Alhamdulilah terima kasih kepada semua yang sudi turut serta dalam GA "Gift by Uyum 2023".
Giveaway ni dibuat bagi menghargai korang semua yang selama ini selalu 'sapot' uyum!
Hahah... 

Ok tanpa buang masa jom uyum umumkan pemenang-pemenang bagi giveaway kali ni. Jeng jeng......


Uyum terpaksa gunakan khidmat #wheelofname ye😅

.:Uyum pening tau nak pilih sape:.


Pemenang Pertama , 
kita ucapkan TAHNIAH buat "Nina" daripada blog CikSukaTaip


Selalu jadi silent reader kat blog nina ni hehehe...
Sejak bersalin dah slow sket dia menulis ye..😁


Seterusnya pemenang kedua jatuh kepada blog kakMim


Tahniah Mim, naik belon menyeberang laut china selatan la hadiah Uyum nanti tu 😆


Pemenang ketiga kita pun jauh kat seberang laut juga iaitu blog TravelogSyuhada


Wah Tahniah Syu!!!.... Jauh terbang nya lagi hadiah uyum nanti ni hahaha.... 


Pastu Uyum soh kita cabut 2 lagi untuk hadiah saguhati katanya.
So 2 blog yang bertuah kat bawah ni layak mendapat 'percutian bersama Uyum... dalam mimpi' hehehe..🙈🙈

Pape pun tahniah juga buat Suriaamanda (SA) dan juga Puan Hazel (PH) ye... 




Tahniah kepada semua pemenang. Nantikan cenderamata daripada Uyum k. Insyallah amek masa sket sebab Nina juga yang kena belikan bagi pihak Uyum hahah.. pape pun terima kasih juga buat semua yang lain yang sudi join GA uyum yang simple ni.

Oh ye Uyum janji nak pilih 1 pemenang khas untuk "saya suka tengok uyum kerana...".
Bila baca, rata-rata ramai tulis suka tengok Uyum sebab 'cute', tengok keletah dia. Bila sebab utama nya lebih kurang je kan maka nya Uyum dalam dilema jadinya hahaha.... Semua pun Uyum suka katanya. Jadinya Uyum terpaksa minta tolong 'wheel of name' untuk pilihkan 1 nama yang bertuah untuk sesi ni ye.

Dan inilah ayat yang Uyum paling suka katanya....

"Saya suka Uyum kerana Uyum ni budak yang bijak dan comel orangnya. Suka baca tentang Uyum di sekolah dan telatah Uyum memang mencuit hati. Uyum suka makan nasi lemak kat sekolah dan dia suka ikut mama dia makan angin, explore makanan dan macam2 lagi. Keletah Uyum memang mencuit hati memang tak jemu baca kisah Uyum. Hard not fall in love with Uyum. Mama doakan semoga Uyum menjadi anak berjaya cemerlang dunia akhirat ye




Tahniah MAMApipie!!!!

Clap! Clap! untuk semua pemenang....
Kepada yang lain, insyallah ada rezeki lagi akan muncul GA yang lain plak ye.
Tungguuuuu!!

Untuk semua pemenang, sila emailkan detail berikut ke email anakomak6@gmail.com
Nama penuh
Alamat
No tel

Insyallah lepas raya, takde aral , ako akan hantar semua hadiah-hadiah nya termasuk la hadiah tertunggak Top Komentar Cik Nur & juga Rabia ye. Harap maklum.

Harap jangan serik ye join GA dari blog ni 😅

Dikesempatan ini, ako nak ucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri".
Semoga raya ni memasing tak terkejut lagi ye.
Hati-hati pulang ke kampung halaman.

Kampung Uyum kat mana?
"Uyum orang Kay Ell je" 😆😜

Nota Jemari: nanti kan baju raya Uyum di pagi syawal nanti hahaha😁