Hari ke-2 kat Ipoh. Sarapan kat hotel je pun. 
Hari ini dalam sejarah. Ha itulah aktiviti kami di hari kedua.
Gigih cari tempat atau benda-benda sejarah kat Perak tu.
Ako ni tak minat subjek sejarah tapi dah tua-tua ni seronok plak tengok sejarah sejarah lama 😅
Tu la masa sekolah dulu takmoh belajar sejarah betul-betul sangat. 


Ekceli dah sarapan kat hotel tapi sarapan hanya untuk 3 orang sahaja.
Maka nya kita pun cari la tambahan sarapan kat luar untuk yang belum makan lagi.
Gugel gugel terus jumpa tempat ni.

Restoran Kosiswa Riverside.
No.21, Jalan Laxamana, 30300 Ipoh, Perak
Lebih spesifik terletak ditepian Sungai Kinta berhampiran dengan UTC Ipoh dan Kompleks Yik Foong Ipoh bersebelahan dengan pusat service proton jalan laxmana.

Ya allah first time masuk kedai ni terus rambang mata oiii!!!











 Semua pun layan diri. Ako dah tak tentu arah hahahah rasa semua nak di rasa nya. Keluar masuk pusing kiri kanan satu kedai ni ako tawaf hahahha.... Macam-macam jenis pilihan makanan u'ols. Antarat port wajib dan berbaloi korang sarapan tau! Sebab kan waktu pagi so takde la ako nak makan nasi campur kan.




Punya la banyak pilihan tapi ini je yang kitorang order. Next time datang Ipoh bole sarapan kat sini dengan perut kosong tau! Kue teow goreng sedap tapi mi goreng ni ako kureng sket tekak ako. Sate sedap!! Air nya walau layan diri tapi tetap la sedap juga diorang sediakan.


.:ada gaya pelancong tempatan tak ahhaa:.

Next kami ke "Concubine Lane". Ha sape yang tak tau lorong sejarah gak ni. Lorong ni masih mengekalkan bangunan lama. Lorong ini wujud sejak 1908 dan dimiliki hartawan yang digelar sebagai tycoon, menguasai perlombongan bijih timah pada ketika itu. Kat lorong ni la orang-orang kaya ketika itu menyimpan perempuan simpanan, bini no 2 atau gundik mereka.

Kalau korang ke Ipoh, wajib singgah kat lorong ni! Pelbagai jenis gerai cenderahati, manisan, atau tempat untuk ootd pun ada tau kat situ.

.:Kuih Titisan Hujan:.


Korang pernah dengar kuih titisan hujan ni? Ekceli ako ada lah pertama kali masa jumpa kat sana. MAMA uyum yang dok sebut-sebut. Jadi untuk mengetahui apakah jenis kuih ni, mari lah kita cuba. Kalau tengokkan rasa nya plain aje tau. Dia sejenis agar-agar khas tapi ako lupa plak nama agar agar tu. Untuk menambah perisa, diorang letak la serbuk peanut atau matcha serta air gula melaka.

.:ice cream puff.:

Menu seterusnya kami cuba ice cream puff ni. Ada macam macam perisa ice cream tapi paling ako suka perisa vanilla je hahaha.. Yang ini macam makan eskrem ngan roti je pun. 😅

.:rainbow jelly:.

Yang ini pula rainbow jelly katanya. Tak sempat ako nak rasa, uyum  gan abang2 dah habiskan. Licin makna nya sedap la tu bagi diorang 😅


KUMA rainbow cheese toast ni pun katanya salah satu yang femes kat situ. Tapi masa kami sampai kedai ni belum buka lagi so tak dapat la nak merasa.




Seterusnya kami ke Tugu Peringatan Birch atau Menara Jam Memorial Birch yang terletak di Masjid Negeri Perak. Dalam buku sejarah, nama J.W.W Birch ni memang ako ingat sangat sebab dia ni la orang British pertama yang datang ke Tanah Melayu dan mendapat tentangan Pembesar-pembesar Melayu di Pasir Salak ketika itu. Setakat sejarah camtu je la yang ako ingat hahaha tapi soh hafal tahun sejarah memang FAIL la 😅


Sebelum kami ke destinasi seterusnya, puas la ako gugel souvenir apakah yang lain dari yang boleh didapati kat Ipoh tu. Terus kluar carian "Maruku & kacang". Dan tempat yang paling senang untuk dapatkan nya ada lah di "Kampung Kacang Puteh". Ye betul ianya ada lah sebuah kampung yang kebanyakkan penduduk nya ada lah masyarakat India. 

Maruku, kacang memang sinomin dengan orang India kan. So, semasa kami sampai kat kawasan situ, memang banyak kedai-kedai menjual kacang sepanjang jalan kat sana. Jadi kami pilih aje kedai pertama yang kami nampak.




Kalau korang sejenis yang suka kekacang dan juga maruku ni, sini lah tempat nya. Boleh la beli dan jadikan souvenir untuk kengkawan, sedara mara atau sesape saja yang korang nak bagi.

Kalau rezeki korang baik, korang mungkin terjumpa kedai dan kilang yang membuat kekacang ni semua.

Perjalanan kami diteruskan ke Tanjung Tualang. Mengambil masa lebih kurang 30-40 minit dari Ipoh. Memang takde dalam list JJCM Tanjung Tualang ni tapi menjadi pilihan budak-budak ni untuk ke situ setelah di gugel, ianya juga salah satu tempat sejarah yang wajib korang pegi.

So apa yang ada kat Tanjung Tualang tu? Tunggu entry seterusnya ye!

Nota Jemari: Jejak sejarah akan bersambung lagi