jenis berat pasal lawyer, pasal politik. Sweet dia hujung2 kuku je.

    ReplyDelete
  13. Wahh.. tgk cover tu pun dah sweet.. ha... Tgk cite ringa ringan pun tetap berdebor ek nak tengok ending.. haaha

    ReplyDelete
  14. Sesekali layan cerita sweet, okay juga..
    Sha pun suka hero ini sebab senyuman dia.. Sweet habis..

    ReplyDelete
  15. dulu tengok 2-3 episod je, lps tu tak sambung dah

    ReplyDelete
  16. Dah lalu lalang cuma SA tengah layan Our blues..hahaha...nanti la tengok...

    ReplyDelete
  17. belum sempat tgk.
    ada la jeling2 kat netflix tu.
    baru je abis layan Ghost Doctor ahad lepas.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com