Assalamualaikum semua!!
Yeehaaa kita dah kembali!
Sorry buat korang tertunggu-tunggu cerita kat sini.
Dah sihat ke? Alhamdulilah walau takde la 100% sihat sepenuhnya tapi so far so good la buat masa ni.
Batuk masih ada saki baki lagi. Yang lelain memang takde yang teruk sangat.
Azab ako sebab batuk yang tak henti-henti je la.
Kalau nak dibandingkan awal kena aritu, batuk yang perit sakit dada tekak semua, now batuk tu cam manja-manja gitu. Sepanjang kena covid tu alhamduliah SPO pun maintain je 98 ke atas. Cuma bacaan blood preasure ako je la yang tak menentu. Itu pun ako x kisah sangat sebab sebelum COVID pun memang bacaan berterabur sikit turun naik nya hahaha.
Selera makan memang bertambah-tambah hahaha...
Takde plak hilang bau atau deria rasa.
Macam-macam plak terasa nak makan.
Selama berkurung dalam bilik, kemain pelbagai mende ako order ngan grab / food panda. 😆
Tarikh 31 Mei 2022, lengkap la 7 hari ako kena kuarantin.
Walau selesai sudah kuarantin nya, virus masih ada lagi dalam badan cuma dah tak membahayakan la kepada sesiapa. Nak tak nak terima aje la virus ni dah sonok menumpang dalam badan kita.
Setakat hari ini, Uyum dan abang aqeem masih sihat lagi.
Semoga budak 2 orang ni terhindar dari virus c19 ni.
Sekarang ni dok risau virus HFMD je la kan.
Dah alang-alang entry pertama bulan ni, meh la kita ucap terima kasih kepada mereka yang dah berjaya menjadi pengomen bulan lepas.
Walau ako tau, hujung-hujung bulan lepas tu tetiba menyepi je kat sini kan, tapi korang tetap juga singgah dan sudi tinggalkan jejak. Insyallah ako akan cuba perbaiki atau perbanyakkan entry untuk bulan Jun ni.
Kepada korang tersenarai kat atas tu, terima kasih dan Tahniah!
Bulan-bulan mendatang, sila jenguk lagi ye hehehe...
OK kali ni ako mau titip hadiah buah SIS LIN, SALBIAH & SYUHADA...
Ha nasib baik yg aritu pun belum pos lagi...
So kita hantar sekali harung la ye 😆😆
Apa-apa pun, ako dah start jenguk korang balik k...
Maybe ada yg ako sempat tinggalkan jejak dan ada yang ako baca tanya komen heheh..!
Semoga kita sentiasa berhubung dan Selamat Hari Raya.... eh eh hahahha
Nota Jemari: Bulan Jun, bulan celebration!


27 Ulasan
Alhamdulillah, dah bertambah sihat, semoga terus sembuh sepenuhnya..
BalasPadamAlhamdulillah, Ako dah sihat. Semoga bertambah kuat dan sembuh batuknya.
BalasPadamEh eh, kita ada masuk carta la. :)
Tahniah kepada semua. mereka blogger yang aktif :)
BalasPadamTahniah kepada top commentators 👏
BalasPadamSemoga cepat pulih sepenuhnya.
Alhamdulillah. Syukur dah kembali sihat.
BalasPadamAlhamdulillah sihat sudah Cik Ako.
BalasPadamTahniah pada mereka yang berjaya.
Biasa Cik Ako, ada turun naik tulis dan komen dalam blog.
yehaaa...tahniah semua!
BalasPadamAlhamdulillah dah kembali sihat.
BalasPadamwahh meriahnya pengomen-pengomen tegar tuu
BalasPadammoga sihat selalu!!
BalasPadamAlhamdulillah.. Welcome back.. :)
BalasPadamTahniah kepada semua top commentator..
Syukur alhamdulillah...dari sehari ke sehari SA nak message tapi tu la..sibuk hari-hari sampai lupa...yeay ako back on track...yihaaaaa
BalasPadamAlhamdulilah... bawa berehat dan makan berkhasiat yaa...
BalasPadamKita je ekk atas, lepas ni taknak komen arr hahahahaha..
Btw thanks awak...
Tahniah kepada yang terpilih.
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamSemoga kembali sihat sepenuhnya
Alhamdulillah! Yeay, bulan Jun mmg dinanti2 hehe #birthdaymonth
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamsemoga pulih sepenuhnya ya
alhamdulillah dah sihat! tahniah semua :)
BalasPadamAlhamdulillah, semoga Kak Ret terus sihat hendaknya. Aamiin... Dan tahniah buat yang terpilih.
BalasPadamsemoga cepat sembuh ako. tahniah kepada yg terpilih
BalasPadamalhamdulillah dh abis kuarantin tp biasa tu post covid..nk2 yg batuk..smpga cpt baik spt sedia kala
BalasPadamAlhamdulillah dah sihat ye.. Betul tu . terima jela Covid tu nak tumpangdalam badan.. Saya pun kurang buat entri.. apa tah lagi bw... o. ooo..dah terkeluar senarai you..
BalasPadamsemoga cepat sembuh ako.. tahniah semuanya muka2 yg kenal
BalasPadamSo good to hear from you again Ako 🤗
BalasPadameh eh ada nama kiter! datang sini nak tanya khabar, tak sangka dapat hadiah. semoga kak Ret diberi kesihatan yang baik
BalasPadamalhamdulillah...syukur sangat akak da habis kuarantin..moga semakin sihat lepas ni..ameen
BalasPadamtahnia semua urang urang :)
BalasPadamkamu urang memang terbaik!
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com