Queenmaker - Netflix
11 Episod je
Antara top 10 drama 2023 kat Netflix sekarang ni.
Best oiii drama ni!
Walau pelakon takde la cantek or hensom sangat tapi jalan citer dia sangat menarik.

Wajib tonton tau!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Drama bertemakan politik ini mengisahkan tentang Hwang Do Hee (Kim Hee Ae) seorang pengurus besar untuk pasukan perancangan strategik di Eunsung Group.

Dia pandai mengendalikan pendapat umum. Dia mengendalikan kes yang menyusahkan syarikat dan dia sangat dipercayai oleh majikannya.


Suatu hari, dia menyertai kempen Oh Kyung Sook (Moon So Ri) untuk menjadi Datuk Bandar Seoul. Oh Kyung Sook ialah seorang peguam hak asasi manusia, yang sering menentang Kumpulan Eunsung.

Dia memutuskan untuk bertanding jawatan Datuk Bandar dengan tujuan memperjuangkan yang lemah.

Semasa pilihan raya, Oh Kyung Sook dan Hwang Do Hee sering bergaduh dengan pendapat yang berbeza, tetapi mereka berjuang untuk matlamat akhir yang sama.

Selain dibintangi oleh Kim Hee Ae dan Moon So Ri, drama arahan Oh Jin Seok ini turut dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal Korea Selatan.

Mereka termasuk Seo Yi Sook, Ok Ja Yeon, Ryu Soo Young, Lee Kyoung Young, Kim Tae Hoon, Ki Do Hoon, Kim Sun Yong, hingga Park Sang Hoon.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baca sinopsis macam tak menarik kan sebab tema utama dia ialah 'politik' tapi sila tengok dulu baru korang boleh compare antara drama korea yang lain dari yang lain.

Nota Jemari: Lama tak review drama korea kan hahaha...! Ada je ni, latest drama is "Doctor Cha"😍