RAYA PERTAMA YANG SEDERHANA     RAYA PERTAMA YANG SEDERHANA

RAYA PERTAMA YANG SEDERHANA


Hoyeeee selamat sudah hari raya pertama Uyum, Nina dan family.
Pagi-pagi raya Uyum dah salam 'kaut' ngan MAMA dan NINA.
Tema baju Uyum tahun ni adalah 'pink belacan' gitu.
Baju nina memang recycle raya tahun tahun lepas. Hahaha tak kuasa nak beli baru takat sambut raya hari pertama je pun 😅 


Tahun ni kita beraya berlima je kat rumah Kay Ell.
Sebab PakSu fir n family raya kat kampung belah bini dia hahaha...
Kakak Nina plak beraya ke Sungai Buloh belah mertua dia.
Jadi nya tahun ni kurang meriah sket kat rumah kami.

Tapi takpe, lepas je solat raya kami terus shoot ke Rembau.
Kita jumpa paksu fir kat kampung je la.



Kita beraya la ke rumah sedara mara MakSu kat Chembong.
Hahaha nasib la paksu dapat bini yang ada keluarga kat kampung.
Kalau paksu tak beraya ngan kami di Kay Ell, tapi masih dapat juga beraya ngan diorang kat kampung 😆


Bila diorang ni dah berjumpa... ha memang seronok la memasinng.
Ikutkan dedua pun nak jalan-jalan raya bersama-sama.
Kita tunggu raya tahun depan je la ye.
Tahun ni semua bawa haluan masing masing hahaha.

Dari Chembong kita ke Kg Penajis / Kg Perigi Batu.
Raya rumah maklang (kakak arwah mak) plak. Tapi tak dapat nak jumpa ngan cousin aka anak-anak mak lang.
Sebab memasing pun tahun ni tak balik kampung beraya di raya pertama.

Raya kali ni memang macam touch n go je tau!
Janji dah tunjuk muka hahaha....
Cuma tak dapat la nak bertandang rumah makcik makcik yang lain, dek nak mengelakkan jem di sana sini.


Dari Rembau kami terus ke Damansara.
Berjanji ngan kakak nak beraya ke rumah cousin belah arwah abah.
Nasib baik la perjalanan kami smooth aje dari kampung ke KL.
Bila tengok laluan kat sebelah dari KL menuju ke Selatan sesak teruk, syukur sangat kami dapat mengelak dari terjebak ngan jem tu😅


Raya hari pertama kami berakhir di Selayang. Hujan lebat menyambut ketibaan kami.
Kali ni beraya ke rumah Pak Teh (adik arwah abah)
Dapat le beraya ngan cousin sorang tu. Kalau tak tiap tahun pun mesti dia akan beraya ke Muar dulu. Kali ni dapat la beraya sesama kat rumah Pak Teh.

Tahun ni kami bersederhana aje beraya.
Jadi la mana yang sempat kami jumpa di raya kali ini.
Ada rezeki kita kumpul-kumpul lagi ye ngan yang lelain tu.

Penat balik beraya, semua dah flat.
Kena tido awal sebab esok nya seawal jam 3 pagi kami dah kena bersiap-siap nak gi holiday.

Di kesempatan ini, sekali lagi, Nina dan Uyum nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ye buat korang pembaca blog anakomak6.

Nota Jemari: keje dah weiii!! 

Post a Comment

13 Comments

  1. Selamat hari raya kak
    Sy start kerja ahad ni

    ReplyDelete
  2. Segak pula sampin warna cerah macam tu

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Raya. Sama, tahun ni memang raya sekejap-sekejap singgah rumah saudara mara. Ramai orang

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya...sronok uyum salam kaut

    ReplyDelete
  5. Betullah kejap bertandang sebab ramai yang bertandang. Tahun ini macam ramai orang beraya.
    Sama anak-anak saudara hendak raya sama-sama, ikut ke mana-mana mesti bersama taoi apakan daya ada 2 belah keluarga kena berpisah juga.

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya..maaf zahir batin
    MA dah start keja dah selasa lepas..next week baru sambung cuti balik...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, dapat ziarah sanak saudara....sempat gi holiday lg..hihi..

    ReplyDelete
  8. touch & go pun seronok jugak dapat berjalan sana-sini walaupun tak dapat nak jumpa ramai. Selamat Hari Raya untuk akak sekeluarga, selamat bercuti jugak :)

    ReplyDelete
  9. Selamat hari rayaaaa kak ret 🤗.. walo tak seramai dulu, tapi tetep kliatan meriah lebaran kakak. 👍🏿.

    Eh kenapa warna tuh di sebut pink belacan 😅? Belacan itu terasi kaaan? Di sini terasi warnanya gelap. Tak ada pink2 nya 😅

    ReplyDelete
  10. slmt hari raya ako, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  11. Meriah la jugak raya tu Kak Ret. Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  12. seronok la baca kisah orang berraya...soal baju guna sahaja baju yang masih cantik dan bagsu walaupun bukan baru beli hehehe

    ReplyDelete
  13. cuti raya lama tahun ni sempat boleh pergi holiday kan...jalan memang sesak giler2 la

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com