Ipoh Trip Day 1

Masih lagi di hari ke-2 Jejak Sejarah Ipoh. Selepas kami selesai membeli kekacang di Kampung Kacang Putih, kami decide untuk ke area Batu Gajah. Perjalanan ke sana lebih kurang dalam 30 ke 40 minit dengan kereta. Sepanjang perjalanan ke sana takde yang menarik sangat, kiri kanan penuh dengan pokok-pokok je. Cuaca memang sangat panas ketika itu. Beberapa kali asyik menguap aje sepanjang pemanduan. Nak berhenti tepi jalan pun takde sangat gerai-gerai yang jual air atau makanan. Ada lah sesekali masuk area kampung tapi nak ke area pekan tu dah macam out of way gitu. So bertabah aje la sepanjang drive ke Tanjung Tualang ni.

Apa ada kat Tanjung Tualang tu??

Ha pernah dengar kapal korek? Pernah dengar bijih timah? Sejarah menyatakan bijih timah banyak dijumpai di negeri Perak. Dari sebab bijih timahlah ramai taukeh Cina yang kaya raya — bukan saja sebab lombongnya, tapi juga disebabkan bisnes tepinya (candu, pelacuran, kongsi gelap dan judi) yang terhasil dari berpusu-pusunya pendatang cina masuk ke Malaya.

Tanjung Tualang terletaknya Muzium Kapal Korek yang menjadi warisan Sejarah di Negeri Perak ketika ini. Orang-orang Perak khususnya kena berbangga tau sebab masih wujud lagi salah satu Kapal Korek yang pernah digunakan ketika suatu masa dahulu. 

Cop, ako memang tak minat sejarah. Seriously cakap citer bab bab sejarah ni memang ako FAIL. hahaha.. walau ilmu sejarah bab-bab kapal korek bijih timah ni tak melekat sangat dalam kepala hotak. Hhahaha tapi tetap la gigih nak tau juga camne la ghopenya kapal korek yang menjadi tempat mereka mencari nafkah suatu ketika dulu.


Kenapa no 5?? Sebab ini adalah kapal korek yang ke-5 yang masih wujud , yang masih dijaga dan dijadikan muzium untuk korang semua belajar dan mendapatkan ilmu tentang bijih timah dan kapal korek.

Tempat terakhir kapal korek ni ditempatkan adalah di Tanjung Tualang.


Harga tiket ketika itu. Kami amek combo sebab nak masuk dan merasai sendiri berada di atas kapal korek.

Tour slot : 9:30 am | 10:30 am | 11:30 am | 12:30 pm | 1:30 pm | 2:30 pm | 3:30 pm | 4:30 pm

.: posing dulu depan kapal korek no.5 :.


Sementara nak tunggu giliran masuk kapal korek, korang bole la melawat sekitar kawasan dulu. Ada maze , yang ini kecil je maze dia. Tapi fun la juga.


Lepas tu jalan ke hadapan lagi ada kawasan yang penuh dengan kambing biri-biri. Kat sini ada tempat rehat, taman permainan untuk anak-anak korang, dan juga tempat games. Sini juga terletaknya maze besar sket yang korang boleh main untuk dapatkan hadiah.


Masa kat jambatan ni nanti ada pekerja yang akan bagi kita poskad tau. Korang bole la amek satu, tulis alamat korang. Nanti ada satu maze yang korang kena cari peti surat untuk masukkan poskad tadi. Kat sini la ramai sesat nak cari peti surat tu hahaha.. Berulang-ulang kitorang pusing tempat yang sama je. Sudahnya kami ramai-ramai follow je orang paling depan untuk cari jalan kluar 😅







Boleh posing-posing dulu kat kawasan ni. Cantek tau view kat sini. Masa kami datang tu ada la pengantin buat photoshoot kat situ.

Boleh bagi kambing tu makan... Jinak dan rakus biri-biri tu semua hahaha.. Pantang nampak orang pegang plastik makanan dia, terus dikerumuni nya kita.







Redup je kat area ni kan. Kalau tak dek nak kejar masa untuk Tour kapal korek, confirm lama lagi kami lepak kat situ. 



Ini lah tujuan kita masuk maze yang satu ni sebab nak cari peti surat. Setiap station dalam maze tu macam-macam ada. Selain misi mencari peti surat, dalam masa yang sama korang boleh la singgah setiap station dan baca info info yang diorang share kat situ.

Ekceli kalau betul betul korang ikut map, memang bole jumpa jalan keluar dengan mudah tapi bila dah masuk jadi macam pening plak. Haha rasa macam tak cam jalan, dengan orang ramai nya. Masalah nya diorang pun sesat tak jumpa jalan keluar gak hahaha.



Misi akhirnya berjaya bila Uyum ngan abang Aqeem berjaya jumpa kedudukan peti surat ni. Kemain excited memasing macam menang loteri hahaha.


Dan ini lah poskad yang dipos tempoh hari, selamat mendarat kat rumah awal bulan aritu. Hahahah bapak lama nak tunggu poskad ni sampai.


Ok it's time naik kapal korek plak! Tapi sebelum tu sila dapatkan topi keselamatan dan kena daftar kat pondok khas yang disediakan. MAMA tak join masuk dalam so dia melepak aje la kat bawah pokok menunggu kami.




Steady semua khusyuk mendengar penerangan daripada pegawai bertugas. Masa ni la dia cerita sejarah kapal korek dan fungsi setiap sudut dalam kapal korek ni.

Good pembelajaran dan sangat sesuai untuk anak anak korang yang tengah belajar sejarah bab bab bijih timah ni (ako pun lupa subjek tingkatan berapa).





Kapal korek no 5 ni kapal korek yang dah dimodenkan dari guna arang ke elektrik. Rupanya kapal korek ni ada lagi ruang ke bawah tau. Bayang kan lombong bijih ni berapa dalam kedalaman nya. 



Khusyuk betul boodak ni sampai senget benget topi tu hahah. Bukti Uyum dah naik kapal korek. Lepas ni kalau cikgu tanya, uyum bole la jawab kan hahaha😆


Berakhir sudah misi kami. Yeehaaaaa kami sudah! Anda bila lagi?

Ini saja la kapak korek yang masih ada. Yang kat Dengkil tu tak tau apa khabar nya. Dengar citer kerajaan Selangor sedang cuba untuk menjadikan kapal korek kat Dengkil tu seperti yang di Perak. So kita tunggu je la ... wallahualam.



Sebelum pulang ke Ipoh kami singgah dulu mencari Mi Udang Kak Jah eh silap Mi Udang Batu Gajah. dengar nya area situ memang femes tau dengan mi udang.

Maaf ye gambar mi nya tak sempat nak snap dek kerna kelaparan dan kehausan yang melampau hahahaa... 


Tanjung Tualang Tin Fredge No 5
Muzium Warisan Kapal Korek merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. 
Muzium Warisan Kapal Korek terletak di Batu Gajah, Perak
9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah

Nota Jemari:  😁 Jangan lupa GA by Uyum masih berlansung ye -- > https://anakomak6.blogspot.com/2023/04/giveaway-raya-gift-by-uyum-2023.html