Jom sambung cerita dari Hari pertama ke Melaka.
Tengok gambar atas tu confirm semua dah tau kat mana kami sarapan untuk hari kedua kan😆
Sesudah subuh jam 7 pagi kami dah gerak ke lokasi.
Kami sampai situ lebih kurang jam 7:30 pagi ke awal lagi, lupa plak.
Ingatkan kami dah awal sampai , sekali tengok barisan beratur nya dah mula panjang.
Parking pun dah penuh. Ikutkan macam susah juga tau nak cari parking.
Gigih pepagi dah sampai situ , semata-mata nak juga merasa sarapan kat tempat viral.
Banyak kali ke Melaka, dan ini pertama kali ako makan kat Roti Canai Kayu Arang ni.
Sedap tak sedap belakang citer. Janji ako dah jejak kat situ haha.
Nak cari parking memang hazab la kat situ. Pepandai la korang parking tepi-tepi jalan berdekatan kedai tu. Kami start beratur 7:30 pagi, lebih kurang 20 minit juga la ako kat barisan atas ni. Mula ingat kan barisan ni just panjang ni je tapi sangkaan ku meleset belaka. Hahaha rupanya kat bumbung biru nun barisan melingkar ke dalam sana oiii!! 😅
OK ni dah sampai kat bahagian bumbung biru tadi. Ada disediakan kerusi bagi mereka yang tak 'larat' macam boodak baju merah tu haha. Eh eh dia ingat dia retis ke, siap tak bagi amek gambo dia😝
Almost sejam juga la kena beratur. Dah ko nak sangat kan sarapan kat situ. Jadi nya bertabah la ye menunggu giliran nya tu😅
Just nak bagitau, hari Rabu diorang TUTUP ye!
OK giliran dah nak sampai dah masa ni. Tengokkan banyak je kusi meja yang kosong tapi ntah nape slow plak orang yang amek order tu :p
Korang kalau dah sampai depan tu, cecepat sket buat order.
Al-maklum kakak yang jaga kaunter tu nak kena tulis manual menu-menu korang, nak kena check kusi mana yang kosong lagi before dia assign meja tu kat korang. Pastu dia nak pass menu yang dia tulis kat orang dapur plak😅 Jadi jangan la merungut ye kena beratur lama.
Menu ni dia dah letak kat board. So korang bole la decide sesiap menu apa nak makan.
Paling senang, bawa kertas sendiri , tulis menu korang, pastu pas kat kakak kaunter tu😆
Cepat dan mudah sket keje kakak tu kan.
Hoyeee....OK dah dapat meja!! Before tu ada plak insiden makcik mana tetiba je main duduk kat meja kitorang. Tak pasti la dia muncul dari mana. Bila kakak kaunter cakap meja yang dia assign tadi memang kosong, kita pun dah pelik. Tetiba plak ada makcik sekeluarga dah duduk meja 24 ni. Tapi jangan risau, kita ngadu kat kakak kaunter. Cakap kat dia meja 24 tu dah ada orang duduk la.
Eh kakak kaunter cakap, "saya dah tengok dan pasti meja 24 tadi memang KOSONG!"
Kita soh la kakak kaunter pi cakap kat makcik tu soh amek nombor😅
Kita paham semua orang pun dah lapar tapi sorry makcik, kita dah sejam lebih perut dok berbunyi-bunyi ni hahaha... Tu kalau kena tunggu lagi, ada yang tetiba Uyum jadi rimau plak kang 😆
DISCLAIMER: MAKAN KAT SITU ATAS KESEDAPAN ANAK TEKAK AKO YE! 😆
Oooo makananan yang jual kat situ bukan hanya roti canai je tau!.
Ada macam-macam ..... Ada gerai-gerai kecil juga.
Ako order cekodok ni. Sedap la juga sebab makan panas-panas kan.
Ako paling suka nasi lemak dia weii...! Memang berasa gila lemak santan nya.
Sambal dia pun memang power pedasa!!
Yang ini sepatut nya order sekali ngan NASI LEMAK AYAM GUNTING, hahha sekali dia ayam gunting kena bayar asing rupanya kat gerai kecil kecil tadi. Tapi jangan risau , korang duduk maintain je kat meja, nanti dia hantar dan bayar terus.
Gini la rupanya tempat bakar roti canai arang tu. Kemain debu-debu arang berterbangan haha..
Untuk makanan yang lain memang cepat je sampai. Tapi nak menunggu dapat makan roti canai ni memang lama la sikit ye.
Roti telur dia texture tebal. AKo suka.... ranggup!
Rori tampal pun not bad juga. Ako tak tau tekak korang macam mana tapi bagi tekak ako dah cukup serasi dah tu! Perfect! haaha
Orang tanya dah pernah makan kat "Roti Canai Arang Batu?"
Of coz ako dapat jawab, "DAH PERNAH n not bad gak rasa nya! Orang lain saya tak tau, citarasa masing-masing tak sama kan😆!" Dan bagi ako berbaloi la ko beratur sampai sejam. Sebab menu pun pelbagai. So takde la korang terkilan sangat kalau roti canai tu tak sedap bagi korang kan :p
Lebih kurang 2 jam juga la kami kat Roti Canai tadi. Kebetulan malam tadi dah contact adik yang kat Batu Pahat tu. Ajak dia join bercuti kat Melaka. Alhadmulilah dia pun ON aje. So, sementara menunggu dia sampai dari BP, dapat la kami bersarapan roti canai dengan aman.😆
Bila adik dah sampai, terus kami berjanji berjumpa kat parking area Bangunan Stadhuys.
Biasa la kan melaka ni mana-mana pun sesak. Alhamduliah dapat juga kami parking kat situ walau berpusu-pusu gak kereta kuar masuk kawasan tu.
Tempat pertama kami adalah ke Muzium Kapal Samudera ni.
First time ako nak masuk situ 😅
Maka nya berjalan la kami dari stadhuys ke muzium tersebut. Tak jauh mana pun.
Rata-rata tiket muzium adalah RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak ye.
Ada 2 bahagian. Bahagian pertama kami masuk ada 3 tingkat ka bawah.
Ako malas nak masuk bilik peta tu, boodak ni dah mengamuk, PANAS! PANAS!
Dah jumpa mana yang berkenan, moh la kita balik.
Next destinasi kami ke Perkampungan Hang Tuah. Perkampungan Hang Tuah ni kat area Sg Duyong. Memang terkluar sket la ye dari kawasan pelancongan.
Sian budak-budak ni, first time main teng teng😅 so kita layan kan aje la walau tengah panas lit lit ni oiii haha.
Dah moh balik... buat korang yang nak datang sini, bole la ke
Tepi kapal selam tu ada jet pejuang. Nak masuk kat ruang dalam tempat memandu tu tak bole plak.
Pastu kami terus memandu ke arah pantai dengan harapan dapat la parking yang dekat ngan jualan-jualan tu. Tapi sudah nya kami dapat parking kat hujung jalan klebang nun. Jadi la sebab dapat gak lepak depan pantai walau area tu dah terlalu banyak sangat ditambak.
Asalnya adik yang join dari Batu Pahat tu tak plan pun nak bermalam kat Melaka.
Ada pameran pasal kapal-kapal yang pernah belayar di perairan Selat Melaka.
Ada juga pameran meriam yang digunakan sewaktu dulu.
Pastu ada la juga tempat menyimpan harta karun. Eh eh tempat menyimpan barang dagangan😅
Macam-macam cerita ada dalam tu. Kenal "Alfonso De Albuquerque?" Penjajah yang merampas kota melaka. Boleh gugel baca sejarah beliau k.
Bilik peta ni tempat diorang tengok laut, tengok peta, pastu diorang tengok laut lagi pastu bandingkan plak dalam peta 😆
Eh eh dia ni, dah nama pun kita kat Melaka, harus la merasa panas berdeting, panas melekit semua😆
Kita suruh dia naik atas sekali kat kapal tu, dia dah malas!!
Tapi seriau gak oii naik tangga tu, rasa cam nak terjatuh kalau tengok ke bawah.
Dek paling atas sekali. Terbayang-bayang camne la orang dulu-dulu dok panjat jaring tu kan kat tengah laut yang bergoyang-goyang dek ombak tu.
Dah puas dok belajar sejarah kapal, dan camne Melaka mula sibuk dengan pedagang-pedagang luar, moh la kita minum kejap.
Berhadapan dengan muzium samudera tu korang bole nampak Medan Selera dan Craft Center.
Bole la sejuk kan tekak kejap sambil cuci mata.
Pelbagai jenis jualan ada. Nak cari cenderamata pun bole kat sini.
Selain korang bole pegi ke Dataran Pahlawan, kat sini pun apa kurang nya.
Produk kraf dari Melaka, banyak dan mudah didapati kat sini juga.
Cuci mata sambil cari hadiah untuk korang hahha... (untuk pengomen tegar blog ni😁)
Boodak baju merah tu tak nak balik selagi tak dapat naik beca! Terpaksa la MAMA teman dia juga pusing-pusing bandar hilir.
Abam aqeem ngan abam Rayyan pun nak naik juga. Jadi kita kasi chance la kat diorang kan.
Sementara yang lelain tu, moh la kita menunggu diorang kat parking tadi.
Kemain excited boodak tu dapat juga akhirnya naik beca haha....
Jadi la kan RM50 untuk 2 beca. Maybe, hari lain , lain la plak harga kan.
Ako pernah naik malam memang mahal sket , RM50 untuk satu beca je😅
Sebab teringin sangat, so kita tutup mata aje la bagi rezeki kat tukang beca tu kan.
Boodak-boodak yang naik beca sempat lagi bergambar kat area A Famosa.
Kata nya dulu si Tuah ni lahir kat kampung ni. Tak pasti la kesahihan nya ye.
TU yang kerajaan negeri usaha wujudkan perkampungan ni.
Bole la bawa anak-anak korang terutama sekali yang dah start belajar sejarah kat sekolah tu kan....
Eh eh tapi ada ke citer pasal hang tuah dalam buku sejarah sekolah eh? 😅
Sekali pandang cam sama je rumah-rumah replika ni kan. Yang beza nya kebesaran dan keluasan rumah-rumah antara satu sama lain.
Hang Tuah Center / Hang Tuah Museum / Muzium Hang Tuah
Kampung Jambatan Duyong, 75460 Melaka (waze or google map je)
Kampung Jambatan Duyong, 75460 Melaka (waze or google map je)
Tiket masuk : RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak, OKU: FREE
Lepas dah kenyang isi perut, kami terus ke Klebang. Kan hari sebelum nya tak dapat nak jejak Klebang gara-gara jem sesak yang menyesakkan kepala hotak tu kan hahaha.. So memandangkan baru jam 3:30 petang, dengan harapan takde la sesak macam semalam kan, maka nya menuju la kami ke pantai klebang.
Dari perkampungan tu korang kluar balik jalan besar, nanti ada nampak banyak kereta-kereta parking tepi jalan. Ha situ la terletaknya perigi hang tuah plak.
Besar juga perigi ni kalau nak dibandingkan dengan perigi mahsuri.
Sibuk boodak baju merah tu nak tengok perigi.
Kat sini ada jual kuih keria sebiji cam kat limbongan tau!
Tak perlu nak beratur kat limbongan tu, korang datang sini dah bole beli panas-panas lagi.
Aritu menyesal beli sikit sebab takut x sedap sekali bila dah makan, makkk aii nyesal tak beli banyak sebab memang sama sebijik texture dia macam kat limbongan tu. Tapi korang kena datang lepas pukul 2 petang rasa. Sebab masa kami sampai tu dah nak dekat pukul 3 petang dan kuih dia baru hidang panas-panas dari kuali.
Kami lunch area situ gak. Gugel kluar la nama kedai ni, "Asam Pedas Kak Su". Tepi jalan je pun.
Ada macam -macam lauk juga kat sini. Ada ikan bakar, lauk lemak dan goreng-goreng.
So, kalau korang tak makan asam pedas, jangan risau k! Banyak je pilihan lauk pauk yang lain.
Sebelum ke pantai, kami singgah dulu ke Muzium Kapal Selam.
Macam biasa tiket masuk Dewasa RM10, kanak-kanak RM5.
Budak-budak ni excited nampak kuda! Nak naik kuda or kereta kuda ni kena bayar tapi ako lupa plak berapa harga dia😅 Yang pasti harga dia tak mahal.
Jadi la dia pusing satu pusingan padang tu.
Puas la hati memasing dapat juga naik kereta kuda. Nak naik kuda tu tapi macam sian plak nak menampung sorang-sorang punya berat badan kan hahaha... So dapat naik kereta kuda pun dah kira OK la kan😆
Seriously ako nebes oii masuk ke dalam kapal selam ni. Eh bukan nebes tapi sesak napas!!
Rasa macam berdebo-debo jiwa raga. Macam seriau gitu hahah.. Imaginasi ako memang tinggi.
Macam-macam ako rasa hahah... End up, ako tak menikmati sangat pun apa yang ada kat dalam tu.
Rasa nak cepat-cepat je kluar dari perut kapal selam tu.
Terbayang macam mana la kehidupan orang yang bekerja kat dalam kapal tu kan?!
Agak nya sebab tu la ako x ditakdirkan bekerja kat dalam kapal kan.. eh tetiba hahahah 😆
Kot la kan tetiba nak fefeling jadi pilot😅 tapi nan ado la nak merasa nya oii!!
Tengok ghupe kapal selam tu pun dah buat ako seriau hahaha....😅
Apa teruk benor imaginasi ako ni hahaha
Seronok budak-budak ni akhirnya dapat gak main kat gigi pantai...
Eh pantai klebang bole mandi tak eh? Sebab ako tak nampak ada orang mandi manda kat situ😅
Tapi nasib la tak bawa baju mandi, kalau tak konpom si Uyum berkeras nak mandi gak.
Yang mak pak kita rehat-rehat bawah pokok.
Ada disediakan kursi rehat tapi kena bayar tau.
Nanti ada orang datang kutip duit hahhaa...
Before tu bole la pegi beli kudap-kudapan dulu kat warung-warung jualan tepi pantai nun.
Sambil kita rehat-rehat, kita minum makan , nikmat gila wei hahaha!
Satu je masalah area situ, takde toilet!!!
Aishh... So kalau korang terlepak kat bahagian hujung pantai tu sila bawa botol air sendiri untuk cuci-cuci lepas main pasir k.
Plan nya dia datang Melaka balik hari je jadi takde la dia prepare baju sangat.
Alang-alang ako call tanya pihak hotel, ada lagi tak bilik kosong. Dan kebetulan memang ada 1 bilik kosong tapi kena book thru agoda tak bole walk in.
Maka nya segera la kami membuat tempahan melalui agoda. Tapi dijadikan citer, line celcom kat Melaka punya la semput. Berkali-kali nak tekan OK kat agoda tak lepas-lepas. Memasing dah fed-up. Tapi usaha juga la kan sebab sian kat adik tu nak drive balik BP malam tu juga.
Usaha punya usaha akhirnya berjaya juga buat tempahan kat agoda.
Terus kami bergerak ke hotel untuk check in satu lagi bilik tu.
urtusan check in smooth je yang jadi tak smooth, kunci bilik tingkat 5 hilang.
Bilik abin n aqeem!! Puas cari satu kereta or kat tempat parking, kot la tercicir kat situ kan.
Tak jumpa juga!! Ako dah nak jadi SINGA dah ni! hahaha.... Ako budget konpom tercicir masa kami lepak kat klebang tadi. Sebab abin cakap dia just simpan dalam kocek suar dia je.
Memang slalu kunci bilik ako yang akan pegang tapi nak jadi hal punya pasal, abin lupa nak pass kunci kat ako masa kluar pagi tadi. Dah tak pasal-pasal kena bayar RM30 untuk ganti kunci hilang.
Malam dah takde mood nak kluar gi cari makan. Kami order grab food je.
Sementara grab sampai, kami sempat la melepak kat Richiamo Coffee ni dulu.
Selalu nampak korang-korang dok minum kopi ni kan, hahaha dah depan mata , kita pun nak la juga cuba! Lepak punya lepak, grab lambat oii!!
Kekdahnya ako salah pilih restoran.
Tak tahu plak kedai yang kami order ni memang selalu sibuk!!
10:30 malam baru makanan kami sampai....
Arghhh memang dah hilang la selera nak makan kan.😅
Nasib la ako order tak banyak.
Jadi kita pun share-share aje la merasa sorang sikit.
Dah kenyang terus kami Zzzzzzz..... hahaha...
Berakhir la sudah cerita di hari kedua.
So nanti kan ke mana kita esok sebelum pulang ke pangkal jalan...
Sambung nanti k..
Nota Jemari: ada ke hari Melaka tak jam eh??😅
19 Comments
tempat viral gitu la kan kena bertabah nak beratur. kalau makanan sedap berbaloi la tunggu lama.
ReplyDeleteharitu gi melaka singah jugak roti canai kayu arang tu tapi kitaorg sampai pukul 11 hhahaha sarapan apatah pukul 11 tapi takde orang sangat :p
ReplyDeleteBagus betul laaa dapat Mak Sedara macam Retna ni, dah macam Cikgu sekolah bawa murid pergi rombongan tau hahahaha
ReplyDeletehahhahaha
Deletesedap2 makanannya...ada 2 muzium kapal...menarik..
ReplyDeleteMemang tidak boleh mandi pantai Klebang sudah.
ReplyDeleteHehe tempat yang Cik Ako ambil gambar di sama tempat lepak kitorang pergi dengan anak buah Mac hari itu.
Nak elak jem, datang awal-awal pagi ke pantai. Tapi kitorang pun belum makan roti canai arang sebab asyik nampak ramai orang. Jadi asyik tangguh untuk cuba.
astaga kenapa panjang sangat entri ni 🤣🤣🤣
ReplyDeleteroti canai kayu arang tu tak pernah sampai, boleh masuk dalam list la lepas ni..memang nampak sedap makanannya tu dan banyak pulak pilihannya..
muzium samudera tu rasa macam pernah masuk sekali aje dulu masa zaman muda-mudi..dah tua ni amek gambar depan2 dia je kalo ke melaka dengan kengkawan..
wah, seronoknya jenjalan..mcm2 tempat pegi..best best!
ReplyDeleteseronoknya Uyum, dengan cermin mata hitam lagi. Tak makan lagi kat kedai viral tu, tak sanggup beratur. haha. saya suka both muzium samudera dan kapal selam tu. memang hantu muzium lah. aduh tragis kes hilang kad bilik. dahlah lapar, memang kena amuk la dengan Nina ye
ReplyDeletePuas jalan-jalan haaa... banyak tempat dapat cover hari ke-2
ReplyDeletesaya tinggal di batam yang dekat dengan malaysia...saya ingin sekali berkunjung ke malaysia....tapi entah kapan ,,semoga tahun depan
ReplyDeleteMelaka bila je tak jammed ek.. Dulu belajo sana... ada hari kerja jalan pun mesti sesak sikit la... Kalau tak berejam.. tapi tgk tempat.. setakat kwsn kampung.. ok aje sy pergi.. . Banyak gak tempat akak gi.. Kereta kuda tu belum pernah cubaaa. Mcm nak try roti canai tu ha... dua jammm gitu tunggu ek.. hahaaa..
ReplyDeleteSakan berjalan ini... Sha tak pernah sampai lagi Hang Tuah Center tu.. Boleh masuk list ini..
ReplyDeleteMelaka dan asam pedas memang geng..
Pergh!! Panjangnya dia punya barisan.. Kalau lapar memang tak boleh pergi.. Mau jadi singa..
lamanya kena beratur nak dkt sejam, nsib baik mknn dia sedap
ReplyDeleteBestnya dia jalan- jalan ha....seronok anak- anak buah tu semua...SA memang suka kalau nak berjalan- jalan macam ni cuma tu la..sejak Mak Pah tu sakit nikmat berjalan tu dah kurang sebab kena dahulukan keperluan dia kan..nanti nak berjalan macam ni jugak la...nak berjalaan berdua dengan Dania...
ReplyDeleteSA pernah makan kat kedai roti canai tu..memanng macam tu la Ako panjang beraturnya...bayangkan bawak Mak Pah dan Pak Zain...makan kat situ best aje..sebab banyak pilihan kan..kalau nak cepat kena la amik apa yang ada jual kat situ, biasa lama memang sbb roti canai...tapi ok la pengalaman kan..cukup la sekali tu...asal dah merasa...
ReplyDeletejumaat petang melaka memang da start jem tau.
ReplyDeletetak kira la ada cuti panjang ke tidak :)
nak balik keje, ke rumah tu, terasa mcm kat KL ha ha ha ha ha...
aida x pernah sekalipun makan roti canai kat situ.
tau dah viral. sebab tu la tak gi. kena beratur semua bagai, kan.
asben memang la tak suka gi tempat makan kena beratur :) ha ha ha ha...
ntah la bila nak gi merasa situ...
Penuh jadual.. Macam macam tempat jalan jalan. Bestnya..
ReplyDeleteTeringin nak makan roti canai arang tu. Tapi tulah tak sanggup nak beratur tunggu lama. Tempat viral dan rare memang beginilah nasibnya. Mujurlah Uyum tak bertukar lagi tu. hehe..Seronok jalan jalan Melaka ni banyak tempat boleh pergi jalan jalan. Yang tak bestnya kalau cuaca panas sangat. betul tu Kak Ret. kadang pejam mata je bayar mahal beca tu. bukan selalu ada peluang. Alang alang naik lah sekali. Kalau dah penat tu memang tak ingat apa dah. Nak tidur recharge energy untuk jalan esoknya.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com