Raya ke-2.
Seawal jam 2:30 pagi dah bangun.
Macam biasa, yang terlebih excited harus si Uyum.
Senang je kejut dia bangun. Tak sabar nak naik kapal torobang katanya.
Kenapa bangun awal sangat?
Flight kami jam 9:30 pagi.
Baca kat website MAS, dinasihatkan supaya sampai ke KLIA 4 jam lebih awal dari masa penerbangan.
2:30 pagi bangun.... amek masa sejam gak untuk 5 orang bersiap.
3:45 pagi semua dah ready. Tunggu van datang pickup dalam pulu 4 pagi.
Perjalanan lebih kurang sejam. So just nice sampai KLIA jam 5 pagi gitu.
Alhamdulilah perjalanan dari Sentul ke KLIA lancar je.
Biasa la dalam van memasing dah membuta dulu. So bila sampai je KLIA, semua dah segar bugar.
Tak nak buang masa, ako terus ke kioks untuk print boarding pass dan tag bag. Awal-awal kita dah web check-in so urusan check in bag sangat lancar.
Cuma tips dari ako, kalau naik MAS automatik kita akan dapat 20kg luggage seorang. So, total kami 5 beranak jadi 100kg la kan. Tapi if korang check in kat kioks (print boarding dan tag), pastikan korang letak bag untuk check in tu atas nama seorang or dua orang sahaja. Ini kerana, kat kioks walau total kg yang kita ada 100 kg tapi dia takkan accumulate 100kg tu. Dia hanya akan indicate 20kg sahaja setiap orang. Kesimpulan nya, kalau kornag rasa bag tu dah terlebih 20kg, better korang gi je kaunter check-in manually.
Selesai urusan check-in, apa lagi jom la kita sarapan dulu.
Awal pagi menu pun tak banyak. Tapi pelanggan punya la ramai. Nak cari tempat kosong pun kena menunggu giliran. Kedai tak banyak sangat buka. So kita makan aje la apa yang ada kan.
Sesambil tunggu makanan, bole la ke surau dulu untuk solat subuh.
Adoii lupa betul nama kedai makan ni. Berdekatan dengan 7-eleven, sebelah 7-e tu ada lorong ke surau.
Dah kenyang, moh kita kita masuk ke balai berlepas. Kita mampu usha-usha je la ye barangan kat situ. Nak beli cekelat, nanti kat langkawi nak borong sakan juga kan. 😂
Kemain dia excited tau! Padahal tahun lepas pun dah naik kapal torobang juga kan.
Ada sekali tu dia minta naik kapal terbang gi Korea.... adoiyai.. yang itu tunggu la Nina dapat duit terpijak bawa uyum dan abang-abang ye hahaha... amin!!
Mula sampai kat gate perlepasan ni ingat kan kitorang je family melayu yang akan terbang ke Langkawi. Rupanya ramai juga yang pergi bercuti time-time raya ni eh.😅
Boodak dua orang tu dah tak sabar nak terbang.
Ingat dulu kali pertama Uyum dan Imran ke Langkawi sama-sama?
[baca sini : Family Trip 2019 : Langkawi , Family Trip 2019 : Langkawi Last day]
OK Uyum dah pernah naik AA & Malindo.
So kali ni peluangn Uyum naik MAS plak ye.
Hahahha kacang yang menjadi kegilaan....
Pernah ako terbaca, ada yang sanggup beli kacang-kacang MAS ni.
Adoii macam la kat bawah takde jual kacang kan😅
Ingat tak dulu dia ni turun kapal terbang je hentak2 kaki, melalak.
Ako dah cuak gak, kot la tetiba dia buat perangai masa kecik kecik dulu tu kan.
Muka tu dah ada tanda-tanda nak buat perangai gak tu.
Rupanya dia cakap, "panas la Nina! asyik nak gambar je...!"
Hahhahaa.... terus nina tala henpon tempat lain 😅
Hoyeee alhadmulilah kali ketiga Uyum jejak Langkawi ni.
Kali ni aktiviti Uyum di Langkawi lain sket ye. So, tunggu apa aktiviti yang Uyum dah buat kat sana 😉
Tukang amek bag! Tukang tolak Troli.
Kami book Serena kali ni. Ramai penumpang la katakan.
Macam biasa, urusan transport, abang ipar yang handle.
Langkawi, Kami datang lagi!!
Nantikan sambungan cuti-cuti raya kami ye 😁
Nota Jemari: tahun depan kita cuti-cuti ajak paksu fir sekeluarga plak k





















20 Comments
Selamat bercuti
ReplyDeletebestnya beraya ke Langkawi, mesti tak ramai orang kan. Selamat Bercuti : )
ReplyDeletewahh..cuti² di Langkawi...
ReplyDeleteada org dpt satu plastik besar salted peanut MAS..siap up kat medsos..
Wah... bercuti di Langkawi. Naik kapal terobang lagi. Ye la, saya pun perasan, ramai orang hari raya pergi holiday. Parking nak pi Pangkor pun penuh sokmo.
ReplyDeletewahhh, raya p bercuti. Macam best aje kan. Enjoy your trip Uyum! Borong cekelat banyak tau.
ReplyDeleteSelamat bercuti Uyum & Fam! Uyum jangan lupa beli cekelat utk aunty tau :D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya juga buat Ako sekeluarga 🌜⭐ Baru sempat nak ziarah raya:D
byknya luggage!! hihi... mmg bercuti sakan ni.. masih kt langkawi ke tu uyum? hehehe
ReplyDeleteAmboi dia, raya 2 dah sampai Langkawi.
ReplyDeleteSeronoknya…cuti raya di Langkawi!
ReplyDeleteKacang MAS tu ada jual online. Tapi setiap kali MAS buka jualan, kejap je licin!
Seronok ke time raya pergi bercuti? Mesti Uyum happy sangat tu kan dah dapat naik kapal terbang.
ReplyDeleteMrs. A tengok ramai juga retis time raya depa gi bercuti heheheee...
Sakan pergi Langkawi. Berapa hari di sana ya?
ReplyDeleteSelamat terbang ke Langkawi
ReplyDeletewah bestnya..raya sampai ke langkawi yer.... best best!
ReplyDeletejauhh uyum beraya
ReplyDeletebestnya langkawi tmpt yg ciknur berangan nk pegi
seronoknya ramai2 bercuti...bukan Uyum je excited nak pergi holiday kalau acik pun mau tak lena tido haha
ReplyDeleteSalted peanut MAS itu memang enak lah 😂. Saya selalu suka naik mas Krn ada kacang 😄.
ReplyDeleteSeru nampaknya cuti kali ini kak. Tak sabar nunggu cerita full nya. Terutama uyum niih 😄
wah seronoknya pi bercuti...aunty pun lama x pi holiday gak. tgk uyum pi holiday ni, tetiber rasa nak usyar tiket kapal terobang jugak..hehe...
ReplyDeleteWahhhh... bestnya raya gi holiday. Masa ni lah semua available kan untuk bercuti.
ReplyDeletesempat tgk lima tak? hehehe... dpt 20kg apa benda yg borong tu
ReplyDeleteseronoknya bercuti ramai2 camni kan.. mama punye post langkawi x sempat lagi nak up
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com