Jom sambung cuti cuti raya ke Langkawi tempoh hari.


Touch down je, settlekan urusan transport semua, terus kami ke Oriental Village.
Kali ni abang ipar yang drive so ako malas nak masuk campur urusan navi kan.
Biar bini dia uruskan carian tempat-tempat nak pegi. hahaha kita kat belakang semua kasi rehatkan badan. Tau-tau sampai je destinasi pilihan.



Sekali dia salah jalan daaaaaa.......!! Sampai ke Datai pigi nya.
Tak pernah-pernah ako jejak area Datai ni tau.
Ada padang golf rupanya kat Langkawi ye hhaha...
Tapi area ni punya la jauh oiii!!
Patut dari simpang tiga yang ada kapal-kapal tu kita belok kiri untuk ke area cable car tapi pandai sangat kakak ako ni ikut map, di belok nya kanan. Tak pasal-pasal kita dah buang masa setengah jam tau!!

Ako dah hangin je ngan laki bini ni hahaha..
Dah le kat airport pun buang masa nak dekat 30 minit gak dok nak setelkan point MH dia.. ermm... ok malas citer part tu.


Sampai cable car dah tengahari oiii!! padahal bole je sampai situ dalam kul 11 pagi. Memandangkan ako dah sesiap book online je tiket entrance ni dari klook.com, so terus la ako tukar dl tiket kat mana-mana kaunter. Sementara yang lain dok gi cari tempat makan dulu. Dah tengahri kan, budak-budak dah merengek lapar je.


Dah kenyang, tiket dah redeem, ha moh lekas naik cable car.
Masa ni memang tak ramai la orang kan.
Semua pun dah terpacak kat atas puncak mat cincang😅


Ikutkan ako dah malas nak jejak sini oii...
Tiap kali ke langkawi pun tetap nak naik cable car ni.
Tak tau la apa motif, padahal bukan ada apa pun hahaha...

Nasib baik la orang tak ramai.
Kalau ramai memang hazab nya nak tunggu giliran beratur panas panas tu oii.


Kali ni kami tak mendakit macam tahun lepas. Nasib baik la lif skybridge ni dah berfungsi.
Tapi biasa la kan, kat sini agak ramai la kena tunggu giliran ye. Lif ni tak silap bole masuk pun x sampai 10 org. Bayangkan kalau badan sorang-sorang dah macam tong air, hahah ko ghase nak masuk padat-padat??? Memang lemas la oiii!!😅







 Orait kali ni sampai skybridge dengan lengang kangkung, takde penat-penat hiking... lutut pun xde longlai macam tahun lepas hahahaha...
Cuma gayat tu memasing masih ada lagi la ye. Terutama boodak demok sorang tu. 😆


Kali ni kami tak masuk pun belah 4D art tu. Masa suntuk plak, dengan hujan je lagi tiba-tiba.
Jadi kami decide, lepas cable car terus ke skyRex.


Selesai dengan skyrex terus kami balik.
Dah melekit-lekit sangat rasa badan.
Tapi sebelum balik, kami sempat singgah ke Billion supermarket sebab nak beli sedikit barang-barang keperluan dapur. Al-maklum, bercuti time raya ni ofcoz tak banyak sangat kedai makan yang buka kan. Tu yang kami perlu sedikit bekalan untuk letak kat resort.


Dah beli barang-barang kat pekan Kuah, moh le kita check-in Sri Kijang BNM Resort kat area Cenang.


Kalau sebelum ni ako stay kat chalet Kenanga 2 tapi kali ni ako amek chalet cempaka kuning. View best menghadap laut.


Cempaka kuning ni besar sikit berbanding ngan kenanga.
Ada 2 ruang tamu. Masuk masuk je dah jumpa ruang tamu pertama.


Ini plak ruang tamu kedua.
Ekceli dalam setiap bilik pun ada tibi. So tibi kat ruang tamu ni memang jarang la di ON.


Ruang makan.


Full view ruang tamu kedua bersambung dengan ruang makan.


View dapur dari ruang makan. Terpisah oleh tingkap je.


Kat dapur ni lengkap semua ada, microwave, mesin basuh, dryer, oven pun ada.



Dulu-dulu takde buah tangan ni... Sejak tukar management, kemain dia provide minuman tin serta buah-buahan ni. 


Sisi kiri dapur, Antara stok makanan yang kitorang bawa dari KL hahaha... Aritu Kak Mim cakap, banyak betul bag kan. Ha ha salah satu bag tu memang penuh kami isi makanan i.e sambal dah buat sesiap dari KL. Ye la raya kedua memang susah sket nak cari kedai makan. Ada tu memang ada cuma servis slow la kan sebab orang terlalu ramai menuju kedai tu je. So nak mudah dan jimat, kita plan masak je la kat resort tu.


Taman di tengah-tengah.


So kira ko masuk je jumpa bilik keliling nanti bersambung dengan ruang tamu sebelah sana dan juga dapur.



Bilik ada 4 kat Cempaka Kuning ni. Setiap bilik lengkap ngan toilet sendiri, tibi dan meja solek, katil queen size, pastu ada beranda juga.


View laut...... pepagi memang best lepak tengok laut ni.




Diorang ni tak sabar dah nak terjun kolam. Biasa la kan aktiviti wajib ni kalau tempat tu ada kolam.
Raya kedua ni memang takde orang sangat stay sini. Yang ada 2 family je. Family kitorang ngan ada satu couple cina hehehe... So puas la diorang ni conquer kolam , rendam lelama.


Ini la rupa chalet kitorang. View sisi tu bilik-bilik kami tu.


Kluar bilik je dah nampak kolam. Memang dekat la sangat kalau banding ngan chalet kenanga.



View chalet-chalet yang lain.


Heaven mandi pool time ni. Yang ada tukang kebun ngan tukang cuci je hahahha....
Sonok nya lepak langkawi ni sebab resort yang best je la...!
Next time kalau datang lagi, kita try seroja plak ye.
 Eh lupa seroja dah pernah try masa cuti-cuti ngan sis lin soploh tahun yang lepas kan lin ahhaha😅

Nota Jemari: sayang nya resort ni hanya untuk staf sahaja tapi kalau korang ke cenang, korang bole susur pantai cenang akan nampak rsort ni dari pantai :)