Inilah salah satu tujuan UTAMA kami ke Ipoh hahaha.. Memandangkan dah pernah pegi waktu siang, jadinya kali ni kami plan nak try yang Night Hot Spring la plak. Tiket awal-awal lagi dah beli dari klook.com. Redeem pun mudah je kat kaunter. Boleh la korang sampai dalam pukul 6:30 petang, just nice je. Memang agak ramai juga manosia time tu. Al-maklum cuti awal tahun kan.
Dah masuk, cari locker dulu, tukar baju baru la kita pose! Masa ni nak cari tempat melepak memang susah sket sebab rata-rata semua sudut pun dah penuh je.
Ipoh Street ni lah food court kat situ. Konsep nya, korang kena beratur bayar dulu kat kaunter, mention korang nak gerai no berapa, makanan apa, dah order terus bayar. Pastu resit tu korang kena la pi hantar sendiri kat gerai gerai yang korang dah mention tadi. Kat sini semuanya cashless so pastikan korang dah reload tiket korang banyak2 sket. Jangan risau, nanti nak kluar bole minta refund kalau ada lebihan.
Harga macam biasa memang agak pricey la sket.
Ada banyak jenis pool juga kat sini. Baby pool pun diorang masuk gak 😅
Sini pun ada slide juga tapi tak banyak la. Jangan risau pool dia memang banyak tapi ye la nak cari ruang kosong kena pandai pandai la sebab manosia memang mana mana sudut pun ada hahaha..
Foot spa pun ada tapi panas tu satu, yang tak tahan sebab dalam tu penuh dengan batu batu spa. sakit oiiii!!! Hahaa.. Baru gerak 2 3 langkah ako dah surrender. Inikan plak nak buat satu pusingan kat situ. Kita mampu tengok je la celup2 air kat tepi.
Lewat malam ada Pertunjukkan api. Show ni yang ramai dok tunggu. Budak budak memang excited sangat.
Last sebelum balik, boleh la bergambar dengan abang-abang api hhaha...
Lost World of Tambun Night Hot Spring ni memang best tapi rasa nya kalau nak lagi best boleh la beli tiket satu hari, pegi siang dan malam. Bertambah-tambah berbaloi rasanya hehehe...
Bagi kami ini pun dah mencukupi... dapat bawa diorang mandi-manda, acara kesukaan diorang gak ni. Mungkin lain kali bole ajak Paksu Fir sekeluarga plak kan, insyallah!
Sebelum balik hotel, kami pusing-pusing dulu kat area Riverside ni. Konon nak cari supper la kan. Nampak bercahaya je kat situ, ah jom la kita tinjau dulu. Kot la ada lagi kedai kedai kopi yang masih dibuka.
Menyeberang jambatan tu ada Amuesement Park la. Bole la bawa anak-anak korang melepak kat situ. Kedai makan ada tapi dah tutup plak masa kami sampai.
Boleh la cuci-cuci mata layan budak-budak main kereta kontrol ni. Tapi jangan cakap budak, orang dewasa pun ada yang main tau!! Hahaha memasing gian nampak nya. Zaman kecil-kecil mereka mungkin takde peluang nak main kereta macam ni. Bila dah besar panjang, baru la dapat merasa 😆
Tapi bagi ako harga sewa kereta ni agak mahal juga tau!😅 RM25... Layan aje la last night kat Ipoh, pejam je mata masa nak bayar. Harap pihak pengurusan situ bole la kurangkan lagi harga penyewaan kereta2 di situ.....
Nota Jemari: Kat malaysia ni, ada lagi tak theme park air macam ni lagi ye selain kat Legoland, Sunway Lagoon, Bangi Wonderland...?
20 Comments
Bestnyaa...tak pernah p lagi 🤩
ReplyDeleteWah, malam pun ada aktiviti ye, di Lost World. Saya pun tak tahu tentang taman tema air yang lain. Bapak saya dok Rawang, dia kata ada, cer Ako search.
ReplyDeleteBestnya mandi air panas. Teringat masa pergi Kinta Riverwalk 2 tahun lepas. Sendu dan under construction. Ni nampak dah meriah balik. Ate mahei bebenor RM 25 tu Yeop!
ReplyDeletebestnya, waktu mlm mandi manda
ReplyDeleteciknur pun x penah kesini
kwn kat Ipoh selalu promot suh dtg je he hee sbnya kalu blk Perak terus malas betul singgah Ipoh
Kak Fuzy pergi waktu malam jd anak gadis pun ambil kesempatan main air..rindunya kat LWoT.
ReplyDeleteWah bestnya Kinta Riverwalk tu...nnt nak ajak hubby pergi
best nyaa. dah lama tak kesiini. berendam dalam hot pool best nya
ReplyDeletewah seronoknya..puas mandi mana yer..
ReplyDeleteOoh..siang malam pun ada rupanya ya. Meriah pulak tu walaupun malam ya.
ReplyDeleteEscape kat Penang mcm best je. Last time nak pergi tapi tak cukup bajet hihi
ReplyDeleteKaaaak, ramaaai sangaaat 🤣🤣🤣. Kalo crowded macam nih, biasanya Fanny langsung balik badan lah, tak jadi main 😅. Apa Krn musim liburan kah?
ReplyDeleteSayangnya pas Juli nanti Fanny tak ada singgah ke Ipoh. Hanya di Penang. Dan udah masukin ke dalam ITIN nak berenang di escape waterpark. Tapi inilah mau cari tau review nya dulu, worth it atau tak main kesana. Kalo diliat dari foto kliatannya seru
kakak pergi tanggal 1 jan Fan hahaha mmg cuti awal tahun gitu :D
Deletemasuk wishlist, selalu dgr tambun2 tapi tak pasti apa yg ada kat sana, rupa2 nya byk kolam.
ReplyDeletebila sebut Tambun teringat PMX skrg ni., hehe
ReplyDeletebestnya... kami x sempat pun ronda byk tempat kt ipoh... sebelum ni sempat ke maps je sebelum ditutup... byk jugak tempat best di ipoh kan? mmg nk kena repeat ni
ReplyDeleteCrowded-nya huhu ...tapi ialah, semua orang nak enjoy kan...
ReplyDeleteKiranya ada 3 jenis tiket lah eh samada kita nak beli siang, malam atau one whole day.
ReplyDeletelast sekali ke sini masa anak mama umo 2 tahun.. huhuuu bestnya tgk fireshow
ReplyDeletehai, salam perkenalan. kita yang orang Ipoh ni tak pernah pergi lagi kuikuiikuiiii
ReplyDeleteBelum pernah sampai lagi. Ramai betul manusia ya. Apa pun enjoy nampaknya anak-anak
ReplyDeleteNampaknya tahun depan la baru bleh pi sini..tahun ni family dah kami kat melaka laaa
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com