Lama nya tak citer pasal korean drama kat sini kan.
Padahal hari-hari WAJIB ngadap VIU or NETFLIX!
Wajib tengok drama-drama korea sebelum tido.
Baru-baru ni terlayan satu drama lama tahun 2018 tajuk "Something in The Rain".

Sumber: Netflix

Mula nya macam malas nak amek port drama yang satu ni.
Tapi sebab dah takde drama lain, maka nya kita pun layan la episod pertama.
Eh sekali tengok macam menarik!! Terus layan episod seterusnya dan seterusnya hahaha...!
Hero ni memang ako suka sangat sebab muka dia comel n sweet especially part dia senyum tu 😍😍
Heroin dia plak bini si Hyun Bin. So ok la heroin ni tak jemu mata memandang kan.

Cerita pasal persahabatan.

Yoon Jin A (Son Ye Jin) adalah seorang perempuan berusia 30-an. Dia merupakan Supervisor di sebuah syarikat kopi.

Sementara itu, Seo Joon Hee (Jung Hae In) ialah seorang lelaki dalam lingkungan 20-an. Seo Joon Hee ialah adik kepada kawan baik Yoon Jin A. Dia seorang animator permainan video. Seo Joon Hee kembali ke Korea selepas menamatkan pendidikannya di luar negara. Kedua-duanya kemudian jatuh cinta. Sehingga akhirnya mereka mendedahkan hubungan cinta mereka.

Tak tahu kenapa ako rasa citer ni sangat la sweet hahaha!!
Ke sebab ako terbayangkan someone yang umur macam ako tetiba bercinta ngan orang yang umur 20 tahun...Llife diorang walau ada halangan, tapi nampak macam indah aje ...

Jalan citer dia ekceli simple je. Dah bole agak tapi sebab ako nak tengok citer yang ringan n sweet2 kan, tu yang ako layan. Nasib la citer best plus hero n heroin pun CUN!!

Kalau korang rasa nak layan drama yang ringan-ringan , bole la masukkan drama ni dalam list korang!
Selamat menonton!

Nota Jemari: Belum tengok ending lagi... debor plak nak layan sampai habis😆