Last sampai Cameron lebih kurang 9 tahun lepas. Itu pun sebab bercuti dengan SIS LIN sekeluarga sekitar tahun 2013. Haha ingat lagi tak wei insiden kat Ladang Teh Boh??!
OK tahun ni berkesempatan bercuti ke Cameron dengan family. Last bercuti ke sini dengan family adalah pada tahun 2011. Masa tu abam Abin umur 3 tahun dan abam Aqeem baru je lahir.
[Baca sini juga] https://anakomak6.blogspot.com/2011/12/family-trip-2011.html
Of coz Uyum tak wujud lagi kan. So, kali ni kita ke sana bawa Uyum plak!
Kemain excited boodak tu. Kata nya dah lama kan tak gi cameron maka nya dah lama juga la tak lalu jalan dari Tapah ataupun Simpang Pulai. Memang bayangan laluan tu dah tak berapa nak ingat sangat la. Asalnya nak lalu ikut Simpang Pulai tapi end-up terikut laluan dari Tapah. Plan pergi ikut Simpang Pulai, balik nak ikut Tapah sebab konon nya nak benti mandi kat Lata Kijang.
Tapi bila dah jadi cenggini, hahah kita batalkan aje niat nak mandi manda kat Lata Kijang. Terus plan bertukar, pegi ikut Tapah, balik ikut Simpang Pulai. Memang rasa pusing agak jauh la sikit kan.
Kelakar plak boodak dua orang ni, dalam kereta kemain excited , sudah nya dedua pun tetiba rasa nak muntah berjemaah plak tu 😆 Asyik terkinja-kinja lagi dalam kereta. Dah le jalan bersimpang siur kan. Dah setel kluarkan segala isi perut, kita teruskan perjalanan. Masa ni tak silap dah nak dekat sampai Tanah Rata. Kereta dah start banyak, jalan pun dah start sesak.
Nampak dah signbod ni. Eh eh dulu macam takde kan....?! Dulu tu maksud ako soploh taun lepas ar😅 sebab seingat ako satu-satu je signbod yg ada tulis "Cameron Highland" kat area Tanah Rata.
Memang ada tempat berhenti so kita pun park la tepi jalan and kasi pose kat signbod ni.
Ni ha boodak yang separuh nyawa tadi dok termuntah-muntah 😅Ok jalan dah sesak! Jam dah 1 tengahari, perut dah lapar tapi sebab nak kejar kan masa nak tengok kambing punya pasal, kita gagah juga la tempuh jem dulu. Dengan harapan nak sampai kat area Brinchang tu takde dah le jem kan (hahah memang harapan tinggal harapan tapi tetap juga berharap)
Nampak simpang Kampung Taman Sedia belah kanan.
Nampak banyak juga kereta belok ke situ.
So kita assume ada jalan shortcut la kan, jadi kita pun follow aje la membelok juga ke kanan.
Tapi dah kata perut lapar kan.
Eh kebetulan laluan tu ternampak la kedai nasi lemak sambal stroberi.
Wah menarik jadi kita benti la kejap untuk isi perut.
Tempat nya luas dan selesa. Siap ada kebun bunga dan stroberi tau!
Kalau bosan, bole je petik-petik stroberi tapi memandangkan kami baru sangat jejak cameron dan masih panjang lagi masa nak buat aktiviti yang satu ni, takde la kami memetik stroberi kat situ.
Ada je menu lain selain nasi lemak.... Tapi don't aspect too high la kan dari segi rasa.😅
Taadaaaa begini la rupa nasi lemak 'sambal stroberi'. Yang dalam bekas tu sambal stroberi nya. yang sebelah tu sambal biasa. Of cos nama pun stroberi, rasa nya manis-manis la kan😅
The femes Ayahman Scone tapi tak fresh dah. Coz rasa macam dah lama plak derang letak kat depan cashier tu. Kalau dapat panas kan scone tu, perghhh lagi nikmat kan!!
Sampai Brinchang tetiba macam blur... Eh jalan sehala???
Alamakk.... eh dah ada Mall kat depan balai polis Brinchang??
Dulu bukan situ tapak pasar malam ke? So mana pegi nya pasar malam Brinchang???
OK yang tu nanti kita citer later k.
Fuyooo membangun dah Cameron sekarang ni oii!! Siap ada mall hahah...
Takde dah bosan-bosan, macam-macam dah ada kat Brinchang ni.
Depan sket dari Mall Centrum jumpa roundabout ni. Dah macam pegi Fraser Hill plak😅
Tepi belah kiri roundabout ni ada McD. Besar juga mcD dia.Memang membangun sungguh area sini.
Cactus Point!
Hahaha kenangan kereta rosak kat situ sembilan tahun lepas😅
Sampai dah kat area Kea Farm. Parking bahagian depan tak silap dalam Rm7, nak murah sket, korang masuk lagi ke dalam ada parking berharga RM3/RM5 gitu. Masa ni dah start hujan renyai-renyai tapi gigih juga nak turun.
Sebab dah excited sangat nak tengok kambing biri-biri ni.
Takde la mahal sangat kan entrance fee dia.
THE SHEEP SANCTUARY
Pasar Malam Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: 9:00 pagi hingga 5:30 petang (setiap hari)
THE SHEEP SANCTUARY
Pasar Malam Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: 9:00 pagi hingga 5:30 petang (setiap hari)
Tapi dah besar-besar ni takde excited sangat dah dengan shawn the sheep ni.
Adik-adik nya langsung tak minat rancangan tu hahah...
Jom ar kita tengok minta abam abin kembali balik tak kepada sheep ni?
Ke adik dia yang boolat tu yang lelebih minat nya?
Masuk-masuk je nampak montot dia plak hahaha... 😆
OK abam abin masih ada minat kat sheep ni hahaha!!
Macam-macam aksi bila dapat bagi makan dekat-dekat kat kambing biri-biri ni.
Nina bukan pencinta haiwan hahhaa...
Nina ada sikit geli ngan haiwan yang bergerak-gerak ni hahaha...
So tiap kali kambing ni berjalan ke arah Nina, memang melompat juga la ako lari elakkan dia😆
Laju gila oiii kambing tu berlari.
Pantang nampak orang hulurkan tangan, cepat je diorang cari mangsa.
Puas hati la kan... Dapat bagi kambing makan, bole belai-belai secara dekat.
Yang pasti nasib baik kambing tu tak lari bertempiaran bila tengok muka rimau ni hahhaa
Dah puas beriadah ngan kambing, moh kita minum petang kejap kat food court dia.
Masa tengah nak cari kusi meja, tetiba ada orang tegur boodak 2 orang ni.
Eh mula ako tak pasan, dia siap benti kat meja kami dok usha muka rimau ngan baby shark tu haha..
Then baru pasan rupa nya bapa si Zahirah tegur kami.
Dah kenyang minum petang, moh check in.
Kami book Jasmine Hotel area Brinchang.
Ako suka hotel ni. Walau area rumah kedai tapi family room dia sangat la luas, bersih dan selesa sangat.
Family room ni luas, ada tempat gosok baju dalam bilik. Toilet pun bersih dan luas juga tau!
Hotel budget je pun tapi memang bersih sangat-sangat la.
Yang tak best nya area sini adalah masalah parking!! Parking memang terhad sangat. Selain hotel kami, banyak lagi hotel-hotel budget yang lain sekitar situ. Jadi nya masalah parking memang jadi keutamaan! Malam pertama nasib kami baik dapat le juga parking tapi malam kedua terpaksa tunggu dalam kereta untuk dapatkan parking. Memang berebut juga la tapi area sini selain isu parking, semua pun OK termasuk banyak pilihan tempat makan.
Kat depan hotel ni ada food truck. So kalau malas nak jalan jauh-jauh bole la singgah food truck situ tapi jangan risau la memang banyak je kedai makan kat kiri kanan hotel ni. Kalau rajin sket, jalan la kaki ke arah Centrum Mall tadi.😅 Overall untuk malam pertama ni, sangat puas hati setelah hampir soploh taon tak jejak cameron kan!
Tido malam pun lena je tak yah aircon, kipas pun dah rasa sejuk macam aircon oiii!!
Ok nnati kita sambung lagi hari kedua plak di cameron. Apa aktiviti kami di sana esok nya kan?!
Nota Jemari: Dulu pergi ngan arwah 'abah'... skrg abah takde, Uyum kan ada😅
27 Comments
Ada nampak foto Family Mart to signage dia color. Ari tu nampak satu hitam putih ja. Sebab katanya tak nak color sign board tu mengganggu color semulajadi yang cantik. Tapi tak semuanya lah gitu ea?
ReplyDeleteha dekat kedai dia memang colorless... takde warna cuma yang dekat dinding ni je dia letak warna
DeleteMasa saya pergi 2 tahun lepas Centrium dalam pembinaan.
ReplyDeleteWah cepat ada tambahan baru McD pula.
oooo kira nya mall ni baru lagi la masa PKP aritu dia siapkan ye... patut nampak bangunan macam baru baru lagi... MCD pun sama nampak baru
DeleteWah nampak beza dah cameron highland sekarang.. Dulu Aini pi tahun 2008 camtu..punya la lama..
ReplyDeletehahahha tu la bbyk gila perubahan cameron ni.. kat area Tanah Rata pun byk perubahan juga...
DeleteBestnya! Bestnya! Teruja nak ke sana bila tengok gambar-gambar yang dikongsi. Terakhir ke sana tahun 2018 kalau tak silap.
ReplyDeleteGeram tengok kambing biri2 tu…gebu.
ReplyDeleteMemang banyak berubah CH, beberapa tahun terakhir ni saya kerap naik CH…pun rasa eh ada aje yang berubah/bertambah 😄
Kita pun last pegi 5 tahun lepas. Ada juga cita2 nak pergi. Tapi terkenangkan jem asyik postponed jer..
ReplyDeletebestnye. syu kali terakhir ke sana tahun 2019. bila la dpt pegi lg ni..
ReplyDeleteWah, dah lain laa. masa Aien pergi 2018 sebelum bersalin dlu, tak dak lagi mall tu. Ke tak perasan sebab syiok first time dpt naik CH. haha
ReplyDeleteala sy xpernah sampai lg cameron ni.. camne! haha..
ReplyDeleteseronoknya dpt tgk si kambing biri2..
aduhhh bila la kita nak sampai cameron ni ek..hahaha!
ReplyDeletekelakor pulak boleh muntah2 ek diorang..kalo ciksun agaknya macam tu jugak kot, ghisauu kadang2..haha
e'eh. ari ni blogwalking, byk plak blogger citer pasal CH.
ReplyDeletehu hu hu byk betul perubahannya ek.
aida ni hah dok tgh plan - sptember nanti nak ke tak camping kat CH ni.
rindu nak berjalan. just dok dilemma, camping or amik aprtment.
sebab takot kesejukan dlm khemah! ha ha ha ah ah ha...
Lama gak la x naik CH ni....dah macam2 tempat menarik ada ha...org dah x kira skrg kan...cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke tetap nak pi CH...tp SA prefer kalau pi amik cuti hari biasa...
ReplyDeleteBila igt balik, aah la kiteeorg pun last jejak kaki ke Cameron Highland time Khadeeja 6 bulan. Pergh, dah ada mall Cameron skrg ye. Bila la nak pegi Cameron Highland lagi ni.
ReplyDeleteNext trip saya ke Cameron nanti wajib nak pergi sini. Geramlah tengok sheep kat situ!
ReplyDeleteComelnya sheep dia! Jumpa pelakon lama lagi. Wah... banyak dah lain ye, Cameron sekarang. Saya dah lama giler tak ke sana.
ReplyDeletealahai kesiannya termuntah bagai. tapi budak kan, cepat je cergas balik. mesra betul Uyum dengan biri-biri. Wah, Cameron dah ada mall. Ada 7 tahun kot tak datang sini
ReplyDeleteKalau pergi lagi ke CH inshaAllah nak ke Sheep Sanctuary ni.. Tunggu Aryan besar dulu la. Baru best pergi..
ReplyDeleteLama sungguh tak naik Cameron...byk perubahan..
ReplyDeleteGilerr lama weiii naik Cameron gan ko tu hahahaha..
ReplyDeleteNanti nak pi laa, anak dah beso ni best gak pergi ekkkk
Tak pernah jejak... Dulu or skrg.. hahaa.. Nampak menarik ye Cameron.. Sy x dapat imagine rasa nasi lemak stroberi... Haha.. Ui, nampak muda daddy Zahirah.. dia cuti sana ke.. huhuu
ReplyDeleteTempat kambing biri-biri tu tak jejak lagi.. Macam kena buat trip gi CH je.. hehehe..
ReplyDeleteOwh.. dia jual gitu je eh.. Memang tak offer untuk panaskan ke scone tu.. Cam tak best pula makan sejuk-sejuk..
Eh eh Uyum ni macam pernah pergi pulak cakap lama tak pergi Cameron. Sekali tu dia muntah berjemaah pulak. Tempat tempat KakRet pergi ni tak pernah jejak kecuali pasar. Banyak dah tempat menarik kat Cameron ni. Lata Kijang kat mana tu Kak Ret. Ke Lata Iskandar?
ReplyDeleteEh eh Uyum ni macam pernah pergi pulak cakap lama tak pergi Cameron. Sekali tu dia muntah berjemaah pulak. Tempat tempat KakRet pergi ni tak pernah jejak kecuali pasar. Banyak dah tempat menarik kat Cameron ni. Lata Kijang kat mana tu Kak Ret. Ke Lata Iskandar?
ReplyDeleteFanny dah bisa bayangkan rasa sambel strawberry itu kak. Soalnya di sinipun banyak sambel yg dibuat dari buah2an. Dari mangga, terong Belanda. Dan ternyata segaaar memang sambel yg dibuat dari buah. Manisnya ada, pedasnya ada 😄👍
ReplyDeleteMelihat domba2 tuh, ini yakinlah anak2 kalo diajak kesana pasti senang
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com