Alamak dapat doktor perempuan ni kuat ke dia nak cabut kan gigi? Aishh ahkak dah le fobia sket tambah tambah bila jumpa ngan doktor india 😅 tapi nasib la doktor ni kecil molek dan lembut je tutur bicara. Tapi sekali dia dah beraksi, mak aii ....
Tak plan nak scalling or cuci gigi. Sebab ako ni dah le fobia nak cabut gigi ngan tampal gigi. Tup tup dia suggest soh cuci sebab ada karang gigi. Mula macan ako malas sebab tau rasa ngilu tu ya ampun bole buat rasa nak tendang org hahaha.
Sudahnya 3 mende sekaligus ako buat tadi.
1. Scalling or cuci gigi - details giler dia buat sampai ako rasa nak soh dia stop separuh jalan dan nak blk je. Tak reti nak explain tapi mmg ada beza dgn doktor doktor sebelum ni yang ako pernah jumpa.
2. Tampal gigi - ini pun macam lain sket style dia. Siap ada satu bende macam pengukur ke macam stapler hahaha sbb ako macam dengar bunyi ketip ketip tapi halus je tau dan x rasa sakit ... yang bunyi mesin tampal tu tetap ada tapi serious weii tak sakit langsung. Ako memang benci part tampal ni sebab ngilu gigi ngan bunyi alat tampal tu.
3. Cabut gigi - dia cucuk kebaskan pipi ngan sebelah lidah. Pastu dia terus tarik. Masa dia bangun dan pegang alat cabut tu, ako dah panik haha sebab ghisau kuat ke dia nak cabut gigi ako ni oiiii tapi sekali dia tarik , " tik!".. ok setel dah. Aikkk senang nya dia cabut. Takde rasa sakit pun.
2 tahun lepas ako buat minor operate gigi tu punya la sakit dia cabut tapi kali ni memang superb!!!
Doktor lain lain ye masa dulu.
Ako cabut kat Klinik Pergigian Daddy's cawangan Koperasi Polis II. Situ ramai gila doktor nya , tak dapat doktor hensom, dapat doktor yang lembut!! Yang pasti semua pun muda belia lagi! 😁😁
P/s : klinik gigi ni kepunyaan anak murid MAMA uyum...so berusia dah kita ni 🤣🤣🤣
Nota Jemari: rasa ringan sket mulut haha
10 Comments
Aduhai....bab jumpa doktor gigi ni yang buat tekanan darah mencanak naik. Tahun lepas dari Julai sampai Disember asyik app doc gigi. Dah rasa semua, cabut, tampal, scalling, cabut gigi hidup2 sebab bius 7 kali dah tak lut sampai
ReplyDeletedos paling kuat huhuhuuu.....
itu la kan bila rasa ngilu ni tak hilang2, mmg auto fobia tu muncul.. ni bila dah habis ubat bius baru la terasa sakit bengkak kat pp gusi ni
DeleteSaya pun pernah rasa minor operation cabut gigi bongsu. Lepas bius hilang, rasa nak tumbuk orang. Ako rasa nak tendang orang, kan. Hehe... selamat sudah. Alhamdulillah, lega ye, lepas buat rawatan gigi.
ReplyDeleteye Nur, rasa lega sangat2 bila dah cabut gigi yang sakit tu. Cuma masih rasa x selesa bila nak makan lebih2 lagi nak mengunyah tu kan hehhe.. rasa mcm kekurangan gitu
DeleteHuyyoo, lamanya klinik tu dah wujudd..Err..sakit Gigi memang tak syokkk!
ReplyDeletelama tak gi dentist. kena jugak buat scaling ni. ha, jangan ingat orang kecik tak power tau. kecik-kecik cili padi doktor tu
ReplyDeletebab dentist ni memang kecut perut dibuatnya...but bila dah selesai tu..eh eh.. x sakit pun.
ReplyDeletekalau saya nak boleh ke pergi tu rasa macam seram sejuk bila dah selesai lega sangat
ReplyDeleteUntung dapat dokter yg pintar saat cabut ya kak 🤣🤣. Samalah kita, Fanny rasa nak milih ketemu hantu daripada dokter gigi lah , saking traumanya 😂.
ReplyDeleteTiap kali ada janji Ama dokter gigi, rasanya pengen sangat dibius total aja, biar tak rasa macam2 sakit nya 🤣
SA sekarang tengah kesakitan sebab gigi bongsu muncul, dah tua2 ni baru dia nak muncul erk...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com