Rumah usang! Di sini lah kami berkumpul sanak saudara semasa kecil.
Tido bergelimpangan di setiap sudut ceruk rumah.
Mandi di perigi tua yang hanya ditutupi zink usang.
Jamban 'ali baba' menjadi saksi di tengah malam.
Kayu api dan serombong asap tempat memasak.
Ayam itik menjadi 'haiwan peliharaan'.
Bunyi cengkerik di waktu malam hari.....
Teringat arwah atok ako selalu menanti kepulangan kami kat tingkap tu.
Aisshhh...kalau nak ditulis semua kenangan dan pengalaman, ermmm memang panjang jadi nya.
Itu lah zaman kegemilangan kanak-kanak seusia kami...
Jauh beza nya dengan anak-anak sekarang..
Apa pun pengalaman yang kita semua pernah lalui, memori akan tetap jadi memori terindah sampai bila-bila .... 😍😍
Nota Jemari: dah nak raya tetiba rindu plak suasana kampung.... untung sape yang masih ada kampung lagi


9 Ulasan
alahai..sama la.. sayu je tgk pic rumah kampung sbb teringat dah x de kampung & x de atok nenek dah.. kenangan menggamit sungguh kan...
BalasPadamAlhamdulillah SA masih ada kampung macam ni kat sebelah Pak Zain...cumanya xde la pengalaman tido bergelimpang tu lagi..dulu balik kampung cepat2 semata- mata nak chop tempat tido...hahahah
BalasPadamrinduuu dgn kenangan raya dulu dulu kan
BalasPadamtingal rumah usang dan kalu rumah tok ciknur pula semua dah ranap tinggal tapak je huhuuu
sebak tengok rumah dah tinggal kenangan..rindu kenangan raya zaman kecil
BalasPadamRindu jugak dengan rumah nenek.. wpun sebenarnya banyak kenangan menakutkan dari menggembirakan, hihi.
BalasPadamSayu pulak baca entri ni. Memang, rindu dengan suasana dulu.
BalasPadammesti riuh rendah kalau raya tu. dengan bunyi lantai kalau kalut pagi raya. sekarang sunyi dah tengok rumah
BalasPadamkampung masih ada, tapi atuk nenek dah takde so dah tak sama
BalasPadamTeringat juga tapi beza sedikit tiada perigi tua.
BalasPadamThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com