Tak sempat nak share percutian ke Ipoh bulan Disember tahun lepas. Mari lah kita update memori 'campak belakang' untuk kenangan di masa-masa hadapan hahah.

Cuti sekolah kan, so memasing mula la buat planning. Of coz nina la kena jadi ketua kapla untuk segala planning kan hahah..


Nak elakkan jam kat highway, sesudah subuh kami dah kluar rumah.
Kali ni konon nya nak target sarapan di Ipoh terus.
Alhamdulilah perjalanan kami lancar.


Tepat jam 10 pagi kami sampai Ipoh, terus je menuju ke Kedai Dimsum Canning ni.
First time nak cuba, bila baca review ramai yang cakap dimsum dia sedap.
Jadi nya moh la kita cuba juga ye.

Terletak di Taman Canning, memang senang je nak cari. 
Canning Dimsum
1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning,
31400 Ipoh, Perak
Waktu operasi: 7:30 pagi hingga 330 petang (tutup hari Rabu)


Kedai ni ada HALAL JAKIM ye.
Masa kami sampai tu punya la ramai orang dok menunggu kat luar.
Rupanya kena amek nombor giliran dulu.
Nanti bila dah ada tempat kosong, staf akan penggil mengikut giliran memasing.
Walau ko tengok ramai je orang tapi tak lama pun kena menunggu.
Sambil menunggu tu, boleh la posing-posing dulu. Banyak tempat untuk bergambar kat luar kedai tu.




Menyeberang sana tu la Kedai makan Hollywood yang femes gak tapi kat situ lagi ramai orang beratur oii. Ako tengok tempat dia memang padat. Hahaha parking memang susah gak so pandai-pandai la korang cari parking. Polis sentiasa je round kat situ. Silap parking, memang dapat surat saman la gayanya.



Konsep makan kat situ, amek nombor, tunggu giliran, nanti diorang panggil bila dah ada meja kosong pastu diorang akan datang ke meja kita sekali dengan pelbagai jenis dimsum. Masa ni la korang bole pilih terus dimsum apa yang korang rasa nak makan. Jangan risau, kalau tak cukup pekerja kat situ akan round lagi bawa dimsum-dimsum yang lain plak. So memang tak perlu nak tunggu lama. Patut la orang cakap kalau makan kat situ 30-40 minit pun dah cukup. 😅



Selain dimsum, ada jual menu kaki ayam. Ini antara pebret Uyum ngan MAMA dia. Ako pulak bukan peminat kaki ayam. 😅


Dah kenyang seterusnya kami ke Kong Heng Square. Femes tempat ni. Tempat wajib singgah kalau korang dah sampai kat Ipoh ni. 



Kat sini ada jual cenderahati. Tempat ni ekceli takde la besar mana pun tapi bole la buat snap ootd ke, lepak minum minum ke sambil cuci mata tengok gelagat orang hahaha..

Eh sini ada hotel juga tau! Tapi macam scary plak kalau stay kat sini 😅





The femes ice ball kat BIT BOBs ada jual kat Kong Heng Square ni.
Masa dulu ako gi kedai ni tutup , jadi kali ni bila nampak je buka memang tak lepaskan untuk beli ais kepal. Kita pilih semua perisa je la. Hahah kena beli satu sudah, jenuh nak menghabiskan kalau makan sorang-sorang.


Tak tau kenapa orang ramai berebut-rebut nak ootd kat area ni. Kita pun soh la abang aqeem pose juga hahah tapi hasilnya macam scary plak pokok pokok terjuntai tu haha


Ada gak tempat kau kunci hatimu di dalam hati ku hahaha
Tapi takde semeriah macam kat Korea! Eh tetiba teringat kampung luar negara kita, ok omma appa tunggu kepulangan daku😆



Pose aje la kan. Alang-alang dah sampai.


Kitorang google muzium Yasmin Ahmad. Eh dekat je dengan Kong Heng Square, betul-betul kat belah belakang square tu. Muzium ni terletak kat dalam kedai buku. So, korang jangan pelik plak kalau tak jumpa pintu masuk muzium sebab muzium nya terletak kat bahagian bawah kedai.



Nampak sign ni sila turun lagi ke bawah.
Nampak gambar Yasmin Ahmad ni makna nya dah betul la tu.






Ada 3 bilik tak silap ako, satu bilik penuh dengn buku-buku.
satu lagi bilik replika bilik tempat Yasmin mencari ilham.
Satu lagi bilik pun tak silap penuh dengan buku buku juga. hahhaa lupa plak al maklum dah lama pegi sampai ingat ingat lupa keadaan kat situ.




Bahagian atas memang banyak buku-buku juga la kan, dah nama pun kedai buku.




Tak tau nape ako rasa macam scary je hehehe...
Nasib baik la ramai yang berkunjung ke bawah tu, kalau tak rasa macam sesak nafas kot.



Lunch time kita di Ipoh Hainan Chicken Rice. Bila gugel, ini juga salah satu tempat makan yang wajib kita cuba. 


Padat.... ! Memang ramai je orang makan kat situ. Makanan sedap cuma servis slow sket. Mungkin sebab orang tengah ramai ketika itu agaknya. Nasib baik la makanan nya sedap dah menyelerakan.






Kitorang order menu set je untuk 4 orang makan.
Ayam untuk nasi ayam memang fresh.
Kadang ako kurang gemar ayam yang terlalu lama direbus / lembik.
Yang ini memang crunchy dan kuew teow pun superb sedap! Ako dah le sejenis yang kurang gemar makan kue teow goreng. Tapi yang kat situ memang menepati citarasa tekak yang satu ni 😅


Check Sri Malaysia je. Ingat kan tak ramai orang, sekali penuh juga hotel ni. emm


Family room - 2 double bed, luas juga la sebab bole bentang tilam 'air matress' si uyum


Aktiviti wajib bila dah check in, terjun kolam.
Panas terik memang kosong aje la kolam tu kan.
Uyum ngan abang aqeem je yang suka terjun kolam time matahari terik 😅


Petang plak kami ke "Mee Daud Mat Jasak".
Konon nak lepak minum petang la gitu.
Sekali sampai sampai, mak aii panjang nya barisan!!



Kat sini memang bertabah la kena tunggu giliran. Tempat makan nya limited.






Ini lah antara menu yang kami order kat situ.
Sila la cuba!
Sedap tak sedap, korang kena la rasai nya sendiri 🙊🙈

Mee Daud Mat Jasak
No 2, Jalan Dato Onn Jaafar, 
Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Contact No :  019-441 0096
Waktu operasi 3:30 petang - 9:00 malam (setiap hari, ahad tutup)



Malam balik hotel, eh diorang buat jualan supper la.
Allah! Rezeki makan lepak - lepak lagi.
Hhahaha.... Ini baru orang cakap Jalan-jalan Cari Makan.
Kat ruang tengah tu siap pihak hotel buka kan skrin projektor Filem Mat Kilau.
Walau kitorang dah tengok kat wayang tetap la nak join crowd kat situ layan filem tu lagi hahaa...



Masa ni belum ramai lagi join. Tak lama lepas tu pihak hotel buka lagi meja dan kusi sebab ramai plak yang tido lewat malam tu hahaha... semua pun excited nak lepak reramai kat bawah tu. 





Kemain menu supper kitorang kan 😅

Korang rasa dengan macam-macam kitorang melantak seharian tu boleh ke kitorang tido??

Nota Jemari: psstt tido tetap tido hahah