OK jom kita sambung citer Ipoh hari terakhir sebelum kita masuk cerita pasal raya k.

Kisah yang lepas boleh baca sini :-


Pagi-pagi kitorang dah check out terus cari tempat nak sarapan.
Google punya google terus dia bawa haluan ke Food Court Stadium Perak.
Memang tak terpikir pun kat stadium ada tempat makan.

 
Pergh memang besar giler food court kat situ. Ada bahagian untuk peniaga bukan islam dan islam.
Macam-macam pilihan gerai. Full house ok! sampai nak cari seat kosong pun susah hahaha
Lupa nak snap gambar makanan. Dah kenyang moh la kita pulang ke pangkal jalan.


On da way nak balik KL, kami sempat la singgah ke Kelly Castle.
Dah lama teringin nak jejak.
Nak gak tau apa yang menarik nya kat situ kan. Selalu kita tengok orang dok citer tentang kelly castle ni. Dah alang-alang kat perak, moh la kita jejak juga.


Panas nya wei!!
Mula nya dah rasa malas nak kluar kete hahaha... Terik ya amat!
Gigih juga la memasing gagahkan kaki menuju pintu masuk.

Tiket entrance boleh beli masa nak masuk parking tu.
Tapi sorry ako pun dah lupa berapa harga tiketnya.
Sila la google ye.


Cerita mengenai istana Kelly ni rata-rata mesti ramai dah tau kan.
Hadiah daripada sang suami kepada isteri tercinta.
Dibina nya rumah yang ala-ala istana di atas bukit bagi menikmati keindahan kawasan itu.




Pertama kali jejak situ erm... ini laluan di bahagian sisi istana ni. 
Kelihatan rumah pengawal di bahgian kanan.


Masuk je korang akan nampak ruang makan & juga kuaters pekerja dapur.


tak silap ini ruang makan.


Rumah kellas. 


Ekceli ako tak banyak nak amek gambar kat bahagian dalam. Hahahah takut amek amek terkluar plak sesuatu yang tak diingini dalam gambar.😅

Ada satu bahagian yang ako rasa seram sejuk gak la.
Tapi dah kat situ, kena la jadi berani kan.

Ako x naik sampai atas hahahha sebab takut punya pasal nak lalu tangga kecil tu...
Bilik bawah tanah pun ako tak berani nak masuk hahaha....
Macam sesak nafas plak nak lalu laluan sempit tu sorang sorang.
So dari ako tetiba semput hilang nafas, baik tak payah masuk hahha

Budak-budak ni, ako soh derang je masuk, hampeh semua pun takut😅
Kesimpulan nya kita amek gambar kat luar bangunan aje la ye.


Untuk korang yang nak datang sini, sila google

Kellie Castle
Kompleks Pelancongan Kellie's Castle Lot 48436, 
KM 5, 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak

Dibuka setiap hari, 9:30 pagi hingga 5:15 petang.
Harga tiket boleh rujuk sini.


Nota Jemari: janji dah jejak.... ok bole buka citer raya.